Cheezy Popcorn Chicken

Cempaka Putih
Cempaka Putih @ticer_cem
Kelantan, Malaysia

#1post1hopev2
#goldenapron
Level 13
Siapa yang tak suka Cheezy Popcorn Chicken memang rugi. Sedap sangat, nak pulak makan panas-panas! Rangup dan krup krap krup jer bunyi dia. Menjadi kegilaan di KFC. Isi ayam selalu tak habis kalau beli kan. Tapi kalau buat popcorn chicken memang clear. Tambah pulak dengan cheesy sos super leleh. Bila dah makan tak toleh-toleh. Jangan lupa tambah serbuk #kunyit, rasanya lebih memikat. Eemm...simple dan sedap. So tak payah beli, buat sendiri. Jom cuba!

Cheezy Popcorn Chicken

9 orang bercadang membuatnya

#1post1hopev2
#goldenapron
Level 13
Siapa yang tak suka Cheezy Popcorn Chicken memang rugi. Sedap sangat, nak pulak makan panas-panas! Rangup dan krup krap krup jer bunyi dia. Menjadi kegilaan di KFC. Isi ayam selalu tak habis kalau beli kan. Tapi kalau buat popcorn chicken memang clear. Tambah pulak dengan cheesy sos super leleh. Bila dah makan tak toleh-toleh. Jangan lupa tambah serbuk #kunyit, rasanya lebih memikat. Eemm...simple dan sedap. So tak payah beli, buat sendiri. Jom cuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 kepingdada ayam (dipotong dadu)
  2. 1 tinsusu cair
  3. 2 cawantepung bestari
  4. 3 cawanbread crumbs
  5. 3biji telur (dipukul perlahan)
  6. 1 sudu makanserbuk kunyit
  7. 2 sudu makanserbuk lada putih
  8. 6 kepingcheese
  9. 50 gmentega
  10. 5 ggaram
  11. 1 sudu makanepung gandum
  12. 4 cawanminyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Bahan-bahan

  2. 2

    Dada ayam yang dipotong dadu disatukan dengan serbuk lada putih dan garam. Gaul sebati.

  3. 3

    Pukul perlahan 3 biji telur. Ketepikan. Perlahan jer tau.

  4. 4

    Satukan serbuk kunyit bersama tepung bestari. Gaul rata. Ketepikan.

  5. 5

    Ambil dada ayam yang disatukan dengan lada putih dan garam tadi, gaulkan dengan tepung bestari yang bercampur dengan kunyit.

  6. 6

    Celupkan dalam telur dan gaulkan dengan bread crumbs.

  7. 7

    Panaskan minyak dan goreng ayam tadi sehingga kekuningan.
    Angkat, tos dan kerepikan.

  8. 8

    Untuk sos cheezy, panaskan kuali dan cairkan mentega.
    Masukkan tepung gandum. Kacau rata.

  9. 9

    Masukkan 1 tin susu cair diikuti dengan 6 keping cheese. Kacau sebati sehingga pekat.

  10. 10

    Curahkan sos cheezy ke atas ayam popcorn tadi semasa masih panas. Anda akan teruja dengan cheese lelehnya. Sedia untuk dihidang dan dimakan. Selamat mencuba ! 🥰🥰🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Cempaka Putih
Cempaka Putih @ticer_cem
pada
Kelantan, Malaysia
masak dari hati
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya