Wanpaku Sandwich mamaell: mix sesame seed egg mayo

#wanpaku #goldenapron #minggu17
Selamat hari minggu semua😊. Untuk yang kesekelian kalinya, saya buat lagi wanpaku. Boleh dikatakan wanpaku telur mayo ialah yang mencabar. Sebab apa? Sebab saya dah cuba buat 3 kali termasuk yang ini, bila dipotong telur mayo nya susah nak dilihat dengan mata kasar. Sadis bukan?😂 tapi percayalah puan puan wanpaku telur ini sangat sedap. Walaupun tidak nampak telur, bila dimakan terasa pula telur... magis sangat😊. Tunggu apa lagi? Moh lihat resepi mamaell dibawah moh!👇👇👇
Wanpaku Sandwich mamaell: mix sesame seed egg mayo
#wanpaku #goldenapron #minggu17
Selamat hari minggu semua😊. Untuk yang kesekelian kalinya, saya buat lagi wanpaku. Boleh dikatakan wanpaku telur mayo ialah yang mencabar. Sebab apa? Sebab saya dah cuba buat 3 kali termasuk yang ini, bila dipotong telur mayo nya susah nak dilihat dengan mata kasar. Sadis bukan?😂 tapi percayalah puan puan wanpaku telur ini sangat sedap. Walaupun tidak nampak telur, bila dimakan terasa pula telur... magis sangat😊. Tunggu apa lagi? Moh lihat resepi mamaell dibawah moh!👇👇👇
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan bahan.
- 2
Cara membuat telur mayo: asingkan telur putih dan telur kuning. Yang kuning lenyekkan dan gaul dengan mayo, lada hitam dan bijan (disangai sekejap). Bahagian putih telur dipotong dadu kecil kemudian gaul sekali bagi sebati.
- 3
Bentang cling wrap, letak roti dan sapu butter. Susun keju kemudian seaweed.
- 4
Susun separuh salad. Tomato kemudian timun.
- 5
Susun seaweed. Tuangkan telur mayo dan ratakan. Tutup dengan sekeping lagi seaweed.
- 6
Susun lobak merah, kubis ungu dan baki salad.
- 7
Roti akhir siap sapukan butter, keju dan seaweed kemudian tutup sandwich. Balut cling wrap sekemas mungkin.
- 8
Potong dibahagian tengah dan boleh dihidangkan. Selamat mencuba😊 Notakaki: jika ada lebihan bijan boleh ditaburkan dibahagian potongan wanpaku untuk kelihatan menarik.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Wanpaku Sandwich mamaell: Egg mayonaise & cheese Wanpaku Sandwich mamaell: Egg mayonaise & cheese
#goldenapron#minggu21Harini mamaell makan sandwich jelah.. senang kerja , bahan pun ada. Maklumlah, baru balik dari bercuti🤭kali ini wanpaku sandwich telur mayonis. Telur mayonis yang ini versi lenyek kesemua sekali tanpa syarat😂 sebab nak cepat. Lapar ni!😬Bagi penggemar telur boleh lah cuba yang ni. Senang sangat nak buat. Separuh makan pagi, separuh lagi makan tengahari😬. Untuk makan malam pandai pandai la cari sendiri. Moh cuba cara mamaell moh!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku Sandwich mamaell: Egg & cheese Wanpaku Sandwich mamaell: Egg & cheese
#wanpaku#goldenapron#minggu17Alang alang buat wanpaku, mamaell cubalah mix n match. Memandangkan saya suka juga dengan telur rebus. Wanpaku yang ini bahan utama hanya telur rebus dan keju. Selebihnya lapisan pelbagai sayur pilihan saya. Apa lagi? Jom lihat resepi dibawah jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku Sandwich mamaell: Asparagus chicken meatloaf & cheese Wanpaku Sandwich mamaell: Asparagus chicken meatloaf & cheese
#wanpaku#goldenapron#minggu17Nak beritahu yer, wanpaku sando yang ini memang sedap..wajib cuba😊. Mamaell suka cuba macam macam jenis sAndwich. Asalnya, nak cari barang lain, tapi di Ipoh ni macam susahnya lah nak jumpa, maka saya buat dengan barang yang sedia ada beli ni. Jom lihat resepi dibawah jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku Sandwich mamaell:beef salami & egg Wanpaku Sandwich mamaell:beef salami & egg
#wanpaku#goldenapron#minggu16Viral sungguh sandwich wanpaku ini😊. Mamaell memang biasa buat sandwich untuk anak anak. Bila viral sandwich ini sampai ke Malaysia, saya cubalah. Wanpaku sando versi mamaell menggunakan sayur sayuran, beef salami, telur dan keju. Hanya seorang anak mama yang makan😬, sebab yang dua orang lagi masih tak makan sayur. Jom kita tengok cara cara mamaell buat wanpaku... jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku Sandwich mamaell:Blackpepper Mayo Chicken Wanpaku Sandwich mamaell:Blackpepper Mayo Chicken
#wanpaku#goldenapron#minggu16Mamaell bila dah start buat sandwich memang susah nak berhenti. Boleh buat hari hari sampai jemu lihat wanpaku je minggu ni🤭. Kali ini, saya buat inti ayam. Kita perlu sediakan ayamnya sahaja. Sayur sayur boleh guna apa yang ada dalam petiais. Moh kita lihat resepi dibawah moh!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku Sandwich mamaell:my personal choice😊 Wanpaku Sandwich mamaell:my personal choice😊
#wanpaku #goldenapron #minggu17Sempat lagi mamaell buat wanpaku petang nih. Ini kali pilihan mamaell sendiri😊. Kalau boleh semua nak letak😂. Entah la ada khasiat ke tidak janji sedap dimulut terus ke perut..gituuu👌🏻. Memang tiada peraturan lah ni.. semua bagi campur. Risiko tanggung sendiri😬. Jom lihat resepi dibawah jom! 👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku Sandwich mamaell: Spicy Tuna & boiled egg Wanpaku Sandwich mamaell: Spicy Tuna & boiled egg
#wanpaku#goldenapron#minggu17Yang ini memang mamaell testing🤭. Sebab kat stor terjumpa cili tuna. Maka terbuatlah wanpaku spicy tuna yang rasanya yaAmpun sedap jugak walaupun pedas😊. Susunan memang ikut kreativiti masing masing. Yang penting, bila potong isi dalam x terburai. Jom kita lihat resepi dibawah jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku Sandwich mamaell: omelette and cheese Wanpaku Sandwich mamaell: omelette and cheese
#Wanpaku#goldenapron#minggu16 Kali ini untuk yang tidak makan ayam atau daging. Mamaell guna telur dan keju. Dan seperti biasa kalau namanya wanpaku wajib meriah dengan sayur sayuran. Memang seronok buat wanpaku. Lagipun wanpaku boleh dimakan pada bila bila masa dan waktu. Jom lihat resepi dibawah jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku Sandwich mamaell:Beef salami asparagus Wanpaku Sandwich mamaell:Beef salami asparagus
#wanpaku#goldenapron#minggu17Wanpaku versi mamaell nak cepat sebab dah kelaparan. Dinner malam ni makan wanpaku sebab bahan bahan dah sedia ada dalam petiais. TinggalSusun-susun je. Konon - kononnya diet lah kan . Dah habis wanpaku terasa nak makan cokelat pula😂 . Moh la lihat resepi dibawah dulu moh!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku Sandwich mamaell:BBQ chicken & taokaenoi seaweed Wanpaku Sandwich mamaell:BBQ chicken & taokaenoi seaweed
#wanpaku#goldenapron#minggu17Wanpaku ni terilham selepas saya makan di McD. Ada sos Bbq Nugget lebih dan juga masa itu saya sedang makan seaweed kegemaran. Jadi terfikir untuk menggabungkan 2 bahan itu dalam wanpaku sandwich saya🤭. Boleh cuba pada yang berani yer😊. Jom lihat resepi dibawah jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Wanpaku Sandwich mamaell:Tuna hot mayonaise Wanpaku Sandwich mamaell:Tuna hot mayonaise
#wanpaku#goldenapron#minggu17Dinner semalam buat yang simple ye. Sedikit sayur-sayuran pilihan. Dan bahan utama hanya tuna mayo dan seaweed. Saya tidak pasti kenapa nama tuna hot mayo sebab tak pedas pun. Mungkin tuna itu yang hot 🔥😉. Jom lihat resepi dibawah dulu jom!👇👇👇 Ell Sakimin -
Sandwich Telur Rebus Sandwich Telur Rebus
#bonustelurrebus#goldenapronSandwich simple.. tapi mama buat wajib letak salad timun tomato. Sebab lagi sedap. Kalau datang malas sangat baru lah sandwich telur mama kosong.. roti dan telur sahaja🥴 Moh lihat cara mama buat moh!👇👇👇 Ell Sakimin
Lebih Banyak Resipi
Komen