Lontong ala Johor

#lontong
#goldenapron2020
Ini kali pertama akak masak lontong. Akak orang Terengganu, kat sini makanan ni sangat lah rare. Kalau hari raya pun, jiran akak dari Kelantan yang bagi tiap-tiap tahun.
Akak kenal lontong pun lepas kahwin dengan en.suami. Pernah tolong mak mertua buat tapi sekali je, dan tak rasa nak belajar pun sebab tak biasa makan.
Kebetulan ada contest ni, dan rumah mak ada buku resepi, akak kaji la buku tu. Best nya, dia ada resepi setiap negeri. Dan ada dua negeri dia letak lontong ni. Akak kaji jugak la, negeri Selangor, cara dia kena tumis dulu. Kalo negeri Johor, tak perlu tumis. Jadi, akak pun ikut resepi Johor.
Alhamdulillah, bagi mak ayah makan pun, diorang kata sedap. Jadi, simpan sini untuk akak refer. Mana tau in the future nak buat lagi kan. 😊
Lontong ala Johor
#lontong
#goldenapron2020
Ini kali pertama akak masak lontong. Akak orang Terengganu, kat sini makanan ni sangat lah rare. Kalau hari raya pun, jiran akak dari Kelantan yang bagi tiap-tiap tahun.
Akak kenal lontong pun lepas kahwin dengan en.suami. Pernah tolong mak mertua buat tapi sekali je, dan tak rasa nak belajar pun sebab tak biasa makan.
Kebetulan ada contest ni, dan rumah mak ada buku resepi, akak kaji la buku tu. Best nya, dia ada resepi setiap negeri. Dan ada dua negeri dia letak lontong ni. Akak kaji jugak la, negeri Selangor, cara dia kena tumis dulu. Kalo negeri Johor, tak perlu tumis. Jadi, akak pun ikut resepi Johor.
Alhamdulillah, bagi mak ayah makan pun, diorang kata sedap. Jadi, simpan sini untuk akak refer. Mana tau in the future nak buat lagi kan. 😊
Cara Memasak
- 1
Ketupat nasi direbus di dalam periuk. Air perlu lah melepasi peket ketupat nasi. Masak sehingga ketupat nasi kembang dengan baik.
- 2
Sediakan bahan-bahan untuk membuat kuah lontong. Kisar bahan-bahan yang diperlukan, potong dan bersihkan sayur-sayuran, goreng tempe dan tauhu, dan kemudiannya dipotong kecil. Suhun dan sayur fucuk direndam dan ditos apabila sudah lembut.
- 3
Masukkan 200ml air kedalam periuk. Tuang bahan kisar. Masak seketika.
- 4
Kemudian masukkan santan. Akak menggunakan santan beku yang dibeli tempoh hari.
- 5
Apabila santan sudah cair, masukkan sayur-sayuran. Masukkan serbuk kunyit.
- 6
Kacau sehingga sayur hampir lembut. Masukkan suhun, sayur fucuk, tempe dan tauhu goreng.
- 7
Biarkan sehingga mendidih, perasakan dengan garam dan ajinomoto dan boleh matikan api. Kuah sudah siap dihidang.
- 8
Cara menghidang. Potong ketupat nasi mengikut saiz yang dikehendaki, dan tuang kuah ke atas ketupat nasi. Selamat menjamu selera.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Lontong Mewah Lontong Mewah
#lontong#goldenapron2020Sejak berkahwin dengan orang semenanjung, selera tekak saya juga mula berubah. Agaknya dah mula menerima masakan orang sini. Cuma masakan pedas2 masih susah untuk diterima hihi. Resepi lontong yang saya kongsikan ini diubah suai sedikit untuk menambahkan lagi selera keluarga kami. Rugi tak cuba😁 Joanneezah Neezm -
Lontong Ala Mama DivaAA Lontong Ala Mama DivaAA
Setiap kali pulang ke Kampung menu sarapan pagi yang harus ada atas meja mestilah #lontong. Rasa lemak-lemak dari Santan segar dan sedikit rasa pedas Sambal pecal memang terangkat.Sejak-sejak duduk jauh dari Kampung ni, menu ini saya sediakan sekali sekala untuk disajikan pada rakan-rakan bagi mengubat rasa rindu.Mari lihat cara mudah untuk menyediakannya.#myfirstrecipe2020 #goldenapron2020 #cookpadmalaysia Salmah Hashim -
Lontong Kuah Lodeh Lontong Kuah Lodeh
Lontong sinonim dengan negeri Johor Darul Takzim. Kak Long buat Lontong bersama sambal ikan bilis.#merdekapassport Nana Isya -
Lontong Lontong
Sebelum tok, makan lontong kalau pergi rumah terbuka atau di kedai sahaja. Kinek, sebab semakin minat memasak, belajar dari youtube dan resepi dari sahabat-sahabat cookpad, boleh idang menu lontong dari dapur, tok la kali pertama masak lontong. Paduhal ada kunyit hidup, pikir serbuk jak ada. 😱😅#lontong#goldenapron2020 Karl -
Lontong telur puyuh dan suhun goreng Lontong telur puyuh dan suhun goreng
#lontong#goldenapron2020Suasana Hari Raya masih terasa, jadi kita masak menu raya harini. En. Suami berasal dari Johor, bila cakap nak buat lontong, berseri-seri wajahnya, mungkin rindu masakan Johor meluap-luap nak balik kampung masih dalam PKPB sabar je la. Resepi yang digunakan ini kena betul dengan tekak en. Suami, menambah2 makannya. Bila di tambah buah keras di dalam masakan, ia memberi kan rasa lemak pada kuah tersebut, ditambah pula keenakkan santan kelapa asli serta udang kering dan ikan bilis memberi kan rasa yang sukar digambarkan. Kelainan adalah apabila di tambah dengan suhun goreng kedalam menu ini bagi mengelakkan kuah diserap oleh suhun tersebut. Ianya Sedap. Insyallah ❤️ Ana Ahmad -
Lontong Kuah Lodeh Merecik Lontong Kuah Lodeh Merecik
#lontongMenu terangkat, bila masih lagi dalam mood raya dapat makan lontong macam ni nikmat sangat. Nak jadikan cerita, dulu saya tak suka makan lontong kuah lodeh ni sebab tak pernah kenal pun, maklumlah saya lebih kepada makanan tradisi orang Perak. Sejak seorang kakak tu buat dan jemput datang beraya ke rumah dia, hidang pula lontong kuah lodeh nak tak nak kenalah jamahkan hormat tuan rumah. Alhamdulillah sekali rasa terus kena dengan lidah dan selera. Semenjak dari hari tu, tiap kali raya mesti saya buat teringin nak makan. Tak hari raya tak rasa nak makan pula hihi.. mungkin nak aura raya tu agaknya.. Tapi kali ini kita raya kita di rumah sendiri sahaja. Seronok dapat makan bersama-sama dengan keluarga. Jom saya kongsikan kuah lodeh yang sangat sedap, buat meniaga pun boleh. Julia ALeen Aireish -
Lontong kuah lodeh Lontong kuah lodeh
#lontongSebelum ni bila saya buat lontong ,saya cuma rebus nasi impit segera saja.ianya mudah dan cepat.tiba tiba saya teringat pula cara buat lontong yg diajar oleh pelangan Indonesia yang sentiasa makan dikedai arwah mak mertua saya.dia ajarkan cara membuat lontong guna daun pisang.katanya lebih wangi aroma daun pisang dan lebih sedap.Bila lagi nak mencuba ilmu yang kita dapatkan,so kali ni saya buat lontong menggunakan daun pisang seperti yang diajar oleh beliau.ternyata memang betul,semasa merebus pun aroma wangi daun pisang menusuk hidung.serius sedap. Lily Suryani Mohd Ali -
Lontong Raya 2.0 Lontong Raya 2.0
#lontongLontong versi orang malas dan paling mudah. Kita guna saki baki apa yang ada dekat dapur. Orang Johor biasanya makan lawankan dengan sambal kacang. Nak lagi terangkat makan dengan rendang daging. Selamat mencuba semua & selamat hari raya 2.0🎊 RH Kitchens -
Lontong Mudah Dan Sedap Lontong Mudah Dan Sedap
#Lontong#goldenapron2020'Lontong' antara makanan yang sering dihidangkan dimusim perayaan. Saya suka makan lontong, tapi biasanya beli aja ataupun makan yang dihidangkan ketika berkunjung ke rumah orang lain.Ini kali pertama saya masak sendiri makanan ni. Rupanya tak lah sesukar yang saya bayangkan. Selama ni saya fikir macam renyah sangat nak membuatnya 🤭Mujur Cookpad anjurkan contest #Lontong 😉. Jadi saya berpeluang menyediakannya sendiri. Belum cuba belum tahu. Dah cuba, rasanya saya akan lebih kerap memasak lontong selepas ini ☺️.Saya menggunakan resepi yang diolah daripada blog Azie Kitchen. Menurutnya ada macam2 bahan yang boleh dimasukkan kedalam kuah lontong. Apapun kita boleh ubahsuai ikut bahan-bahan yang ada didapur kita. Norashikin Rahmat -
Lontong Kuah Lodeh Lontong Kuah Lodeh
#cookpadapron2025#week3COOKPAD MAGIC CART:AYAMTAUHUTEMPEKACANG PANJANGSANTANKUNYITSebab teringin, masak laa lontong kuah lodeh. Adik faa masak sambal tumis bilis. Kebetulan ada yang nak beraya dan melawat Ummi yang baru keluar dari hospital. Rezeki ramai. Alhamdulillah Kakak Faa -
Lontong Bersama Sambal Kacang Lontong Bersama Sambal Kacang
#Lontong#goldenapron2020 #minggu8Nak cerita pasal menu lontong ni, kami orang banjar nak buat lontong kalau kat kampung mudah sangat, ada sahaja nangka muda dah boleh buat sayur lodeh untuk lontong. Bukan tu saje, betik muda pun boleh juga untuk buat bahan sayur lodeh lontong. Mudah je kan. Tapi kat bandar ni macam-macam sayur moden boleh bubuh. Yang paling istimewanya kami orang banjar makan bersama dengan sambal kacang. Rasanya lebih lemak, pedas dan lebih kick. Cubalah merasainya😋😋 Aziela Amin -
Lontong Singapura Lontong Singapura
#lontong#goldenapron2020 Minggu 836/2020Hidangan tengahari hari ni, Lontong Singapura. Mudah sangat nak masak ni. Lontong Singapura ni kita tambah hirisan daun kunyit masa dihidang atau masukkan dalam kuah sebelum periuk diangkat. Tambah serunding atau sambal daging sebelum dimakan, memang sedap. Cempaka Putih
Lebih Banyak Resipi
Komen