Nasi Goreng Pajeri Ayam

#leftover #cookpadmalaysia
Baki kuah pajeri ni merupakan baki pajeri rebung (untuk resipi boleh cari "Pajeri Rebung" di carian cookpad). Biasalah rebungnya habis dimakan. Jadi kuahnya yang masih berbaki dijadikan nasi goreng dan dicampurkan dengan baki ayam goreng yang tinggal 2ketul (lebihan dinner malam sebelumnya). Adat makan berdua, pasti ada lebihan makan. Selalu waktu tengahari keesokan harinya, saya akan makan je nasi dengan kuah pajeri dan ayam yang telah dipanaskan semula. Tapi kali ni saya masak kesemuanya menjadi nasi goreng. Campur je semua dan sekali masak sahaja. Rasanya sama je macam kita makan ketiga-tiga menu tu secara berasingan tetapi bila dah dijadikan nasi goreng ni. Rasa dia lebih padu dan nak makan pun lebih mudah.
Nasi Goreng Pajeri Ayam
#leftover #cookpadmalaysia
Baki kuah pajeri ni merupakan baki pajeri rebung (untuk resipi boleh cari "Pajeri Rebung" di carian cookpad). Biasalah rebungnya habis dimakan. Jadi kuahnya yang masih berbaki dijadikan nasi goreng dan dicampurkan dengan baki ayam goreng yang tinggal 2ketul (lebihan dinner malam sebelumnya). Adat makan berdua, pasti ada lebihan makan. Selalu waktu tengahari keesokan harinya, saya akan makan je nasi dengan kuah pajeri dan ayam yang telah dipanaskan semula. Tapi kali ni saya masak kesemuanya menjadi nasi goreng. Campur je semua dan sekali masak sahaja. Rasanya sama je macam kita makan ketiga-tiga menu tu secara berasingan tetapi bila dah dijadikan nasi goreng ni. Rasa dia lebih padu dan nak makan pun lebih mudah.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
- 2
Masukkan kuah pajeri ke dalam kuali.
- 3
Masukkan ayam dan nasi. Gaul sebati. Masukkan sedikit kicap dan perasakan dengan garam. Masak sehingga garing. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
- 4
Boleh dihidang bersama-sama timun atau apa sahaja ulaman / sayuran. Mahupun dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Nasi Goreng Ayam Masak Merah Nasi Goreng Ayam Masak Merah
Ni kiranya resipi left over food lah. Kemarin memang ada masak ayam masak merah untuk dinner. Pagi ni ada lebih 2ketul dan sedikit kuah. Nasi pun ada sedikit lagi. Jadi daripada makan nasi berlauk begitu je. Baik dijadikan nasi goreng. Lagi sedap dan membuka selera😋 Salina Jalaludin -
Bebola Nasi Ikan Kicap Bebola Nasi Ikan Kicap
#leftover #cookpadmalaysiaLebihan ikan kayu masak kicap biasanya keesokan harinya. Panaskan semula dan makan dengan nasi putih je. Tapi kali ni saya gabungkan lebihan ikan kayu tersebut dan nasi putih, lalu dijadikan bebola nasi. Suatu gabungan yang menarik dan patut dicuba. Salina Jalaludin -
Nasi Ayam Goreng Nasi Ayam Goreng
#goldenapron2020Ada lebih nasi ayam, pagi ni saya buat nasi goreng. Mesti ramai yang pernah melalui zaman nasi goreng ayam macam ni kann..kalau kat BP ni nasi goreng ayam Odeon paling popular, tapi kalau nak jimat masak sendiri je kat rumah. Sarmila Sharif -
Nasi Goreng Saki Baki😘 Nasi Goreng Saki Baki😘
Bercerita tentang masak apa elak pembaziran makanan MOTTAINAI...akk lah orang yang paling happy...akk sememangnya amat peka dengan pembaziran makanan dan paling akk tidak suka membuat sesuatu yang membazir...akk akan olahkan apa2 pun makanan leftover supaya tiada pembaziran...suatu masa dulu2 akk pernah terima satu periuk besar ikan masak pindang dari kenduri kahwin jiran satu taman akk jadikan ikan itu bahan utama kuah laksa lemak putih... alhamdulillah jiran2 pun seronok dapat merasa rezeki laksa time tu❤️untuk menu hari ini akk kongsikan resipi yg simple dan selalu mak2 didapur buat...kira versi campak apa yg ada...dan kebetulan pulak ada lebihan nasi semalam elok sangat dijadikan menu sarapan...tapi bukan sekadar lebihan nasi lauk pun ada jugak dicampak sekali maka jadi lah hasil nasi goreng saki baki😂😍 jom intai cara akk berjimat😘 Aza Aaj -
Nasi goreng ayam kunyit #Umie Nasi goreng ayam kunyit #Umie
Idea menyediakan nasi goreng dan lauk yang berasingan. Akhirnya lauk tidak mencukupi, terpaksa diulang masak.🥰🥰🥰 Dr. Zie Azizah -
Ayam Masak Kicap (Kuah Cili & Kicap Nasi Ayam) Ayam Masak Kicap (Kuah Cili & Kicap Nasi Ayam)
163/Jun2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1962 #pejuang2kresipiResipi ringkas untuk bagi perabih lebihan kuah cili dan kuah kicap nasi ayam. Senang sangat resipi ni. Jimat masa dan juga elakkan pembaziran juga. Jadi jika ada lebihan sebegini, jom cuba masak menjadi menu yang baru 😊 Salina Jalaludin -
🍁Mottainai: Rendang Telur Rebus 🍁Mottainai: Rendang Telur Rebus
8/2024Ada lebihan kuah rendang ayam yang sedap. Dah simpan beberapa hari. Teringat nak makan semula dengan lauk lain.Rebus telur ayam dan goreng semula. Campurkan ke dalam baki rendang makanya, jadilah lauk baru.Siaplah Mottainai: Rendang Telur Rebus Master Jamal -
Nasi Goreng Sahur Nasi Goreng Sahur
Waktu sahur selalunya nak makan yang kering-kering je kan. Jadinya nasi goreng campak-campak gini memang laju dan laku 🤣.Saya suka masak ns goreng guna minyak yg kita goreng ikan bilis sebelumnya. Sedap 😋.Makan panas2 lepas baru masak kan, mmg segar terus 😂.Jom masak ✌🏻 Ain Mohd Kitchen -
Nasi Goreng Ayam Nasi Goreng Ayam
#goldenapron #level22#leftoverApabila buat kenduri mesti ada nasi dan lauk pauk yang berlebihan kan.Baru-baru ini, mak tcer buat kenduri aqiqah cucu yang ke 11. Lauk kampung je.. Nasi putih, lemak umbut kelapa, sambal belacan, ikan masin bulu ayam, sambal tempe, kambing masak lada hitam dan ayam goreng mamak.Tengok-tengok nasi putih, lemak umbut kelapa dan ayam goreng mamak ada lebih lagi sampai keesokkan harinya. Tcer pun buat la nasi goreng ayam untuk sarapan pagi, hanya tambahkan bawang, cili, telur dan sayur. Hafiza Muaddah -
Nasi Ayam Shikin Saerah Nasi Ayam Shikin Saerah
Nasi ayam yang tertangguh. Plan nak buat untuk makan masa birthday saya semalam. Tapi, tak jadi masak 😁.Harini, saya masak lebih sikit. Nanti time berbuka puasa esok, boleh goreng nasinya untuk dijadikan nasi goreng ayam style warung & restoran macam masa tahun 90an dulu ❤️.Kali ni, saya bakar je ayam tu. Sebelum ni, saya pernah juga goreng. Dua-dua versi, bakar/ goreng pun sedap 😋.Resipi & cara penyediaan yang lengkap boleh refer pada gambar ✌️. Noor Ashikin Saerah -
Nasi Ayam Kampung Nasi Ayam Kampung
Biasanya makan nasi ayam dengan ayam bandar, kan?Tapi kali ni saya masak nasi ayam guna ayam kampung. Yang specialnya, ayam ni ayah bela sendiri tau. Memang terjaminlah halalan toyyibban. Sebab biasanya ayah bagi ayam makan nasi (nasi lebihan)Ayam kampung ni tak suka makan bertih jagung, dan langsung tak makan dedak. Sebab tu isinya manis. Tak muak macam makan ayam biasa.Sape suka makan ayam kampung, angkat tangan 🙋 Noor Atika Mahamood -
Nasi Goreng Ikan Nasi Goreng Ikan
#goldenapron#minggu12Jika ada lebihan ikan goreng. Selalu saya masak untuk anak nasi goreng ikan. Memang kegemaran anak makan nasi goreng ni. Nooraisah Setoh
Lebih Banyak Resipi
Komen