Laksa Sarawak #phopbylinimohd #batch19

Jannatul Madihah
Jannatul Madihah @cook_19134888

Laksa Sarawak merupakan antara menu yang wajib dicuba sekiranya anda berkunjung ke Sarawak. Dengan adanya pes Laksa Sarawak ini, anda boleh menyediakan hidangan ini di rumah anda sendiri. Selamat mencuba!

Laksa Sarawak #phopbylinimohd #batch19

4 orang bercadang membuatnya

Laksa Sarawak merupakan antara menu yang wajib dicuba sekiranya anda berkunjung ke Sarawak. Dengan adanya pes Laksa Sarawak ini, anda boleh menyediakan hidangan ini di rumah anda sendiri. Selamat mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

6-8 sajian
  1. 1peket bihun
  2. 500 gayam
  3. 200 gudang
  4. 250 mlsantan
  5. 250 mlsusu sejat
  6. 1 literair
  7. 1biji telur
  8. 4biji limau kasturi
  9. Daunketumbar diracik
  10. Sambal belacan
  11. Segenggam taugeh

Cara Memasak

  1. 1

    Rendamkan bihun di dalam air sejuk selama 1 jam. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Celurkan bihun seketika sehingga lembut.

  2. 2

    Ayam dibersihkan dan direbus di dalam 1 liter air. Setelah empuk, toskan. Racik halus ayam yang telah direbus tadi. Ketepikan. Bahagian tulang tadi disimpan untuk dimasukkan ke dalam kuah laksa nanti.

  3. 3

    Menggunakan sedikit daripada air rebusan ayam, dalam kuali/periuk yang lain, rebus udang. Asingkan bahagian kepala dan separuh kulit badan udang bahagian kepala supaya separuh bahagian ekor udang masih berkulit. Kulit dan kepala udang yang diasingkan dikisar bersama air rebusan udang tadi. Tapiskan. Air tapisan itu dimasukkan kembali ke dalam air rebusan ayam tadi. Ini adalah untuk menambah perisa udang ke dalam kuah laksa. Hampas kulit dan kepala udang boleh dibuang.

  4. 4

    Masukkan pes laksa ke dalam air rebusan ayam. Setelah mendidih, tambahkan santan dan susu cair. Perisakan dengan garam secukupnya.

  5. 5

    Telur digoreng dadar senipis yang boleh. Gulung dan hiris nipis-nipis.

  6. 6

    Untuk menghidang, letakkan bihun ke dalam mangkuk. Tambahkan isi ayam yang diracik, udang, telur dadar, taugeh, taburkan dengan daun ketumbar dan sendukkan kuah sehingga menenggelami bihun. Sebelum dimakan, tambahkan sambal belacan secukup pedas dan perahkan limau kasturi.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Jannatul Madihah
Jannatul Madihah @cook_19134888
pada

Komen

Resipi Sepertinya