Tomyam Ayam Mesra Kanak Kanak #phopByLiniMohd #batch21

mummyzueralicious
mummyzueralicious @zuera_85

Bila sebut tentang tomyam pasti kita terbayangkan tomyam yang pedas dan kanak-kanak pasti tidak makan dengan banyak kerana pedas.

Resepi tomyam ayam yang mummy kongsikan ini mesra kanak-kanak dan juga bole dinikmati oleh mereka yang tiada selera makan, tetapi nakkan tomyam yang tidak pedas. Boleh juga digantikan dengan protein lain seperti, udang, sotong, daging atau sayur-sayuran sahaja.

Selamat mencuba😘

#phopByLiniMohd
#cookpadMalaysia
#batch21
#ayam

Tomyam Ayam Mesra Kanak Kanak #phopByLiniMohd #batch21

29 orang bercadang membuatnya

Bila sebut tentang tomyam pasti kita terbayangkan tomyam yang pedas dan kanak-kanak pasti tidak makan dengan banyak kerana pedas.

Resepi tomyam ayam yang mummy kongsikan ini mesra kanak-kanak dan juga bole dinikmati oleh mereka yang tiada selera makan, tetapi nakkan tomyam yang tidak pedas. Boleh juga digantikan dengan protein lain seperti, udang, sotong, daging atau sayur-sayuran sahaja.

Selamat mencuba😘

#phopByLiniMohd
#cookpadMalaysia
#batch21
#ayam

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4-5orang
  1. 1/2ekor ayam
  2. 2inci lengkuas
  3. 3 batangserai
  4. 1biji tomato
  5. 5 helaidaun limau purut
  6. 1/2biji bawang holand
  7. 1 batanglobak merah
  8. 1/4bahagian bunga kubis
  9. 2sudu pes tomyam
  10. 1sudu serbuk perencah sup tomyam
  11. 1sudu kecil garam (tambah jika tawar)
  12. 1/2sudu kecil serbuk perasa (jika suka)
  13. 1 sudu tehgula
  14. 2 literair

Cara Memasak

  1. 1

    Tomato dipotong dadu, ketuk lengkuas dan serai. Masukkan ke dalam air dan rebus 10minit.

  2. 2

    Masukkan bawang holand, daun limau purut dan ayam dan rebus lagi 15-20minit

  3. 3

    Masukkan lobak merah dan pati limau nipis, jika tiada pati limau seperti ini boleh gunakan limau nipis dan pernah jusnya. Mummy sejenis yang nak mudah sahaja🙈

  4. 4

    Masukkan pes tomyam dan kacau sebati. Masukkan juga serbuk perencah sup tomyam. Jika tiada serbuk boleh gunakan pes sahaja, tambah 1 sudu lagi pes tomyam. Jika tiada pes tomyam jenama ini, boleh gunakan jenama lain seperti, Maggi, knor dan lain lain😊

  5. 5

    Masukkan bunga kubis, garam gula dan serbuk perasa. Jika kuah kering bole tambah sedikit air. Jika suka banyak sayur lain seperti cendawan, sudip jagung dan lain lain bole masukkan. Mummy tak masukkan sebab anak-anak tidak gemar makan sayur😂 jika suka pedas bole masukkan 5-6biji cili api yang ditumbuk ke dalam kuah tomyam dan masak seketika.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
mummyzueralicious
pada

Komen

Resipi Sepertinya