Kerang Rebus

Rose Nani Nizah Nayan
Rose Nani Nizah Nayan @dapoq_cikrose21
Perak

#bazaarramadan
#minggu3
#goldenapron2020
#minggu2

Kerang rebus cicah kuah kacang sangat popular di daerah Krian, Perak di sepanjang bulan Ramadan. Menu ini dinikmati waktu malam, selalunya selepas solat terawih. Banyak gerai-gerai yang menyediakan kerang dan siput rebus dipenuhi pelanggan yang membawa ahli keluarga menjamu selera. Saya share resepi mudah untuk merebus kerang yang sedap dan wangi baunya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20.minit
4 orang
  1. 1 kgkerang
  2. 1 cawanair
  3. 3 ulasbawang putih
  4. 1/2labu bawang besar
  5. 1inci halia
  6. 2 batangserai
  7. 1sudu kecil garam
  8. 1sudu kecil Maggie secukup rasa
  9. 5tangkai cili padi

Cara Memasak

20.minit
  1. 1

    Cuci kerang hingga bersih. Kocak kerang dalam besen berisi air aip. Buang air dan ulang cara yg sama hingga air basuhan kerang berwarna cerah. Toskan dan masukkan ke dalam periuk.

  2. 2

    Masukkan air dan masak hingga mendidih.

  3. 3

    Masukkan bawang putih, bawang besar, halia, serai, cili padi, garam dan serbuk Maggie secukup rasa. Kacau. Setelah sebahagian kerang terbuka kulit, tutup api. Sedia untuk dihidangkan. Boleh dicicah dengan kuah kacang atau sos cili.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Rose Nani Nizah Nayan
Rose Nani Nizah Nayan @dapoq_cikrose21
pada
Perak
Mama anak 2 yang suka memassk dan mencuba resepi baru💟
Baca lagi

Resipi Sepertinya