Sup Tulang dan Tapak Kaki Lembu

Liana Nick
Liana Nick @nikliana84
Kota Bharu, Kelantan.

#kambu #goldenapron
Menu ni agak jarang saya masak. Sebab untuk masak mengambil masa yang agak lama jika menggunakan dapur gas atau kayu api. Kebetulan raya haji baru-baru ni dapat kaki lembu. Sangat teruja sebab dah lama tak makan dan sup tulang ni memang sangat sedap terutamanya bila makan panas-panas. Saya masak menggunakan dapur kayu untuk kembalikan memori zaman bersama arwah ibu. Aroma masakan menggunakan dapur kayu sangat sedap berbanding menggunkan periuk elektrik atau dapur gas.

Sup Tulang dan Tapak Kaki Lembu

4 orang bercadang membuatnya

#kambu #goldenapron
Menu ni agak jarang saya masak. Sebab untuk masak mengambil masa yang agak lama jika menggunakan dapur gas atau kayu api. Kebetulan raya haji baru-baru ni dapat kaki lembu. Sangat teruja sebab dah lama tak makan dan sup tulang ni memang sangat sedap terutamanya bila makan panas-panas. Saya masak menggunakan dapur kayu untuk kembalikan memori zaman bersama arwah ibu. Aroma masakan menggunakan dapur kayu sangat sedap berbanding menggunkan periuk elektrik atau dapur gas.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Sebatang tulang kaki lembu bersama tapak kaki
  2. 10biji bawang merah saiz kecil
  3. 1biji labu bawang putih
  4. 3inci halia
  5. 2inci lengkuas
  6. 3rempah sup bunjut
  7. 2 batangkulit kayu manis
  8. 2bunga lawang
  9. 2 batangserai yang dititik
  10. Sepohon daun sup dipotong atau cincang halus
  11. Segenggam bawang goreng
  12. 2biji limau nipis
  13. 5biji cili padi
  14. Air (3/4 periuk)

Cara Memasak

  1. 1

    Potong nipis bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas,

  2. 2

    Sediakan satu periuk besar. masukkan air hampir memenuhi periuk. Masukkan tulang yang telah dipotong dan dibersihkan, serai dan garam. Tutup rapat periuk dengan penutup. Kemudian, dalam kuali kecil yang berasingan, tumis kesumua bahan yg telah dipotong/mayang halus (pada langkah pertama td) hingga kekuningan.

  3. 3

    Masukkan juga rempah sup bunjut, kulit kayu manis dan bunga lawang dalam tumisan bawang. Tumis hingga naik bau. Setelah itu, masukkan bahan tumis ke dalam periuk besar yang berisi tulang kaki lembu tadi.

  4. 4

    Untuk bahagian tapak kaki, bersihkan terlebih dahulu. Kemudian bakar di atas api seketika. Ini supaya bulu pada kulit hangus dan senang untuk di kikis dan buang kulit serta memudahkan tapak kaki senang tercabut atau dikopak kulitnya yang tebal. Kemudian potong isi dan tulang tapak kaki mengikut saiz dikehendaki dan masukkan ke dalam periuk berisi sup.

  5. 5

    Didihkan sehingga isi betul-betul lembut lebih kurang 5 jam atau lebih.

  6. 6

    Setelah masak, masukkan bawang goreng, potongan limau nipis, daun sup dan cili padi mengikut kepedasan yang diinginkan. Sedia dihidang. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Liana Nick
Liana Nick @nikliana84
pada
Kota Bharu, Kelantan.

Komen

Resipi Sepertinya