Kek Lapis Bumi (Kukus)

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

kek Lapis Bumi.. kek ni kukus ke.. kek ni memang lembut & wangi.. kalau makan memang tak bole berenti.. kek yg sememangnya sedap.. kena cuba tau..

Kek Lapis Bumi (Kukus)

kek Lapis Bumi.. kek ni kukus ke.. kek ni memang lembut & wangi.. kalau makan memang tak bole berenti.. kek yg sememangnya sedap.. kena cuba tau..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. bahan-bahan loyang 6"x 6" menggunakan cawan metrik= 250 ml air
  2. 1 cawantepung gandum (diayak)
  3. 1/4 cawanserbuk holicks
  4. 5biji telur gred A
  5. 225 gmentega
  6. 4sudu besar serikaya
  7. 1/2 cawangula kastor
  8. 1/4 cawansusu pekat manis
  9. 1sudu kecil esen vanilla
  10. 1 1/2sudu besar serbuk nescafe + 1 sudu kecil serbuk koko
  11. (bancuhkan dengan 1 sudu besar air panas)
  12. Pewarna oren dan kuning

Cara Memasak

  1. 1

    Cara-cara :
    `Sediakan pengukus dan jerangkan airnya. Lengserkan dengan mentega dan taburkan dengan sedikit tepung. (Seelok-eloknya alaskan loyang dengan kertas serap minyak)

  2. 2

    ~Ayak tepung bersama horlicks di dalam satu bekas yang agak besar. Ketepikan.

  3. 3

    ~Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan putih.

  4. 4

    ~Masukkan telur sebiji dan putar dengan kelajuan minima. Masukkan lagi sebiji telur dan putar lagi. Ulangi sehingga habis.

  5. 5

    ~Masukkan esen vanilla dan putar lagi.

  6. 6

    ~Masukkan serikaya dan putar sebati.

  7. 7

    ~Kemudian, masukkan susu pekat dan putar lagi.

  8. 8

    ~Masukkan tepung dan diadun sekata.

  9. 9

    ~Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

  10. 10

    ~Campurkan satu bahagian dengan bancuhan nescafe tadi dan kacau sebati.

  11. 11

    ~Adunan kedua dan ketiga diwarnakan oren dan kuning.

  12. 12

    ~Kemudian setiap bahagian ini dibahagi lagi dua dengan menggunakan bekas-bekas atau cawan-cawan kecil.

  13. 13

    ~Tuangkan adunan nescafe ke dalam loyang terlebih dahulu. Kemudian, tutuplah loyang dengan kertas foil.

  14. 14

    ~Kukus selama 3-5 minit atau sehingga adunan dah tak cair.

  15. 15

    ~Tuangkan untuk lapisan kedua iaitu adunan oren. Ratakan.

  16. 16

    ~Kukuslah lagi hingga dah tak cair.

  17. 17

    ~Akhir sekali ialah adunan kuning.. Ulangi proses hingga habis.

  18. 18

    ~Untuk lapisan terakhir, sila kukus selama 30-40 minit atau sehingga kek masak sempurna.

  19. 19

    ~Sejukkan kek sebelum dipotong.

  20. 20

    Untuk yg ni.. adunan aznie gandakan dan aznie guna loyang 9'....

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Komen

Nina Wella
Nina Wella @cook_27639372
kalau nak buat cara bakar bolehkah??

Resipi Sepertinya