Puding Caramel Yakult

Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Saja nak cuba kelainan pada Puding Caramel.
Faa campurkan dengan sebotol kecil yakult.
Boleh digantikan dengan minuman kultur yang lain.
Puding akan jadi gebu lain maciamm.
Sedap.
#goldenapron2020

Puding Caramel Yakult

8 orang bercadang membuatnya

Saja nak cuba kelainan pada Puding Caramel.
Faa campurkan dengan sebotol kecil yakult.
Boleh digantikan dengan minuman kultur yang lain.
Puding akan jadi gebu lain maciamm.
Sedap.
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan Caramel
  2. 4sudu gula
  3. 4sudu air
  4. Bahan Puding
  5. 6biji telur saiz A
  6. 4sudu gula
  7. 1 tinsusu cair
  8. 1/2 tinair (tin susu cair tadi)
  9. 1 botolyakult

Cara Memasak

  1. 1

    Mula mula buat caramel. Masa ni panaskan pengukus. Masukkan gula dan air kedalam loyang. Letal atas api sederhana dan biar mencair.

  2. 2

    Bila gula dah mula perang, terus tutup api. Jangan biar gula perang sepenuhnya sebab takut gula hangit. Kacau dan ratakan caramel seluruh loyang. Sejukkan.

  3. 3

    Untuk puding, masukkan telur, gula, susu cair, air,

  4. 4

    Dan yakult kedalm mangkuk. Kacau perlahan sampai telur sebati sahaja. Jangan sampai berbuih.

  5. 5

    Tapiskan kedalam loyang caramel tadi. Kukus selama 25-30 minit atau sampai masak. Guna api sederhana kecil.

  6. 6

    Bila dah masak, goyangkan sedikit loyang, puding akan gedik. Keluarkan dari pengukus dan sejukkan. Bila dah sejuk, terbalikkan dan boleh dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
pada
Kuantan, Pahang, Malaysia
Faa sangat suka masak,Masak untuk yang tersayang,Semua juadah Allah bagi enak,Syukur dengan rezeki yang terhidang.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya