Sayur Lemak Pucuk Kayu #ChefZam

Menurut cerita mak saya, zaman dulu, susah. Jadi kebanyakkan orang tanam sendiri bermacam-macam jenis pokok, kadang-kadang pergi masuk ke hutan mencari daun kayu yang boleh dijadikan makanan untuk keluarga.
Untuk saya masak resepi kali ni, saya sendiri yang pergi mencari pucuk kayu untuk merasai sedikit sebanyak pengalaman tok nenek kita dalam mencari bahan-bahan untuk dimasak.
Walaupun saya kemari kesana sini menggunakan kereta yang beraircond, meredah parit yang kecik, mencabut sendiri pucuk kayu, tak sampai 10 minit pun saya dah berpeluh-peluh. Tak kala saya merasa sedikit takut jika ada binatang yang berbisa muncul, sempat saya berfikir sejenak. Bagaimana mereka yang hidup zaman susah dulu, dengan berjalan kaki masuk ke hutan yang penuh binatang liar dan berbisa.
Sesungguhnya saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Dan apa yang saya alami hari ini, walaupun jauh beza nya, cukup untuk saya sedar akan perjuangan orang-orang lama dalam meneruskan kehidupan sehingga lah sekarang, kita yang menumpang kesenangan daripada kesusahan mereka.
Marilah kita menghormati mereka yang sudah tua, hargai apa yang kita ada, dan menjaga sebaiknya kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-62.
Sayur Lemak Pucuk Kayu #ChefZam
Menurut cerita mak saya, zaman dulu, susah. Jadi kebanyakkan orang tanam sendiri bermacam-macam jenis pokok, kadang-kadang pergi masuk ke hutan mencari daun kayu yang boleh dijadikan makanan untuk keluarga.
Untuk saya masak resepi kali ni, saya sendiri yang pergi mencari pucuk kayu untuk merasai sedikit sebanyak pengalaman tok nenek kita dalam mencari bahan-bahan untuk dimasak.
Walaupun saya kemari kesana sini menggunakan kereta yang beraircond, meredah parit yang kecik, mencabut sendiri pucuk kayu, tak sampai 10 minit pun saya dah berpeluh-peluh. Tak kala saya merasa sedikit takut jika ada binatang yang berbisa muncul, sempat saya berfikir sejenak. Bagaimana mereka yang hidup zaman susah dulu, dengan berjalan kaki masuk ke hutan yang penuh binatang liar dan berbisa.
Sesungguhnya saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Dan apa yang saya alami hari ini, walaupun jauh beza nya, cukup untuk saya sedar akan perjuangan orang-orang lama dalam meneruskan kehidupan sehingga lah sekarang, kita yang menumpang kesenangan daripada kesusahan mereka.
Marilah kita menghormati mereka yang sudah tua, hargai apa yang kita ada, dan menjaga sebaiknya kemerdekaan yang kita kecapi hari ini.
Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-62.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan sayuran seperti pucuk midin, pucuk daun kaduk, pucuk ubi kayu. Ubi keledek dipotong kecil.
- 2
Ikan selayang di rebus terlebih dahulu. Ikan rebus juga masakan yang terkenal kerana mereka tiada peti sejuk. Jadi mereka akan berulang-ulang rebus dan panaskan untuk bagi tahan lama. Rebuskan dengan garam kasar, asam keping dan air.
- 3
Apabila siap ikan yang direbus tadi, ambil seekor sahaja, dan asingkan isi dan tulang.
- 4
Tumbuk lada hitam, masukkan isi ikan dan juga bawang yang telah diblend.
- 5
Ubi keledek dipotong kecil, dan terus dimasukkan di dalam periuk. Masukkan santan. Disini, saya menggunakan santan segar yang difrozenkan. Jadi, saya tambahkan 1 cawan air. Jika Tuan Puan menggunakan santan kotak juga boleh.
- 6
Masukkan satu sudu kecil serbuk kunyit, dan bahan tumbuk tadi iaitu lada hitam, bawang dan isi ikan.
- 7
Masak dengan api sederhana sehingga hampir mendidih. Masukkan sedikit garam dan ajinomoto secukup rasa.
- 8
Masukkan semua pucuk daun tadi.
- 9
Masak sehingga daun layu. Tutupkan api, dan tutup periuk supaya ubi keledek akan lebih empuk.
- 10
Tunggu sekejap, dan siap untuk dihidang. Lauk lain yang sesuai dengan sayur lemak ini ialah ikan goreng, dan sambal belacan. Mesti bertambah-tambah nasi nanti. Selamat mencuba.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Bingka Ubi Kayu (blend tanpa sagat) Bingka Ubi Kayu (blend tanpa sagat)
Mudah sangat untuk buat bingka sebenarnya. Zaman sekarang mudah dapatkan bahan dan cara buat pun mudah. Serba serbi mudah.Tak seperti zaman nenek2 kita dulu..ubi sendiri nak dicabut satu hal, nak disagat diperah, kelapa sendiri ditunggu2 gugur nak di kupas, dikukur, diperah untuk santannya. Ke hutan mencari kayu api dipikul, dikapak, dikering dihidupkan api...aihhhh..susahnyer kan..patutlah rasa kuih orang dulu sedap sangat..Hebat betul orang dulu2. Hebat betul cara orang dulu2..#goldenapron2020 Sesimple Loralin -
Lemak Labu Kuning Campur Pucuk Kayu Lemak Labu Kuning Campur Pucuk Kayu
Tema GA 24 kuning 💛 akk pilih bahan pantry Labu Kuning dan Halia...suka masak lemak labu kuning di campur pucuk kayu...akk kutip pucuk kayu nim depan dan blkng rumah hasil kebun pasu...Alhamdulillah sedap meratah.Jom intai cara akk masak.#GlobalApron2024 #Challenge24 : KUNING 💛Bahan Pantry : Total Point (2)Labu Kuning, Halia#MakeEverydayCookingFun(103 resipi - 2024) Aza Aaj -
Tempoyak Pucuk Kayu Tempoyak Pucuk Kayu
232/2021/RoadTo1k/917Hakak sejenis yang tak makan tempoyak 🤭. Makanan olahan durian pun tak berapa makan juga. Tapi sejak beberapa tahun lepas, hakak tengok ada kawan2 kat fesbuk upload gambar tempoyak pucuk kayu ni. Tapi sebab tak makan kan, Jadi memang lah hakak tak cuba masak . Tapi tahun ni teringin tu makin kuat😅. Tu hakak masak juga hari ni. Lagipun ni kat rumah mak, ramai yang boleh makan kan 😝. Pucuk ubi, pucuk kaduk petik keliling rumah je. Petai hakak beli ler. Tempoyak dari dapur mak 😬 Salina Jalaludin -
Tumis Belacan Pucuk Ubi Tumis Belacan Pucuk Ubi
Jiwa Merdeka 🇲🇾Sempena #MerdekaMonth #AugustChallenge kita tahun ni, jom kembali ke zaman nenek moyang kita hidup sebelum merdeka sebagai tanda penghormatan atas usaha dan pengorbanan mereka dalam memerdekakan negara tercinta.Pokok ubi kayu antara pokok yang senang ditanam dan senang untuk didapati tak kira di tepi rumah atau di sekeliling kampung. Kalau zaman nenek moyang kita, belum banyak pembangunan, lebih banyak kehijauan memang tak susah untuk mencari pokok ubi kayu. Dari pucuk muda, buah ubi hingga ke kulit ubi kayu boleh dimakan. Kira nya buah ubi kayu tu menjadi makanan ruji pengganti nasi kerana beras pun payah nak dapat.Hari ni saya masak tumis belacan pucuk ubi kayu. Memang layan makan dengan ikan kering goreng, sambal belacan ulam timun dan nasi putih. Makan kering sekali - sekala memang bertambah-tambah. Dapur Yusfarisyia -
Sayur Lemak Pucuk Kayu Sayur Lemak Pucuk Kayu
#CookEveryPart #TumbuhTumbuhanNak cerita pasal menu dan masakan yang berasaskan tumbuh2an begitu banyak sebenarnya...tapi akk ambik yang biase2 jer untuk memudahkan orang muda mudi merasa dan mencuba...dan supaya tidak lah anggap sesuatu yang pelik dan aneh...untuk resipi sayuran pucuk kayu ini akk tambahkan pucuk kayu pokok ulat bulu (pokok letop2) di kampung akk di pasar2 sekitar kampung selalu ada orang jual set sayuran kampung memang dah complete 1 ikat dicampur macam2 pucuk kayu...mudahkan xpayah susah2 nak masuk semak samun semuanya tunjuk2 jer...😂😍Ok berbalik pada cerita asal tentang pokok ulat bulu ini...bukan setakat buah boleh dimakan tapi daun dan pucuknya dijadikan campuran dalam juadah sayuran kampung dan bubur lambuk versi Terengganu (resipi sila scroll yang lepas) ada berberape artikel dari saintis mengesahkan buah ulat bulu boleh menyembuh sakit kanser dan buahnya sangat tinggi nilai dipasaran...sejauh mana kebenaran idok ler akk pasti tapi gitew ler ceritanya...🥰☺️Moh ler komer mengenali pucuk dan pokok ulat bulu ni...gambar serta buah akk serta kan semoga menjadi menafaat untuk generasi akan datang lebih menghargai alam tumbuh2an dan idok ler aggap pokok ini menyemak ya ...yg ini rezeki akk pokok tumbuh blkng dapur...mudah akk hanya petik2 jer...buah dia tu manis mcm berry kalau ada tanah luas boleh lah akk bukak ladang pokok ulat bulu kannn...jangan komer jadi ulat bulu udah...😂😁🤪🐛🐛🐛@zuita_Aisyah325 berahi dok sayur gini...duk kampung senang kutip2...😂😍 Aza Aaj -
Ketiwul Ubi Kayu #chefzam Ketiwul Ubi Kayu #chefzam
Mungkin ramai yang tidak tahu apa itu ketiwul.Ketiwul adalah makanan yang diperbuat daripada ubi kayu yang direndam berhari-hari kemudian dijemur sehingga kering.Cara membuatnya tidak rumit tetapi prosesnya agak lama dan memakan masa lebih kurang seminggu lebih hanya untuk mendapatkan tepung ubi kayu.Mak mertua saya cerita kisah ketiwul edisi dia.😂Zaman dahulu kampungnya selalu dilanda banjir.Banyak tanaman rosak akibat banjir.Jadi,untuk selamatkan ubi kayu dari terbuang begitu sahaja,ubi kayu dijemur dijadikan ketiwul.Lagi pula zaman dahulu agak susah,ubi kayu ni juga salah satu hidangan yang boleh mengalas perut selain untuk dijual.Saya juga tidak pernah menjamah hidangan ini selama saya hidup tetapi bila sekali saya mencubanya,sangat sedap.Teksturnya kenyal-kenyal dan lembut.Ditambah pula dengan taburan parutan kelapa yang dikukus menjadikan rasanya lebih enak.Hari ini saya berkongsi cara untuk menyediakan tepung ketiwul.Proses makan 10hari dari hari pertama merendam hingga menjemur sebab saya tinggal di rumah yang tidak punyai halaman.Jadi saya jemur dibalkoni sahaja.Hasilnya memuaskan juga.Sajian ini tidak rugi untuk anda mencubanya.Sesekali mengimbas cerita lama. Gyna Elenna -
Masak Lemak Pucuk Ubi Kayu Masak Lemak Pucuk Ubi Kayu
#septemberchallenge#malaysiamonth#jiwamerdekaMenu borneo banyak kita dapati mereka mengunakan pucuk ubi kayu. Mereka kan masak secara panggang, kukus dan tumis pucuk ubi kayu bersama makanan protin yang lain seperti ayam dan makanan laut.Kita semenanjung kebiasan nya masa lemak atau pun rebus cicah sambal belacan. Ani Delighted -
Gulai Tempoyak Pucuk Kayu Gulai Tempoyak Pucuk Kayu
#JiwaMerdeka 🇲🇾Zaman dulu2 sayur-sayuran tak kalut nak membeli...hasil sayuran pucuk ubi, pucuk manis, pucuk keledek dan lain2 semua hasil bercucuk tanam keliling rumah...terutamanyayang tinggal dikampung...kawasan tanah agak luas lagi lah seronok bercucuk tanam.🫶 Rumah akk rumah taman ruang tanah agak terhad tapi tidak menghalang untuk akkteruskan hobi dan minat dari zaman tok nenek dulu2...inilah hasilnya Gulai Tempoyak Pucuk Kayu yang dikutip dari kebun pasu...seronok dan satu kepuasan untuk diri akk dapat hasil berbudi pada tanah🤲❤️...ada lebih dari 10 jenis tanaman ulaman yang akk tanam.Ajommm intai cara akk masak dan sediakan bahan2.#MakeEveryDayCookingFun(100 resipi - 2024)Alhamdulilllah Resipi Yang Ke 500.Merdeka...Merdeka...Merdeka...🇲🇾 🌺🇲🇾 Aza Aaj -
Tempoyak Daun Kayu Tempoyak Daun Kayu
Asal dari Negeri 9. Menu ini mula saya makan semasa bertugas diN9.Memang menu orang negori. Pelbagai pucuk- pucuk sayuran dimasukan. Tapi kita dibandar mengaharapkan daunan yang dijual di pasar tani @ pasar malam sahaja. Makanan ini cukup berkhasiat.#merdekapassport. 6/16 Ani Delighted -
Tempoyak Pucuk Kayu Ribut Rindu Tempoyak Pucuk Kayu Ribut Rindu
185/Julai2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1984 #pejuang2kresipi❤️ Global Apron 2024 Challenge 18 : Rainy Day ☔️ ❤️ #GlobalApron2024Kikikiki 🤭 pekena “Tempoyak Pucuk Kayu” ketika hujan lebat / hujan ribut sekalipun apa ada hal. Kita kan rakyat Malaysia tiada menu yang mustahil pun dan boleh dimakan bila-bila masa sahaja 😆Bahan yang digunakan :* kunyit basah (1 point)* cili padi (1 point)Total = 2points 🎊 Salina Jalaludin -
Sambal Tempoyak Pucuk Kayu Sambal Tempoyak Pucuk Kayu
Assalamualaikum,harini saya nak kongsi sedikit resepi yang saya belajar dari mak mertua. Pastikan sambal tempoyak ni ada cukup rasa lemak , masam , manis dan masin. Jadi pastikan anda guna tempoyak yang sedang elok sebab itu la terletaknya kesedapan resepi ni. Lagi satu jangan terlebih guna pucuk ubi and kaduk sebab nanti sambal ni boleh jadi pahit. Aina Zty -
Masak Lemak Pucuk Kayu Keledek + Enoki Masak Lemak Pucuk Kayu Keledek + Enoki
#GoldenApron23 #Week20 #Keledek + Cendawan 🍠🍄Hajat dihati nak buat inti keledek + cendawan menjadi pie gitew... tapi apakan daya kesihatan masih tidak mengizinkan...terus akk tukar jadi menu hidangan kampung yang super easy...tambah pulak semua bahan dah ada...elok jugak buat sayur macam ni nanti goreng ikan dan masak nasi buat sambal belacan wallaweyyy...sedap yak amat...senyum sampai telinga boyfrem sebelah tu dapat makan macam ni...memang En Suami tekak melayu toktok...lauk macam ni sedap sokmo laaa...😂😁 Keledek memang sedap penuh dengan vitamin dan rasa manis semula jadi...akk memang suka masak lemak campur keledek tapi kena pandai pilih sayuran yang sesuai seperti sayuran kampung...untuk lengkapkan list GA akk campurkan dengan cendawan enoki, makin bertambah sedap sayur lemak pucuk kayu ini...Ajommm intai cara akkmenyediakan bahan2 masak.🥰😘 Aza Aaj
Lebih Banyak Resipi
Komen