Bubur Nasi Ayam Bersantan

#goldenapron
#minggu7
#week7
#1post1hopev2
Bubur ni biasanya saya buat bila anak2 demam dan tak sihat. Senang untuk perut cerna dan berkhasiat juga.
Bubur Nasi Ayam Bersantan
#goldenapron
#minggu7
#week7
#1post1hopev2
Bubur ni biasanya saya buat bila anak2 demam dan tak sihat. Senang untuk perut cerna dan berkhasiat juga.
Cara Memasak
- 1
Panaskan minyak. Gaulkan ayam bersama garam dan digoreng separuh masak.
- 2
Masukkan bawang besar dan bawang putih dan ditumis hingga naik bau.
- 3
Masukkan kentang dan goreng seketika.
- 4
Toskan beras dan masukkan ke dalam periuk. Goreng beras bersama bawang dan ayam seketika.
- 5
Masukkan air atau bone broth dan masak sehingga beras hancur. Tambah air apabila bubur hampir kering.
- 6
Apabila bubur telah hancur mengikut selera anda, masukkan mix vege dan diikuti dengan santan. Kacau sentiasa supaya tak pecah minyak.
- 7
Perasakan dengan garam dan lada sulah. Siap. Boleh ditaburkan dengan bawang goreng sebelum makan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Bubur nasi biasa Bubur nasi biasa
#buburnasi#goldenapron2020Bubur ni masak masa join kelas phop by lini mohd. Waktu tu kena buat task food photography-bubur. Jadi buat bubur nasi biasa je tak nak ade warna sangat pada bubur nasi tu. Tapi takde warna tak berseri pulak kan. Tu yang tambah mix vege. Tapi, walaupun simple je, insyallah rasa dia sedap. Memang buat banyak dah, tu pun tak cukup sebab anak-anak suka sangat makan yang macam ni. AeJaa 📸 -
Bubur Ayam #phopbylinimohd Bubur Ayam #phopbylinimohd
Biasanya bila bulan ramadhan nie, selalu terjadi perut kurang selesa sebab angin atau senak perut. Biasanya saya akan buat hidangan yang mudah hadam iaitu bubur. Mudah je. Mohd Zamry Zainal -
Bubur Nasi Bersantan Bubur Nasi Bersantan
48/2021/RoadTo1k/733Resipi ni hakak masak khamis lalu khas buat suami yang sakit gigi. Bubur merupakan satu menu yang lembut untuk dimakan dan tidak perlu untuk mengunyah dengan banyak. Untuk bagi rasa sedikit berlemak, hakak guna santan kotak yang hadiah dari S&P Santan. Beras hakak guna beras bubur yang dihadiahkan oleh kawan ofis suami. Guna beras ni cepat sikit tempoh masak bubur berbanding guna beras biasa. Hakak masak 2cawan je tau, tapi bukan setakat suami je makan. Siap boleh bagi jiran lagi. Alhamdulillah.. Berkat sungguh rezekinya boleh dikongsi dengan ramai orang 🥰 Salina Jalaludin -
🍁Bubur Nasi Mottainai 🍁Bubur Nasi Mottainai
Mengidam makan KFC. Walaupun hanya tapau snack plate iaitu 2 ketul ayam saja, tapi ayam masih berbaki.Teringat masih belum buat resepi mottainai, lantas tergerak buat bubur nasi campur lebihan ayam itu. Maka terciptalah Bubur Nasi Mottainai. 🤗 Master Jamal -
BUBUR NASI 'CRAB STICK' BUBUR NASI 'CRAB STICK'
#goldenapron2020#buburnasiKebetulan sangat kan bonus kali ni, tajuk bubur nasi memang kena dengan musim panas2 ni, baru balik dari bercuti, ramai yang tak sihat, ada yang selsema la, tekak tak sedap la, jadinya semua macam tak berselera nak makan nasi. Mak nya macam tak sampai hati tengok anak2 lemah tak bermaya, gigih la ke dapur masakkan bubur nasi. Dalam keadaan tak larat tu, sempat lagi si anak buat permintaan nak bubur nasi jejari ketam. Demi mu hai anak, mak ikut kan aje. Moga cepat sihat ye. Makan tadi pun berselera. Masa menumis semua dah pakat duk di dapur ambil bau😂 tak sabar nak merasa❤️ Ana Ahmad -
Bubur nasi telur Bubur nasi telur
Sumber: fimela.comCari2 resepi bubur nasi Yang simple.. akhirnya jumpa juga.. hanya saya skip santan sebab santan tiada Di dapur saya.. buat bubur ni untuk anak2 saya dua2 tidak sihat.. in Shaa Allah dapat membantu mereka Ada tenaga sikit.. Zarafafiis ❣️🌹 -
Bubur Lambuk Ayam #phopbylinimohd #batch23 Bubur Lambuk Ayam #phopbylinimohd #batch23
Setiap kali bulan Ramadhan tiba. Mesti ada peluang untuk dapatkan bubur lambuk. Walaupun tempoh PKP membataskan pergerakan. Saya menggunakan bahan sedia ada yang terdapat di rumah tanpa menggunakan santan.Terdapat pelbagai variasi dan kaedah masakan bubur lambuk di setiap negeri. Selain sedap dipadankan dengan bahan-bahan sampingan seperti telur masin, ikan bilis goreng dan sambal kicap.Bubur lambuk juga boleh tidak semestinya disediakan dalam bulan Ramadhan, ia juga enak dinikmati ketika musim hujan atau ketika tidak berasa sihat.#phopbyfurzanne#cookpadmalaysia#phopbylinimohd#batch23#newbie Mizzanem -
Bubur Nasi Minyak Bawang Putih Bubur Nasi Minyak Bawang Putih
123/Mei2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1922 #pejuang2kresipi❤️ Eat2Heal ❤️🩹 ❤️Bubur nasi ni sememangnya sinonim ketika seseorang itu tidak sihat. Tak kisahlah sakit apa sekali pun. Demam ke, sakit perut, sakit gigi. Bubur nasi memang menu terbaik. Mudah dimakan dan mudah juga dihadam oleh perut. Mix match je bubur nasi ni dengan hidangan lain ikut citarasa masing-masing. Ataupun makan bubur nasi sahaja (ni kena tambah protein untuk bagi sedap). Jadi bubur nasi sememangnya pilihan terbaik..Macam resipi ni hakak buat bubur nasi dengan minyak bawang putih je. Bawang putih bagus untuk sistem imunisasi badan. Di samping itu rasanya sedap juga 😋 Salina Jalaludin -
Bubur Nasi Simple Bubur Nasi Simple
#buburnasi #goldenapron2020Sebenarnya untuk bonus ni, banyak hari juga memikir nak masak apa.Kebetulan Iman tengah pantang, nak suruh suami masak, minta bubur ayam takut jadi benda lain. Hahaha.Jadinya kakak cakap buat bubur ayam kemudian letak bawang putih dan halia goreng.Kira paling senang dan cepat untuk Iman buat.Yang penting, sedap.Kalau nak lagi sedap boleh tambah lobak merah atau kentang.Selamat mencuba Iman Hasanah Musa -
Bubur Nasi Paling Mudah Bubur Nasi Paling Mudah
#buburnasi#goldenapron2020Sempat juga buat bubur nasi untuk bonus. Resepi yang paling mudah dan senang 😁😁Boleh buat bila-bila masa... 😊Resepi ni menghasilkan bubur yang muat-muat ja dengan mangkuk tu. Sekali makan ja 🤭Jom tengok resepi Norashikin Rahmat -
Kanji Udang Ibu Mertuaku Kanji Udang Ibu Mertuaku
#buburnasi #goldenapron2020Sedapnya la haiiii kanji ibu mertua cikgu ni. Cikgu tak pernah lagi makan bubur nasi bersantan dan penuh dengan lauk pauk. Bubur lambuk johor je cikgu tahu.Bila mil (mother in law) kata nak buat kanji, dalam hati ni terdetik.. 'kanji tu apa?'. Rupa2nya bubur nasi.Kanji mil memang sedap dan sangat mengenyangkan.Jom cikgu kongsikan cara mil cikgu buat Kanji Udang. Hafiza Muaddah -
Bubur Nasi Bubur Nasi
#buburnasi #goldenapron2020Bubur nasi memang selalu dijadikan hidangan kami kerana ianya mudah dimasak dan sesuai dimakan bila-bila sahaja.Tambahan pula saya mempunyai anak kecil. Mudah bagi saya menghidangkannya masakan berasaskan bubur nasi.Jom lihat resipi bubur nasi yang selalu saya hidangkan ini. Zareena Shahmarudin
Lebih Banyak Resipi
Komen