Mi Kicap dengan Sup Bebola Ayam dan Sambal Kicap

#semangatmerdeka
#fusionantarabangsa
#goldenapron
#mingguke6
Kali ni saya mencuba resepi yang terinspirasi daripada negara China.
Mereka masak mi kicap digandingkan dengan sup. Jadi akak olah menggunakan mi kuning dan dimakan juga dengan sambal kicap mengikut selera tekak kita, orang Malaysia yang sukakan pedas. 😊
Mi Kicap dengan Sup Bebola Ayam dan Sambal Kicap
#semangatmerdeka
#fusionantarabangsa
#goldenapron
#mingguke6
Kali ni saya mencuba resepi yang terinspirasi daripada negara China.
Mereka masak mi kicap digandingkan dengan sup. Jadi akak olah menggunakan mi kuning dan dimakan juga dengan sambal kicap mengikut selera tekak kita, orang Malaysia yang sukakan pedas. 😊
Cara Memasak
- 1
Untuk Sup, tumis kan bawang dan bawang putih yang ditumbuk kasar. Kemudian masukkan air. Apabila air sudah menggelegak, masukkan kiub ayam dan bebola ayam serta sayur kobis dan lobak.
- 2
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Apabila telur sudah masak, tutupkan api.
- 3
Untuk sambal kicap, goreng seketika semua bahan kecuali gula dan garam.
- 4
Apabila cili sedikit layu, tutup api dan biarkan sejuk. Apabila dah sejuk, masukkan ke dalam blender. Tambah kicap, garam dan gula. Blend kan.
- 5
Untuk minyak bawang putih, tumbuk bawang putih kemudian tumiskan dengan minyak sehingga bawang putih menjadi keperangan. Dan siap.
- 6
Untuk mi, basuh dan rendam kan mi dengan air panas untuk seketika. Kemudian toskan.
- 7
Untuk bahan perapan, campurkan sos tiram dan kicap lemak manis. Tuang ke dalam bekas dan gaulkan dengan mi kuning tadi.
- 8
Siap semua bahan, boleh lah dihidang.
Resipi Sepertinya
-
Mi Sup Sawi Mi Sup Sawi
Global Apron 2024 Challenge 24: KUNING 💛#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾Lama dah tak masak mi sup. Bukan apa, anak-anak dan suami kurang gemar kalau mi sup guna mi kuning. Mereka lebih gemar mi kuning tu digoreng. Si dara saya memang dari dulu tak minat mi kuning tak kira digoreng atau dibuat menu lain. Jika darurat jer baru lah dia akan makan haha.. Hari ni saya akan paksa dia makan sebab saya tak masak nasi atau pun lauk yang lain. Ada baki sotong dalam peti ais dan lebihan ayam goreng saya leburkan sekali. Awal-awal lagi saya dah sembunyikan mi segera. Saya memang tak galakkan mereka makan mi segera tapi nak buat macam mana, si papa mereka pun hantu mi segera. 3 vs 1 memang sah lah saya yang kalah.Inspirasi daripada @dapurdee cuma saya olah guna apa yang ada jer kat dapur.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Halia (1) + mee kuning (1) Dapur Yusfarisyia -
Mi Bihun sup ayam Mi Bihun sup ayam
Kalau tak menggunakan mi dah jadi menu sihat.. tapi kalau makan banyak menambah hilang dah sihat tu😅#GlobalApron2024AyamMi kuningBihunTauhu 0h Hana !! -
Mi Kicap Suami Mi Kicap Suami
Mak mertua ajar saya masak mi kicap goreng favourite anak dia (suami saya)Resepi simple tak renyah.#goldenapron2020 Fadhilah Hanani -
Sup Kaki Ayam (China) Sup Kaki Ayam (China)
Sup kaki ayam ni boleh dimakam dengan nasi ayam, mi, kuetiau, ataupun bihun. Orang negara China suka buat sup dengan pelbagai herba dan rempah untuk kesihatan badan. Kali ni saya buat sup kaki ayam guna bahan mudah sahaja. Rose Nani Nizah Nayan -
Mi Wantan Kicap Mi Wantan Kicap
Mi dengan kuah kicap begini sememangnya sedap dan mudah untuk disediakan. Mi ini akan lebih lengkap jika digabungkan bersama wantan goreng atau sup Nisa jijan -
Mi Kolok Ayam Cendawan Mi Kolok Ayam Cendawan
Ayam dan cendawan satu combinasi yang sangat menyerakan. Boleh dimasak Chinese style dengan kicap dan sos tiram, atau western style seperti cream soup atau dimasukkan dalam pie.Disini saya kongikan salah satu resipi yang saya gemari, menggunakan mi kolok kering. Jika tida mi kolok, boleh digantikam dengan mi lidi, mi kuning, yee mee ataupun pasta. Ikut citarasa masing-masing. Ruth -
Sup Mi Suah Simple 🇨🇳 Sup Mi Suah Simple 🇨🇳
#kidsandbabySelain pasta, satu lagi bahan kering yang selalu ada sebagai stok di rumah Uchu ialah Mi Suah. Mi yang lembut, mudah ditelan dan dihadam. Sesuai untuk semua peringkat umur lebih-lebih lagi bayi 8 bulan ke atas dan juga orang tua. Pengganti bubur.Mi suah (mī - sòa) berasal dari Fujian, China dan diperbuat daripada gandum.Resepi mudah ini, Uchu cooksnap cookpader Azura Hasmiza @zuramiza7774 . Sesimple Loralin -
Mee Kicap, Wantan & Sup 🇨🇳 Mee Kicap, Wantan & Sup 🇨🇳
#cppassportWontons atau Wantan berasal daripada negara China dari zaman Dinasti Qing (1644). Dahulunya Sup Wonton dinikmati oleh keluarga kelas atas yang kaya raya tetapi selepas Perang Dunia II, ia menjadi lebih meluas.Yani sekeluarga suka menikmati hidangan sup, jadi untuk kelainan Yani masak Wantan bersama sup dan juga ditambah dengan mee kicap.Biasanya jika tidak PKP, ada 1 restoran makanan yang sering kami kunjungi untuk menikmati hidangan ini. Pemiliknya restoran tersebut memang berketurunan Cina dan perniagaannya juga berasaskan masakan Cina seperti Nasi Ayam, Cantonese Yee Mee, Wantan, Mee Wantan dan banyak lagi.Ok, jom lihat resipinya. Selamat mencuba Nur Azliani Amer -
Bebola Mi Sedaap Bebola Mi Sedaap
#goldenapron2020#week6#phopxcookpad2020Dengan menggunakan mi sedaap untuk buat bebola sedap jugak rupanya. Rangup diluar lembut di dalam. Umi Minarni -
Mi Goreng Simple Mi Goreng Simple
Resepi ni sedap jika gunakan mi kuning kering. Saya biasa gunakan Mi Cintan Non Fried @ Mi kuning Sabah. Dah cuba masak guna mi Numee, tak sedap mcm guna mi kering. Saya masak kali ni hanya letak udang sahaja. Bahan lain optional.. Saya tak letak sayur sbb tak minat makan sayur dengan mi. Jika suka sayuran @ tauhu, blh la tambah sesuka hati. Sangat mudah menyediakannya.. sedap jugak di tekak saya 😁p/s: sorry tak rajin nk set up hidangan cantik2 😆nami
-
Bihun Sup Bebola Segera Bihun Sup Bebola Segera
162/2021/RoadTo1k/847Menu minum pagi 🤭. Over sangat kan 😆Nak masak lunch awal lagi. Lagipun suami masuk ofis hari ni. Kalau dia BDR memang dah masak lunch dah. Sekali jalan je haa masaknya. Jadi sementara nak tunggu tengahari tu. Pekena dulu bihun sup segera ni. Tapi nak bagi sedap letak bebola daging sikit. Taruk sawi. Dah masuk tabur hirisan cili padi & masa nak makan, letak kicap 🤤🤤🤤. Memang sedap sangat ehh..Btw bihun segera jenama Pama antara mi segera kesukaan hakak masa kat U dulu. Tapi dulu konsep dia rendam air panas sahaja 😂. Sekarang kasi upgrade sikit. Masak dan letak macam2 bahan. Barulah sedap 😋 Salina Jalaludin
Lebih Banyak Resipi
Komen