Wanpaku versi KFC

Hafiza Muaddah
Hafiza Muaddah @cikgudidapur

#goldenapron #level17
#wanpaku

Siapa di sini kalau oder ayam KFC tak mahu bahagian dada? Boleh geng dangan anak-anak tcer fizz 😇.
Gara-gara 11.11, tcer beli 5 set snack plate untuk makan tengahari dan ada 1 set tu terlupa nak bagitahu kat adik kaunter tak mahu bahagian dada. Kesudahannya tcer tapau la bawa balik rumah bersama-sama dengan coleslaw dan kentang putar.
Petang tu tcer pun buat la projek wanpaku menggunakan dada ayam goreng KFC dan coleslaw KFC.
Dah jadi wanpaku.. Tcer yang terpaku tengok anak-anak makan. Tak toleh kiri dan kanan. Tak apa lah.. Yang penting rezeki tidak dibazirkan.

Pergi KFC bersama rakan,
Guna kupon yang diperoleh,
Dada ayam kalau tak dimakan,
Buat wanpaku kan boleh.

Wanpaku versi KFC

3 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 kepingroti wholemeal
  2. 1ketul ayam goreng KFC(dada) -dipotong panjang
  3. 2sdb (1 mangkuk kecil) coleslaw KFC
  4. 4 kepingdaun salad
  5. 1/2 batangcarrot -dipotong panjang
  6. 1/4biji capsicum merah dan kuning - dipotong panjang
  7. 2sachets sos cili KFC
  8. Plastic wrap
  9. Pembalut kertas

Cara Memasak

  1. 1

    Bahan-bahannya

  2. 2

    Potong ayam. Letak plastic wrap. Susunkan roti, salad, carrot dan capsicum. Letak 1 sdb coleslaw.

  3. 3

    Susunkan isi ayam dan letak sos cili. Letak sekeping lagi roti dan ulang proses tadi (salad, carrot, capsicum, coleslaw, isi ayam, sos cili)

  4. 4

    Wrap/bungkus sandwich dengan plastik sekemasnya. Potong sandwich kepada 2 bahagian dengan menggunakan pisau yang tajam. Wrap/bungkus dengan kertas utk hiasan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Hafiza Muaddah
Hafiza Muaddah @cikgudidapur
pada
Simple, easy, healthy & yummy cooking & baking 😊
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya