Sup Tulang

Fatthanah Amran
Fatthanah Amran @fatthanah_amran
Selangor

#unique2u
#goldenapron2020

Masa tu kali pertama kami menyambut Raya Aidiladha di kampung suami. Suasana di Kelantan agak berbeza berbanding di kampung halaman di Sarawak. Menu untuk Raya pun tak sama.

Kebiasaannya selepas siap melapah lembu, sedikit bahagian tulang dan isi lembu akan di masak dan dihidangkan dengan nasi panas. Ada juga ulam-ulaman dan budu. Ummi rasa menu sup tulang ni paling unik sebab mak mertua akan masak sendiri dan rasanya pun enak dan tak terlalu berat. Nak hirup sup dengan daging sahaja tanpa nasi pun sedap. Bertambah-tambah gitu.

Paling syok makan beramai-ramai. Pasal boleh berebut nak ambil isi daging dan tulang untuk di ratah. 😆

Boleh lah mencuba resepi ni. Mudah dan enak.😋😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
6 orang
  1. Daging
  2. Daunbawang
  3. Bawang goreng
  4. Limau nipis
  5. 2sudu kecil Garam
  6. 2sudu kecil Gula
  7. 1paket Rempah bunjut sup tulang
  8. 2paket Perencah sup daging & tulang
  9. 2 literair
  10. Secubit lada hitam
  11. Bahan Tumis
  12. 3 ulasbawang merah - hiris nipis
  13. Setengah labu bawang putih - hiris nipis
  14. Kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih (dalam paket rempah bunjut sup tulang)

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Rebus daging menggunakan pressure cooker. Sediakan bahan-bahan yang lain sementara daging direbus.

  2. 2

    Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis semua bahan tumis sehingga wangi. Kemudian masukkan sedikit air.

  3. 3

    Setelah daging empuk, tuang bahan yang ditumis ke dalam daging yang direbus. Kemudian masukkan Perencah Sup Daging & Tulang.

  4. 4

    Masukkan garam, sedikit gula dan lada hitam sesuaikan rasa. Sebelum dihidangkan, tabur bawang goreng, daun bawang serta sedikit air limau nipis.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Fatthanah Amran
Fatthanah Amran @fatthanah_amran
pada
Selangor
Suka memasak masakan mudah dan cepat. Semestinya suka makan. Kenal Cookpad Malaysia sejak join Kelas PhoPxCookpad. Cookpad merupakan platform untuk berkongsi resepi dan juga mencuba resepi baru atau tak pernah di buat selama hidup ini.🥰🥰
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya