Bubur Ayam Sempoi

FatimahZahra Hj Hamzah
FatimahZahra Hj Hamzah @cook_18202499

#phopbylinimohd
#batch18

Terima kasih kerana sudi bagi peluang kepala saya untuk share resepi ringkas dan mudah iaitu bubur ayam ini. Style saya sempoi aje, main campak-campak je bahan asal ada rasa dan rupa. Jom kita tengok resepi saya di bawah👇🏻

Bubur Ayam Sempoi

2 orang bercadang membuatnya

#phopbylinimohd
#batch18

Terima kasih kerana sudi bagi peluang kepala saya untuk share resepi ringkas dan mudah iaitu bubur ayam ini. Style saya sempoi aje, main campak-campak je bahan asal ada rasa dan rupa. Jom kita tengok resepi saya di bawah👇🏻

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1pot beras
  2. 3 kepingisi ayam
  3. Garam
  4. 1 kiub pati ayam maggi
  5. Halia 1 inci
  6. 5 ulasBawang putih

Cara Memasak

  1. 1

    Mula sekali, rendam beras selama 2 jam untuk bagi cepat empuk (cara saya)

  2. 2

    Kemudian, masukkan isi ayam ke dalam air beserta halia, garam, kiub pati ayam dan bawang putih. Rebus sehingga ayam masak

  3. 3

    Selepas ayam masak, angkat dan toskan ayam. Air ayam jangan dibuang. Saya gunakan untuk masak nasi

  4. 4

    Beras yang direndam tadi tu saya masukkan ke dalam periuk tekanan bersama air rebusan ayam tadi. Pesanan: bagi yang tak reti guna periuk tekanan, guna periuk biasa boleh. Saya guna periuk tekanan sebab nak cepat empuk. Tambahkan sedikit air lagi mengikut citarasa masing-masing. Saya suka bubur yang penuh air. Nak tambah perasa pon boleh ikut citarasa jugak.

  5. 5

    Selepas nasi masak, saya amik spatula burger tu lenyek-lenyek nasi biar hancur. Masa untuk hidang. Hidang bersama hiasan-hiasan kesukaan korang. Saya pilih cili merah, cili hijau dan daun sup.

  6. 6

    Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
FatimahZahra Hj Hamzah
FatimahZahra Hj Hamzah @cook_18202499
pada

Komen

Resipi Sepertinya