Star bolognese

Umeera
Umeera @cook_23880371

Menu sarapan untuk anak 8 bulan (tiada gula dan garam tambahan)

Star bolognese

Menu sarapan untuk anak 8 bulan (tiada gula dan garam tambahan)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 hidangan
  1. 30 gpasta bintang Eatalian express
  2. Seulas bawang putih (dimayang)
  3. Sebiji bawang merah (dipotong halus)
  4. Sebiji tomato besar (dikukus/rebus)
  5. 1sudu kecil (sk) daging/ayam
  6. 1sudu besar (sb) minyak masak/unsalted butter/pure ghee

Cara Memasak

  1. 1

    Baca basmallah dulu. Kemudian, rebuskan sekali tomato bersama pasta (jimat masa 😘)

  2. 2

    Rebus daging sehingga empuk. Kalau ada periuk tekanan (pressure cooker) lagi bagus sebab daging cepat empuk 🙂

  3. 3

    Sementara menunggu pasta masak, tomato dan daging empuk, bolehlah potong bawang putih dan bawang merah sambil berzikir 😁.

  4. 4

    Asingkan pasta ke dalam pinggan/bekas. Tomato tadi bolehlah dilenyek penuh kelembutan 🍅. Tapi buanglah kulitnya dulu.

  5. 5

    Tumis bawang putih dan bawang merah yang telah dipotong sehingga aromanya memenuhi ruang dapur 😋.

  6. 6

    Masukkan tomato yang telah dilenyek dan daging (diracik halus) ke dalam bahan tumisan. Kacau-kacau mesra. *Boleh tambah air mengikut kepekatan yang diimpikan 😉

  7. 7

    Sos bolognese yang telah siap bolehlah dihidang bersama pasta tadi. Boleh tambah oregano sikit atau daun sup 😍

  8. 8

    Siap! Sedia untuk dinikmati 😎

  9. 9

    Peringatan mesra: Pastikan anak anda tiada alergi dengan ramuan yang disyorkan. Terutamanya, pasta.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Umeera
Umeera @cook_23880371
pada
Tukang masak untuk keluarga tercinta.Disclaimer: Setiap resepi masakan khas untuk bayi yang dikongsikan sesuai dan boleh dimakan oleh anak saya. Pastikan anak anda tiada alahan dengan ramuan (melepasi 4 days rule bagi memastikan tiada alahan) dan pastikan juga anak anda tiada masalah kesihatan lain sekiranya ingin mencuba resepi yang saya kongsikan. Setiap resepi khas untuk bayi tidak mengandungi gula dan garam tambahan.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya