Udang Masak Kari

Baiti Si Otakhijau
Baiti Si Otakhijau @cook_16725581

#goldenapron Sesetengah orang kata nak masak kari ni wajib tumis lama sampai sejam dua baru umphh tapi Alhamdulillah cara saya ni sekejap je masaknya 45minit siap takda rasa kari mentah, malah sedap pula insyaAllah cuba le..😉❤ (#minggu10)

Udang Masak Kari

4 orang bercadang membuatnya

#goldenapron Sesetengah orang kata nak masak kari ni wajib tumis lama sampai sejam dua baru umphh tapi Alhamdulillah cara saya ni sekejap je masaknya 45minit siap takda rasa kari mentah, malah sedap pula insyaAllah cuba le..😉❤ (#minggu10)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 kgudang sederhana saiz disiang
  2. 2peket kecil Rempah kari apa2 brand jadikan pes
  3. 3 ulasbawang putih ditumbuk
  4. 1ibu jari halia ditumbuk
  5. Separuh bawang besar
  6. 3kuntum Bunga lawang. 1 kayu manis. 5 biji Pelaga
  7. 15 helaidaun kari
  8. 2biji tomato
  9. 1sk serbuk bawang putih
  10. 1sk asam jawa
  11. Suku cawan gula boleh adjust ikut rasa memasing
  12. 3 cawanAir masak
  13. Setengah cawan Santan cair
  14. 3senduk besar Minyak masak
  15. 1sk rata Garam (secukup rasa)

Cara Memasak

  1. 1

    Bersihkan 1 kg udang macam ni. Jangan lupa belah belakang dan buat urat hitam tu. Bilas dengan lemon/asam jawa/limau nipis utk kurangkan hanyir udang.

  2. 2

    Panaskan minyak 3 senduk. Tumis bawang putih, halia dan bawang besar. Juga rempah ratus 3 sekawan. Tumis dan kacau2 sampai wangi.

  3. 3

    Lepas bau wangi tumisan masukkan pes kari. Tumis lagi dgn api sederhana kuat hingga hampir kering masukkan 1 cawan air dan daun kari. Tumis lagi biar menggelegak.

  4. 4

    Apabila ada bau kari yg wangi dan minyak naik kepala maknanya tumisan hampir masak. Masuk baki 2 cawan air dan tomato yg dibelah 6 setiap satu. Didihkan lagi.

  5. 5

    Masukkan 1 sk serbuk bawang putih dan 1 sk asam jawa dan gula. Kacau rata. Didihkan lagi 5minit.

  6. 6

    Selepas tu masukkan santan cair setengah cawan. Kacau rata 5 minit.

  7. 7

    Masukkan udang. Kacau rata. Api kecikkan sikit. Akhir sekali bila air udang dah keluar perasakan garam. (Total kat sini dalam 5 minit) Rasa lauk ini akan jadik masam manis masin dengan bau daun kari wangi.🥰 NOTA: Jangan masak udang terlalu lama dan jika kemudian nak dipanaskan pun asingkan udang. Panaskan kuah saja. Udang yg terlalu lama dipanaskan kulitnya akan melekat pada isi.

  8. 8

    Selamat mencuba. Udang Masak Kari. 💐❤

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Baiti Si Otakhijau
Baiti Si Otakhijau @cook_16725581
pada
Tak rajin masak maka resepi saya biasanya yang ringkas dan cepat dimasak tapiii.. InshaAllah saya pastikan semua sedap. 😉❤😅
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya