Bawang Goreng Rangup

Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710

#goldenapron2020 #minggu10
Sahaja saya mencuba buat bawang goreng sendiri sebab selalunya saya beli yang dah siap. Sebenarnya saya memang tak suka kupas bawang sebab mata saya cepat pedih dan berair. Kerja mengupas saya arahkan anak saya, memang penyelamat sungguh kan? Merasa lah saya buat bawang goreng yang sedap dan rangup ini. Jom kita lihat cara saya buat jom!👇👇👇

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 500 gmbawang ros (bawang kecil)
  2. 5sb tepung gandum
  3. 1 1/2sb tepung jagung
  4. 1sk garam halus
  5. Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak

  1. 1

    Kupas bawang kecil. Basuh dan tos kan hingga betul betul kering.

  2. 2

    Hiris bawang. Usah nipis sangat atau tebal sangat. Dalam sebuah bekas lain gaul bawang hiris dengan tepung gandum, jagung dan garam. Gaul sebati yer supaya jangan tebal sgt tepung.

  3. 3

    Panaskan minyak dan goreng api sederhana. Goreng hingga perang. Angkat dan toskan.

  4. 4

    Dah suam skit bolehla di simpan dalam bekas kedap udara. InsyaAllah rangup nya tahan seminggu.... Kalau tak rangup itu sebab bawang dah habis dimakan😬.. buatlah bawang goreng baru ye.

  5. 5

    Selamat mencuba😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710
pada

Komen (4)

Resipi Sepertinya