Laksa Johor 🇲🇾

Sejarah Laksa Johor
Laksa Johor adalah salah satu laksa yang popular di Malaysia. Ianya penuh sejarah dan ada 'identiti' tersendiri.
Di Malaysia, hanya laksa Johor saja yang menggunakan spaghetti sebagai "mi" laksa. Mengikut cerita orang dulu kala, sebab laksa Johor ber 'mi' kan spaghetti, isteri Sultan Johor pada waktu itu ialah wanita Inggeris, maka ia telah di 'upgrade' berkuahkan gaya orang melayu tapi dimakan bersama spaghetti dan kalau ikut style orang2 Johor, makan laksa dengan tangan, jangan tak caya.
Satu lagi, kalau ikut secara tradisinya, laksa Johor menggunakan isi ikan parang. Memang leceh nak buat kuahnya. Kalau orang dulu nak buat laksa Johor ambil masa 2 hari, sehari untuk mengasingkan isi ikan parang dan sehari lagi sesi memasak kuah laksa"
Tapi saya guna ikan kembung je. Pun sedap juga. Asalkan bahan-bahan kuahnya yg lain sama... Hanya beza ikan je.
Orang johor wajib tau masak laksa johor ni.. Barulah orang johor.
Laksa Johor 🇲🇾
Sejarah Laksa Johor
Laksa Johor adalah salah satu laksa yang popular di Malaysia. Ianya penuh sejarah dan ada 'identiti' tersendiri.
Di Malaysia, hanya laksa Johor saja yang menggunakan spaghetti sebagai "mi" laksa. Mengikut cerita orang dulu kala, sebab laksa Johor ber 'mi' kan spaghetti, isteri Sultan Johor pada waktu itu ialah wanita Inggeris, maka ia telah di 'upgrade' berkuahkan gaya orang melayu tapi dimakan bersama spaghetti dan kalau ikut style orang2 Johor, makan laksa dengan tangan, jangan tak caya.
Satu lagi, kalau ikut secara tradisinya, laksa Johor menggunakan isi ikan parang. Memang leceh nak buat kuahnya. Kalau orang dulu nak buat laksa Johor ambil masa 2 hari, sehari untuk mengasingkan isi ikan parang dan sehari lagi sesi memasak kuah laksa"
Tapi saya guna ikan kembung je. Pun sedap juga. Asalkan bahan-bahan kuahnya yg lain sama... Hanya beza ikan je.
Orang johor wajib tau masak laksa johor ni.. Barulah orang johor.
Cara Memasak
- 1
Rebus ikan. Buang tulangnya. Kisarkan isi ikan dengan air rebusan ikan. Kisarkan juga tulang ikan. Ambil airnya utk dibuat kuah.
Rebuskan spagetti bersama garam dan sedikit minyak. Bila telah lembut, toskan.
Ambil beberapa urat spagetti, pegang bahagian tengah, pusing menjadi bentuk no.8 kemudian letakkan didalam bekas. Ulang hingga habis.
- 2
Tumis bahan kisar hingga pecah minyak, masukkan rempah kari yg telah dibancuh dengan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak sekali lagi.
Masukkan isi ikan yg telah dikisar tadi. Boleh tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Biarkan kuah mendidih.
Masukkan bunga kantan dan daun kesum.
Masukkan asam keping, kerisik dan santan.
Perasakan dengan gula, garam dan sedikit perasa.
- 3
Letakkan mee spagetti di dalam pinggan, tuangkan kuah, hiaskan dengan bahan-bahan hiasan diatasnya.
Siap untuk dihidang.
Resipi Sepertinya
-
Laksa johor Laksa johor
#goldenapron2020 #bazaarramadanDulu sebelum kahwin tak tau pun yang johor ada laksa johor. Yang tau laksa penang laksa kelantan. Mungkin cara nak buat tu agak leceh sikit. Sebab tu tak ramai yang pandai buat laksa johor ni. Laksa johor agak pekat. Itu disebabkan kerana dimasak menggunakan ikan dan rempah ratus yang terpilih.Lagi satu orang johor makan laksa johor ni guna spaghetti bukan guna mee biasa dan mereka juga makan menggunakan jari jemari bukan pakai sudu garpu. Laksa johor ni kategori laksa yang mahal. Menajadi hidangan istimewa pada hari raya dan dihidangkan untuk majlis tertentu.Suka makan laksa johor ni tapi nak buat tu agak bercinta sedikit. Laksa johor agak rumit sedikit berbanding laksa yang lain. Dalam resepi sepatutnya gunakan ikan parang. Tapi sebab pkp ikan paramg susah nak dapat. Jadi kita gantikan dia menggunakan ikan sardin. Rasa tak jauh beza. Tetap berlemak. Selamat mencuba.. Sue Hana -
Laksa johor cookpad Laksa johor cookpad
#johor#goldenticket#cookpadmy1stbdaySaya berasal dari Batu pahat,Johor,tidak pernah makan laksa johor semasa bujang dulu,sebab saya sangka kuah dari ikan pasti rasanya hanyir,tetapi saya silap..kali pertama rasa makan masa anak satu,kawan sekerja di Pontian bawak port luck (kita orang panggil kuih teriak🤭)kawan-kawan mengusik kata tak Johor lah kalau tak makan..dan itulah kali pertama saya makan..🥰sedap rupanya..licin pinggan saya makan🤭...saya terus minta resepi salin resepi..dari 2 org kawan..resepi tu saya gabungkan..dan jadilah satu resepi yang menjadi kegemaran suami,anak-anak malahan keluarga mertua saya.Tiap kali jamuan raya untuk keluarga mertua Laksa Johor pasti ada.🥰. Faridah Jaafar -
Laksa Utara Laksa Utara
#merdekapassportLaksa , tak payah tanya .. semua org memang suka.Terdapat banyak jenis laksa utara di Malaysia. Antara laksa kegemaran ziana adalah laksa kedah.Laksa kedah menggunakan ikan kembung dan asam keping . Ulaman nya pula terpulang pada penggemar. Ada yang menggunakan ulaman kampung sahaja.Manakala Laksa penang, kuahnya agak masam kerana menggunakan air kisaran nanas dan air asam jawa. Petis dan nanas wajib ada.Begitu juga laksa perlis. Kuahnya agak cair dan ada yg menggunakan ikan belut sebagai kuah dan dimakan bersama pulut udang. Ziana Chesaad -
Laksa Johor Kak Sham Laksa Johor Kak Sham
Membesar di Johor, tapi hanya suka laksa Johor yang mak masak je. Inilah resepinyacainxx
-
Laksa johor Laksa johor
Laksa johor ni fav saya dia sebenarnya mudah je cuma leceh kena asingkan ikan. Kepada yang nak buat untuk makan makan family atau saja saja boleh lah cuba. Adilah Syahirah Jaafar -
Laksa Johor (Ikan Tenggiri dan Ikan Parang) Laksa Johor (Ikan Tenggiri dan Ikan Parang)
Kali pertama cuba masak laksa Johor guna bahan sedia ada. Memang lain la rasanya dari laksam atau pun laksa utara yang selalu saya makan. Sengaja guna 2 jenis ikan ja iaitu ikan tenggiri dan ikan parang sebab nak tahu perbezaan rasa dan aroma . Memang sedap sangat. Sampaikan terlupa nak ambik gambar sambal belacan. Elok dah habis makan, baru teringat. Ha..ha..Rezeki pulak dapat beli ikan-ikan ni hanya RM15.00 kat pasar pagi. Tu pun nasib baik cepat. Kalau tak, tinggal bekas je. Pandai orang yang jual ikan-ikan ni sebab letak siap-siap satu set. Maklum la laksa Johor tengah popular kan.Bagi saya, semua jenis laksa sedap. Punya keistimewaan dan peminat sendiri. Maka kita raikan perbezaan. Kawan-kawan yang pandai masak laksa Johor ni, saya tabik spring la sebab renyah nak jugak nak sediakan. Jom makan laksa Johor. Rose Nani Nizah Nayan -
Laksa johor #phopbylinimohamad Laksa johor #phopbylinimohamad
Resepi fusion hari nie kombinasi tempatan dan barat. Laksa johor. Setiap negeri ada laksanya yang tersendiri. Laksa johor menggunakan mee spegeti dan kuah lemak yang pekat bersama dengan sambal belacan. Sedap menjadi menu berbuka puasa. Ila Dila -
Laksa Johor from leftover Laksa Johor from leftover
#leftover#saturesepisatupohonDapat idea ni dari isi ikan goreng baki yang lepas-lepas. Di rumah saya kebiasaannya, bila ikan goreng ada lebih saya akan kumpul dan beku didalam peti sejuk. Jadi, dari leftover ikan-ikan yang saya ada ni dan apa penting saya hanya gunakan stock yang ada di dapur sahaja untuk menyediakan menu laksa johor. Mazwin -
Laksa Johor Laksa Johor
Teringin nak makan laksa Johor.biasa makan yg adik ipar buatkan.tapi kali ini saya cuba buat sendiri pula.Ni laksa Johor versi Pahang.sedap je bagi saya bila makan(puji masakan sendiri😂) Lily Suryani Mohd Ali -
Laksa utara Laksa utara
Selalunya menu ni ziana akan masak pada hujung minggu dengan kuantiti yang banyak dan makan sehingga malam. Keluarga ziana semua hantu laksa...Kadangkala ziana akan masak pada awal pagi.Bila dh siap bau semerbak kuah laksa membuatkan laksa menjadi menu sarapan , makan tghari sehingga lah malam.Lauk pauk lain mmg tak masak dh. Hanya hidangan laksa menjadi menu utara sehari.Siapa suka buat mcm ziana...Mesti hantu laksa jugak 😄Sebenarnya laksa menu yg amat mudah. Cuma perlu kisar isi ikan, campak campak dan rebus jer.Tiada sayuran pun laksa tetap sedap dimakan.Jom tgk cara ziana masak. Ziana Chesaad -
Laksa Penang Johor Laksa Penang Johor
#semangatmerdeka#fusionantaranegeri#goldenapron#minggu5#madebyjeehan#cookpadmalaysiaAssalamualaikum semua 😊... Petang tadi saya cuba masak Laksa Penang,tapi Mee Laksa saya gantikan dengan Spaghetti yang Biasa di gunakan untuk laksa Johor. So Saya Combine them jadilah Nama Laksa Penang Johor 😁. Best tau Boleh lah di jadikan alternatif bila xde Stock Mee Laksa, Korang bolehlah Rebus spaghetti tuh....😁 Sebab Kat rumah saya selalu standby banyak Pasta 😁. Give a try and Happy Cooking guy's 😘😘😘 Jeehan Kitchen -
👩🍳Laksa Terengganu 👩🍳Laksa Terengganu
Laksa Terengganu sejenis mi berkuah seperti yang popular di Terengganu.Biasanya dihidangkan bersama dua jenis kuah, iaitu kuah masak dan kuah mentah.Kuah mentah biasanya dibuat dengan menggunakan santan yang diharong (dicampur air panas) sahaja tanpa dimasak, dan dicampurkan dengan lada hitam, bawang dan isi ikan.Mesti makan dengan tangan barulah dapat menghayati keenakannya🤗.I am a Terengganu born🥰#merdekapassport Mahadiah
Lebih Banyak Resipi
Komen