Tepung Apam Kelantan

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#cookpadmalaysia Pertama kali mencuba memasak kuih tradisional Kelantan (versi tepung gandum),alhamdulillah..nipis sedikit kejadiannya sebab tidak ada kuali bulat kecil,guna kuali leper sahaja.Minta resepi dari adik perempuan.Diberinya resepi ramuan tanpa sukatan.Terpaksalah agak-agak sahaja sukatannya,nasib baik elok jadinya,lembut dan tidak terlalu manis rasanya.Apam ini biasanya dijadikan menu sarapan pagi di Kelantan,sedap dimakan ketika masih panas bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan secubit garam halus.

Tepung Apam Kelantan

13 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500 gramtepung gandum
  2. 80 gramgula perang(boleh tambah kalau suka manis)
  3. 1/4 camcateh garam gunung Saji
  4. 3/4 camcateh lada hitam
  5. 2biji bawang merah
  6. 1 camcabesar yis kering
  7. 1biji telur
  8. 1 cawan(metrik)air
  9. 2cawan(metrik)air suam
  10. Kelapa parut putih digaul dengan sedikit garam

Cara Memasak

  1. 1

    Kisar halus lada hitam,bawang merah dengan 1 cawan air.Ketepikan.

  2. 2

    Masukkan tepung gandum,yis,telur,gula perang,garam gunung dan 2 cawan air suam dalam mangkuk besar.

  3. 3

    Masukkan bahan kisar,kacau hingga bercampur rata.

  4. 4

    Masukkan ke dalam blender,kisar adunan hingga halus.Perap selama 15-20 minit.

  5. 5

    Panaskan kuali leper non stick,tuangkan 1/2 cawan bancuhan apam.Tutup kuali.

  6. 6

    Bila timbul lubang-lubang kecil dipermukaan apam,buka penutup kuali,balikkan apam.Masak hingga keperangan.Angkat.Buat hingga habis adunan.

  7. 7

    Hidangkan bersama kelapa parut putih yang telah digaul dengan secubit garam halus.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya