Cekodok Pisang Cavendish

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

Semalam keluar membeli barang keperluan dapur di Pasar Raya,terliur melihat longgokkan pisang Cavendish yang besar elok,terus membelinya sesikat.Tak pasti pula apa nama pisang ni dalam Bahasa Malaysia,sedap dan manis rasanya,boleh dimakan mentah begitu sahaja.
Hari ini anak-anak meminta saya buatkan cekodok pisang,sedap pula menikmati cekodok panas-panas sambil menonton tv bersama,apalagi dihidangkan bersama kopi panas,alhamdulillah...
#saturesepisatupohon

Cekodok Pisang Cavendish

1 orang bercadang membuatnya

Semalam keluar membeli barang keperluan dapur di Pasar Raya,terliur melihat longgokkan pisang Cavendish yang besar elok,terus membelinya sesikat.Tak pasti pula apa nama pisang ni dalam Bahasa Malaysia,sedap dan manis rasanya,boleh dimakan mentah begitu sahaja.
Hari ini anak-anak meminta saya buatkan cekodok pisang,sedap pula menikmati cekodok panas-panas sambil menonton tv bersama,apalagi dihidangkan bersama kopi panas,alhamdulillah...
#saturesepisatupohon

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3biji pisang (650 gram)
  2. 1biji telur
  3. 260 gramtepung gandum
  4. 100 gramgula better brown (pisang kurang manis)
  5. 1/2 camcateh soda bikarbonat
  6. 1/4 camcateh esen vanila
  7. 1/2 camcateh garam gunung
  8. Minyak masak secukupnya untuk mengoreng
  9. 1/4 camcateh garam gunung

Cara Memasak

  1. 1

    Buang kulit pisang,lenyeh pisang,jangan terlalu hancur.

  2. 2

    Masukkan gula better brown,garam gunung dan soda.

  3. 3

    Masukkan telur dan esen pandan,balik-balikkan hingga bercampur rata.

  4. 4

    Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit,gaul hingga bercampur rata.

  5. 5

    Panaskan minyak masak dalam kuali,goreng cekodok hingga masak garing atau perang.Angkat cekodok,toskan.Tutup api,siap untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya