Itik Salai Masak Lemak Cili Api

Masa mak, abah dan adik serta keluarganya balik dari kenduri kahwin saudara di Endau-Rompin, mereka ikut laluan lama yang lalu Kuala Pilah. Perjalanan yang agak lama.
Perut pun sudah lapar, jadi mereka singgah satu kedai makan yang ada jual itik salai. Lepas makan, mereka beli 1 ekor untuk dibawa balik.
Setiba di rumah, adik pesan untuk masak itik salai tersebut. Jadi, lepas bincang dengan mak, maka kami pilih menu Itik Salai Masak Lemak Cili Api. Masak lemak cili api, saya dah biasa buat. Tapi, ini pertama kali saya masak itik salai :-).
Mereka kata sedap, alhamdulillah. Cuma mak pesan, lain kali masak 1 ekor itik salai terus sebab hari itu, macam tak cukup sebab 1 orang, makan nak makan 2 ke 3 ketul itik.
Itik Salai Masak Lemak Cili Api
Masa mak, abah dan adik serta keluarganya balik dari kenduri kahwin saudara di Endau-Rompin, mereka ikut laluan lama yang lalu Kuala Pilah. Perjalanan yang agak lama.
Perut pun sudah lapar, jadi mereka singgah satu kedai makan yang ada jual itik salai. Lepas makan, mereka beli 1 ekor untuk dibawa balik.
Setiba di rumah, adik pesan untuk masak itik salai tersebut. Jadi, lepas bincang dengan mak, maka kami pilih menu Itik Salai Masak Lemak Cili Api. Masak lemak cili api, saya dah biasa buat. Tapi, ini pertama kali saya masak itik salai :-).
Mereka kata sedap, alhamdulillah. Cuma mak pesan, lain kali masak 1 ekor itik salai terus sebab hari itu, macam tak cukup sebab 1 orang, makan nak makan 2 ke 3 ketul itik.
Cara Memasak
- 1
Kisar halia, bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan cili padi sehingga lumat.
- 2
Basuh itik salai dengan air asam jawa sehingga bersih. Jangan risau, bau salai pada itik masih kuat walaupun ia dibasuh beberapa kali.
- 3
Masukkan air ke dalam periuk. Masukkan juga itik salai dan bahan kisar tadi. Masak dengan api sederhana dalam periuk yang mempunyai tutup.
- 4
Bersihkan asam gelugur, daun salam, daun limau purut dan serai. Titik serai tersebut. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam periuk.
- 5
Masukkan santan. Kacau sebentar. Kemudian, masak dengan api sederhana sehingga daging itik empuk. Letak garam dan rasa. Tambah garam lagi jika perlu. Apabila daging itik sudah empuk, ia sedia untuk dihidangkan.
- 6
Rasa itik salai ini agak kuat. Jadi, hidangkan Itik Salai dengan nasi panas panas dan ulam timun pun dah cukup. Apabila Itik Salai dimasak dengan api sederhana dengan tempoh yang lama, rasa salai itik tersebut, meresap ke kuah tersebut. Sedap. Jadi, kuah tersebut saya simpan dalam bahagian sejuk beku. Beberapa hari kemudian, saya keluarkan baki 1/4 itik dan masak semula dengan kuah yang ada. Cuma saya tambah sedikit cili padi dan santan untuk rasa lebih pedas dan lemak untuk masakan kali ke-2.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Itik Salai Masak Lemak Cili Api Itik Salai Masak Lemak Cili Api
Aritu, pergi Seremban, singgah Kuala Pilah.Pokwie teringin rasa itik salai, dia stop kat gerai-gerai tepi jalan, beli sekor itik salai.Balik Kuantan, faa masak lemak cili api.Fuhh licin.Gemor betul pokwie, Alhamdulillah. Kakak Faa -
Spaghetti dan Itik Salai Masak Lemak Cili Api Spaghetti dan Itik Salai Masak Lemak Cili Api
Eh macam mana nak masak itik untuk dijadikan satu one-pot meal. Google punya Google, jumpa pun.Saksikanlah Spaghetti dan Itik Salai Masak Lemak Cili Api.Saya sendiri terkejut sebab, pertama kali masak menu senang ni, sedap rupanya-rupanya 😂😋8. Itik (3 point)16. Serai (1 point)#GlobalApron2024#challenge11#onepotmeal Alia Ali -
Spageti itik salai lemak cili api Spageti itik salai lemak cili api
#semangatmerdeka #fusionantarabangsaSekali sekala bosan makan daging itik salai masak lemak cili api dengan nasi, harini kita cuba sesuatu yang baru. Menu ini seakan-akan laksa thai tetapi kali ini resepi saya versi gabungan eropah (itali) dan asia (malaysia). Sangat sedap sebab aroma itik salai (bakar) itu sendiri sangat membangkitkan selera. Liana Nick -
Itik Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi Itik Salai Masak Lemak Cili Api Dengan Pucuk Ubi
Akak ipar belikan itik salai masa lalu laluan Kuala Pilah negeri 9..Lepastu kebetulan kat kampung banyak pucuk ubi yang tidak berpetik..so apalagi..letak dalam lauk ni lah..Alin xselalu msak itik ni..sebab xsemua ahli keluarga makan..Tapi sebab ada kat kampung,tu yang masak juga..Masak lemak itik salai ni..ada 2 kaedah..ada yang suka leburkan sekali..ade yang tumis kan dlu bahan nya..Dan ada yang suka letak daun limau purut..Ade yang tak..Alin pernah cuba tak tumis..Tapi macam tak berapa ngam dengan tekak..Rasa itik tu lain..xpndai nak bgtau..mungkin itik tu yang salah..atau Alin yg salah..hahahaha..so kali ni Alin decide..tumis dlu..So alhamdulillah lah.. baru ngam.. FZ Adzlin -
Masak lemak itik salai Masak lemak itik salai
#goldenapron2020#minggu24Minggu lepas saya ke Muazzam Pahang lalu jalan dari Negeri 9.Sepanjang jalan nampak banyak gerai jual itik salai.Teringin pulak nak merasa itik salai msk lemak.Singgah la beli sekor.Maka terjadi la masak lemak itik salai 😊 Zieta Ali -
Itik Salai Masak Lemak Cili Padi Itik Salai Masak Lemak Cili Padi
Bila rindu nak makan itik salai cili padi dekat melaka mulalah teringin nak buat sendiri,itik pun saya kirim dengan kawan balik kg dia sebelum musim pkp3.0😅 Erma Yusnida -
Daging Salai Masak Lemak Cili Api Simple Daging Salai Masak Lemak Cili Api Simple
Resepi pertama untuk - Recook & Cooksnap Resepi Apa Dari Nama Pengguna Ada Huruf "S"?.K.ha pilih resepi dari Cookpader Natasha.Sedap resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Api Simple ini,makan nasi bertambah jadinya.K.ha olah sedikit cara memasak dan tambahan bahan di dalam resepinya..Harum aroma bau asap daging salai dengan rasa lemak dan sedikit pedas memang memikat selera,boleh masak lagi nanti,padu👌😋😍. ha.lim39 -
Masak Lemak Daging Salai Kentang Masak Lemak Daging Salai Kentang
Minggu lepas adik bawakan balik daging salai. Asyik makan ketupat rendang, kuih raya ja apa kata kita makan nasi putih dengan masak lemak daging salai.#daging#santan#cili#serai#CookpadApron2025 Nana Isya -
Daging Salai Masak Lemak Cili Api Simple Daging Salai Masak Lemak Cili Api Simple
Tak pernah makan masak lemak cili api daging salai. Bila dah dapat daging salai ni teringin nak cuba masakan tersohor nismilan ni. Terima kasih natasha atas resipi yang memang simple ni. Mudah sangat nak membuatnya. So hari ni kita recook dan cooksnap resipi yang super sedap ni. Jom. Cempaka Putih -
One-Pot Meal: Pasta Masak Lemak Itik Salai One-Pot Meal: Pasta Masak Lemak Itik Salai
Mak-mak memang suka masak simple dan lengkap. Jimat masa, tak payah basuh banyak periuk dan jimat gas jugak 😆Kali ini kita bawak fusion style. Pernah makan pasta macam ni, tapi dengan daging salai. Kita buat pakai itik kuek kuek hehehe.Kali ini masing-masing makan tak berbunyi. Senyap je. Sedaplah tu hehehe...Bunga kantan (2 point)Itik (3 point)Santan (1 point)Serai (1 point)7 points#GlobalApron2024 #challenge11 #onepotmeal Nihadriz Niha -
Masak Lemak Cili Api Ayam Salai Masak Lemak Cili Api Ayam Salai
Sejak suka makan resepi salai nie macam tak lengkap kalau sebulan sekali nak juga makan apa-apa yang disalai. Daging salai, itik salai, keli salai dan ayam salai masak lemak cili api sudah makan dan semua tu beli bahan basah yang sudah siap salai. Hanya masak jea nanti. Sekarang bila nak masak sendiri dari awal sebab lebih jimat yang disalai sendiri, jadi kena kreatif cari cara senang. So salai la sendiri di atas dapur gas dengan api yang perlahan. Bau aroma salai itu lah yang membangkitkan selera dan salai guna dapur arang lagi harum baunya. Alternatif nak cepat dan mudah, saya guna dapur gas sahaja. Cuma kena rajin cuci dapur lepas salai tu. Jom cuba masakan salai cara saya 😘#goldenapron2020 #minggu4#bazaarramadan #minggu5 Noor Hassan -
Itik Salai Masak Pedas Itik Salai Masak Pedas
Pokwie beli itik salai.Boleh 4 kali masak dan dia request 4 menu berbeza.Pening bini dia mikir, campak campak je laa ala thai.Alhamdulillah sedap.Licin dia makan. Kakak Faa
Lebih Banyak Resipi
Komen