Bubur Pulut Hitam & Aiskrim Vanilla Choc

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

#goldenapron2020 #minggu14 #cooksnaphunt

Terima kasih Puan Bahiah Saripuddin untuk resipi yang lazat ini.

Yani dah mencubanya. Sebagai tambahan Yani makan bersama dengan Aiskrim Vanilla Chocolate.
Keluarga Yani sangat sukakannya.

Bubur Pulut Hitam & Aiskrim Vanilla Choc

5 orang bercadang membuatnya

#goldenapron2020 #minggu14 #cooksnaphunt

Terima kasih Puan Bahiah Saripuddin untuk resipi yang lazat ini.

Yani dah mencubanya. Sebagai tambahan Yani makan bersama dengan Aiskrim Vanilla Chocolate.
Keluarga Yani sangat sukakannya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam 30 minit
3-4 orang
  1. 200 gpulut hitam (direndam selama 1jam)
  2. 500 mlsantan cair
  3. 2 sudu makangula pasir
  4. 1ketul gula melaka
  5. 1/2sudu kecil garam
  6. 2 helaidaun pandan
  7. 1 literair (untuk memasak)
  8. 2-3 sudu makanaiskrim vanilla chocolate (ketika dihidangkan)

Cara Memasak

1 jam 30 minit
  1. 1

    200g beras pulut hitam yang telah dicuci bersih sebanyak 1 kali, direndam selama 1jam. Selepas itu, toskan airnya.

  2. 2

    Masukkan air 1 liter ke dalam periuk dan masukkan beras pulut hitam tadi. Masak sehingga ia kembang. Boleh juga masukkan daun pandan.

  3. 3

    Bila sudah kembang, masukkan santan.

  4. 4

    Masukkan gula melaka, gula pasir dan garam (mengikut sukatan). Kacau sehingga gula Melaka hancur dan bubur mendidih kemudian tutupkan api memasak.

  5. 5

    Sejukkan seketika, kemudian boleh ditambah dengan 2-3 sudu makan aiskrim vanilla chocolate di atasnya ketika dihidangkan. Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya