Asam Laksa Penang

 Jeehan Kitchen
Jeehan Kitchen @Malindo
Johor Bahru

#1post1resepi
#goldenapron
#madebyjeehan
#cookpadmalaysia

Hidangan Asam Laksa ini sepatutnya saya post sebelum tarikh 18 Ogos untuk peraduan #masakannegeri. Tapi saya terlepas pulak kerana saya lupa tarikh. So sad😭😭😭. Tapi xpelah walaupun saya sedih,saya kena teruskan juga menulis dan post Resepi yang saya Buat ni demi Cookpad tercinta 😁❤️

Asam Laksa Penang

8 orang bercadang membuatnya

#1post1resepi
#goldenapron
#madebyjeehan
#cookpadmalaysia

Hidangan Asam Laksa ini sepatutnya saya post sebelum tarikh 18 Ogos untuk peraduan #masakannegeri. Tapi saya terlepas pulak kerana saya lupa tarikh. So sad😭😭😭. Tapi xpelah walaupun saya sedih,saya kena teruskan juga menulis dan post Resepi yang saya Buat ni demi Cookpad tercinta 😁❤️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 Jam 30 Minit
6-7 Orang
  1. 1Kilo Mee Laksa
  2. Secukupnya Nanas
  3. Secukupnya Daun Salad
  4. Secukupnya hirisan Bawang Besar
  5. Secukupnya hirisan Cili Padi Merah
  6. 1 batangbunga kantan di hiris
  7. Secukupnya Limau Kasturi
  8. Secukupnya hirisan Timun
  9. Secukupnya Daun Mint
  10. 👉 Kuah Asam Laksa
  11. 1Kilo Ikan Selayang/Ikan Sardin
  12. 3 LiterAir
  13. Secukupnya Telur Rebus
  14. 1 TinSardin (Asingkan Sosnya)
  15. 50 gmAsam Jawa (bancuh dengan air)
  16. 20 gmAsam Keping
  17. Secukup rasa Gula pasir
  18. Secukup rasa Garam
  19. Secukup rasa Serbuk pati ayam
  20. 7 batangDaun Kesum
  21. 2 batangBunga Kantan di belah 2
  22. 👉 Bahan Kisar
  23. 250 gmNenas (yang masam)
  24. 150 gmCili kisar
  25. 15 gmBawang Putih
  26. 150 gmBawang Merah Besar
  27. 2 batangserai bagian putih
  28. 2 grKunyit hidup
  29. 15 gmLengkuas muda
  30. 20 gmBelacan (Bakar dalam ketuhar)

Cara Memasak

1 Jam 30 Minit
  1. 1

    Sediakan semua bahan-bahan

  2. 2

    Kisarkan semua bahan kisar hingga halus.

  3. 3

    Rebuskan ikan, angkat dan asingkan isi ikan dengan tulang ikan.

  4. 4

    Kisarkan tulang ikan masukan air rebusan ikan. Kisarkan sehingga Halus.

  5. 5

    Tuangkan bahan kisar Kedalam Periuk, masukkan asam keping, Asam jawa, dan tapiskan tulang ikan yang di kisar tadi.

  6. 6

    Kisarkan Sebagian isi ikan, tambahkan air rebusan ikan. Kisar hingga halus.

  7. 7

    Tuangkan isi ikan yang telah di Kisar,isi ikan yang telah di racik kasar. Tapiskan semua air rebusan ikan tadi dan tuangkan Kedalam Periuk. Masukan daun Kesum,bunga kantan,garam,gula pasir dan serbuk pati ayam. Rebuskan kuah dengan api sederhana hingga mendidih.

  8. 8

    Masukan Sebagian isi ikan Sardin dalam tin yang telah di racik kasar. Cara menghidang. Rebuskan Mee LAKSA sekejap(bagi dia Lembut),masukan Mee laksa yang telah di Rebus Kedalam mangkuk,Tuangkan dengan kuah laksa yang mendidih. Tambahkan si ikan sardin dalam tin yang di racik Kasar,potongan daun salad,hirisan timun,nenas, bawang besar, cili padi Merah,Bunga Kantan, tambahkan telur rebus,daun mint, limau kasturi, dan kuah Petis. Sajikan selagi panas. Enjoy... yammiii 🤤🤤🤤

  9. 9

    Selamat mencuba dan semoga berjaya 😘😘😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
 Jeehan Kitchen
pada
Johor Bahru
I am an ordinary housewife, I have one lovely daughter, I love Cooking, Baking, Traveling, and I like to share recipes that I have ever tried. And I really enjoy this life
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya