Daging Masak Lada Hitam

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

#goldenapron
#minggu17
Antara menu daging kesukaan keluarga saya. Rasanya yang sedap walaupun hitam tapi tetap menawan berselera bila dihidang bersama dengan nasi panas tak perlu lauk lain, cukup walaupun satu menu ini sahaja. Awak semua mesti suka jugakan.

Daging Masak Lada Hitam

11 orang bercadang membuatnya

#goldenapron
#minggu17
Antara menu daging kesukaan keluarga saya. Rasanya yang sedap walaupun hitam tapi tetap menawan berselera bila dihidang bersama dengan nasi panas tak perlu lauk lain, cukup walaupun satu menu ini sahaja. Awak semua mesti suka jugakan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500 gmdaging - hiris nipis
  2. 2 sudu makanserbuk lada hitam
  3. 1sudu kecil lada hitam berperisa aji-shio
  4. 2 sudu makanserbuk cili - dibancuh dengan sedikit air
  5. 1/4 cawansos cili
  6. 1 sudu makansos tiram
  7. 3sudu besar kicap lemak manis
  8. 1biji bawang besar **
  9. 3 ulasbawang putih **
  10. 1mangkuk kecil jus asam jawa
  11. 1/4air panas
  12. 1 sudu makanlada hitam biji - ditumbuk
  13. 1/2sudu kecil garam sesuaikan rasa
  14. 1/2sudu kecil gula sesuaikan rasa

Cara Memasak

  1. 1

    Cuci bersih daging dihiris nipis, kemudian diperap dengan serbuk lada hitam dan lada hitam berperisa lebih kurang 20 minit.

  2. 2

    Bahan bertanda (**) kisar dahulu, panaskan sedikit minyak
    tumis cili bersama bahan kisar hingga naik minyak.

  3. 3

    Masukkan daging yang diperap tadi, gaul sekata kemudian masukkan bahan-bahan lain kecuali lada hitam tumbuk. Masak hingga daging masak cantik.

  4. 4

    Akhir sekali baru masukkan lada hitam tumbuk, gaul sekata, siap sedia dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya