Maggi Goreng lapar di waktu malam #cookpadmalaysia

Maggi goreng makan selalu memang tidak bagus lah untuk kesihatan. Resepi maggi ini dimasak apabila lapar di waktu malam ataupun tekak teringin saja...
Maggi Goreng lapar di waktu malam #cookpadmalaysia
Maggi goreng makan selalu memang tidak bagus lah untuk kesihatan. Resepi maggi ini dimasak apabila lapar di waktu malam ataupun tekak teringin saja...
Cara Memasak
- 1
Rebus mee maggi dalam air panas, bilas dan alirkan mee di bawah paip. Toskan air
- 2
Panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris,
- 3
Masukkan serbuk perencah kari maggi, kacau rata,
- 4
Masukkan mee yang dah ditoskan airnya,
- 5
Masukkan sayuran, kacang botol dan cendawan enoki, kicap manis
- 6
Gaul rata,matikan api. Angkat dan hias dengan potongan timun, telur mata, dan sos cili
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Maggi Kari Goreng Daging Maggi Kari Goreng Daging
#goldenapron #1post1hopev2 #1stpost #minggu7 #minggutujuhAssalammualaikum semua ♥️Siapa tak suka makan Maggi kan? Mesti ramai yang suka menikmati Maggi dengan cara dan gaya masakan tersendiri. Begitu jugalah dengan CN.😋Kali ini CN kongsikan resipi Maggi Kari Goreng Daging yang CN buat untuk pertandingan Maggi tempoh hari. Cumanya Maggi ini dimasak lebih dari 2 minit kerana CN perlu merebus daging dan menggunakan air rebusan daging untuk melembutkan mi segera Maggi. Rasanya memang sedap. Jemputlah cuba ya. 😍#CNdidapur Secubit Rasa Cik Nani🌷 -
Maggi Goreng Perut Maggi Goreng Perut
#kambu #cookpadmalaysiaMenikmati Maggi Goreng Ayam itu biasa. Kali ini apa kita, mari mencuba Maggi Goreng Perut. Gabungan rasa Maggi Kari yang sememangnya sedap diolah bersama-sama perut lembu dan dimasak bersama-sama daun ketumbar. Pastinya memberikan tekstur rasa dan aroma bau yang mampu memikat selera sesiapa sahaja. Salina Jalaludin -
Maggi Goreng Maggi Goreng
#sarapan#goldenapron#minggu14Hari ini, Auni minta buatkan sarapan Maggi goreng. Teringin katanya. Sebenarnya cubaan untuk memasak seperti maggi goreng mamak tapi tak tahu la jadi ke tak. Yang penting, siap maggi goreng ala Ari hari ni 😊. Perut kenyang, hati pun senang nak pergi sekolah. arihasliza ariffin -
Maggi Kari Goreng seadanya Maggi Kari Goreng seadanya
Sarapan pagi tadi suami nak sangat makan Maggi kari goreng Ala mamak, tapi banyak bahan mentah yang tak beli lagi sebab suami baru saja balek. Jadi untuk memenuhi permintaan suami, Si isteri soleha nie buat jugaklah. Ikot apa bahan yang ada di dapur saja. Yang penting mudah dan lazat. In sha Allah 😁. Jadi tak rugi mencuba resepi ini 😚#1post1hope #goldenapron #CookpadMalaysia #PeraduanResepi #ElAisyMasak2 Ahlia Syed Firdaus -
Maggi Kari Goreng Udang / Sosej Maggi Kari Goreng Udang / Sosej
Suami suka sangat maggi goreng, so inilah hasilnya. Bahan tak renyah pun, mudah sangat. 30 minit dah siap! Izzah Ab Aziz -
Maggi Goreng Ulam Maggi Goreng Ulam
Alhamdulillah dapat juga join Cookpad...Kita kongsikan bersama Resepi Maggi Goreng Ulam sempena contest Ratu Mee Maggi Goreng baru2 ini..#1post1hopev2#goldenapron Mamamikael Oven -
Mi Maggi Kari Goreng Telur Pedas Mi Maggi Kari Goreng Telur Pedas
#goldenapron#1pose1hopeSelalu masak maggi campak2 je kan,didih air campak maggi,apa kata kita cuba goreng pula agar lebih sedap dinikmati 😍😘 Wie Mohamad -
MAGGI® Goreng Pedas Cumi Petai MAGGI® Goreng Pedas Cumi Petai
#1post1hope #goldenapronMAGGI® Goreng Pedas Cumi Petai my stail. Cukup mudah dan pantas disediakan. Dengan aroma daun limau purut juga gabungan cumi dan petai menjadikan MAGGI® Goreng ini lain dari yang lain Mawar Wilsa -
Maggi Telur Goreng Maggi Telur Goreng
150/2021/RoadTo1k/835Idea jikalau buntu nak sarapan apa😬. Pagi tadi buka gerobok dapur nampak ada maggi kari. Pastu mahkluk lain seperti ayam, udang sedang membeku dalam peti sejuk🤭. Nak mudah, guna telur sahajalah. Ambil, pecahkan dan masak. Tu pasei namanya Maggi Telur Goreng. Nak cepat sarapan kan, gitu ler kaedahnya😆 Salina Jalaludin -
Murtabak Maggi Enoki Murtabak Maggi Enoki
#leftover #cookpadmalaysiaCendawan enoki ni saya beli 2pek, lepas tu goreng celup tepung semua sekali. Adehhh.. dah nama pun makan berdua. Mana habis pun banyak2 tu. Jadi lebihan enoki goreng tu. Esok paginya nak panaskan semula, tapi pasti dah tak sedap dan hilang rangupnya. Tu dapat idea tu, untuk masukkan ke dalam murtabak maggi konon-konon sebagai bahan tambahan. Tak sangka kombinasi maggi perasa ayam dengan cendawan enoki goreng yang pedas, menjadikan murtabak maggi ni sangat sedap. Sekali sekali terasa rangup dari enoki itu juga. Untuk resipi "Enoki Goreng Pedas" boleh cari dia carian cookpad. Salina Jalaludin -
-
Murtabak Maggi Berlauk Murtabak Maggi Berlauk
#goldenapron #minggu7Dah lewat malam tiba-tiba kami suami isteri rasa lapar tapi tak larat nak keluar. Buka almari dapur nampak ada 2 bungkus mi maggi. Terus datang idea nak masak murtabak maggi berlauk cara saya.Jom kita lihat resepi Murtabak Maggi Berlauk di bawah; Liana Nick
Lebih Banyak Resipi
Komen