Kek Kopi, Mentega Kacang dan Keju Cheddar Dalam Balang

#biscoffcheesecake
#goldenapron2020
Tengok resipi asal Biscoff Cheese Cake, bahan-bahannya tiada di rumah. Lepas dapat tajuk, search Google, search Youtube. Akhirnya, buat kek batik. Anak solehah buat versi coklat. Saya buat versi kopi.
Sebenarnya ada agenda tersembunyi. Saya suka kek batik. Beberapa tahun lepas, buat kek batik, anak solehah tak suka. Jadi, kali ini, dia buat sendiri untuk hantar bonus Golden Apron, baru dia suka. Yeay. Terima kasih buat bonus tajuk ini.
Kek Kopi, Mentega Kacang dan Keju Cheddar Dalam Balang
#biscoffcheesecake
#goldenapron2020
Tengok resipi asal Biscoff Cheese Cake, bahan-bahannya tiada di rumah. Lepas dapat tajuk, search Google, search Youtube. Akhirnya, buat kek batik. Anak solehah buat versi coklat. Saya buat versi kopi.
Sebenarnya ada agenda tersembunyi. Saya suka kek batik. Beberapa tahun lepas, buat kek batik, anak solehah tak suka. Jadi, kali ini, dia buat sendiri untuk hantar bonus Golden Apron, baru dia suka. Yeay. Terima kasih buat bonus tajuk ini.
Cara Memasak
- 1
Masukkan marjerin dan susu pekat dalam mangkuk. Panaskan dalam microwave, selama 10 saat. Tambah lagi 10 saat. Tambah lagi 10 saat. Kacau. Kenapa panaskan sikit sikit. Sebab tadi panas terus seminit, terus jadi kental adunannya.
- 2
Patahkan biskut kepada kepingan kecil. Letakkan susu cair untuk lembutkan biskut.
- 3
Masukkan serbuk White Coffee dan keju cheddar yang telah disiat kecil kecil. Kemudian, masukkan biskut tadi. Kacau.
- 4
Masukkan mentega kacang. Kacau.
- 5
Masukkan adunan tadi dalam balang. Tabur baki biskut kecil sikit.
- 6
Lepas itu, masukkan dalam peti sejuk selama 12 jam. Saya belum makan lagi. Esok baru nak makan.
- 7
Kemaskini 24.6.29. Alia dah makan semalam. Teksturnya agak lembut. Saya suka sangat. Sebab rasanya macam coklat kegemaran saya, Reese's Peanut Butter Cup.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kek Coklat, Nutella dan Keju Cheddar Dalam Balang Kek Coklat, Nutella dan Keju Cheddar Dalam Balang
#biscoffcheesecake#goldenapron2020Sofiah memang tak makan kek yang kandungan utamanya keju. Jadi, mak ajak buat kek batik ni. Ada keju. Ada biskut juga. Boleh lah dapat bonus, kan kan kan 😂 . Athirah Sofiah -
Kek Batik Moist Kampung Ala Biscoff Kek Batik Moist Kampung Ala Biscoff
Saya buat kek ni untuk minum petang di kampung. Balik kampung merentas negeri. Selalunya petang-petang, mak abah saya minum kopi cicah biskut kering (cream creaker). Saya ambil semangat minum petang dengan challange biscoff. Kek Batik tapi ada feeling-feeling minum kopi dan cicah biskut kering.#biscoffcheesecake #goldenapron2020 MaRulez Arif -
Kek Batik Jawa Kek Batik Jawa
Aneka Kek BatikBila sebut kek batik jawa mesti suami saya akan terus cakap, “buat lagi nanti kek batik jawa ye?” Hmm.. memang favourite dia. Anak-anak saya lebih suka versi coklat dan cheese, suami pulak lebih suka versi kukus. Dari zaman kami bertunang dahulu, asal hari raya dia mesti bagitau nak kek batik jawa. Lama dah tak buat yang versi kukus. Malas nak buka buku resipi simpanan peribadi, saya cari dari “pak google” tanjat saya rupanya ramai juga yang shared resipi kek batik jawa yang pernah saya muatnaik di MedSos/SocMed pada 10 tahun yang lalu. Pejam celik.. pejam celik.. lama juga 10 tahun tu. Zaman tu saya tak reti lagi nak letak Watermark pada hasil gambar sendiri. Lagi pun dulu pun tangkap gambar tak pernah berguru. Tangkap muat je 😂 Tak sangka resipi yang tak seberapa ni ramai yang telah mencuba, alhamdulillah. Hari ni saya buat versi kukus juga tetapi menggunakan bahan-bahan yang ada kat dapur je. Al-maklum la busy menjahit buat semampu yang boleh je. Resipi asal tu saya guna daripada resipi saya yang 10 tahun dahulu. Yang saya buat ni menggunakan resipi yang saya adjust yang dalam kurungan tu ( ) Dapur Yusfarisyia -
Kek Batik Nestum Kek Batik Nestum
Kek batik menjadi kegemaran keluarga kami terutama si bungsu. Mama nya telah mencuba beberapa versi kek batik. Ini adalah yang paling senang dan rasanya pun sedap.#Anekakekbatik Ani Delighted -
Non Bake Biscoff Cheese Cake Non Bake Biscoff Cheese Cake
#biscoffcheesecake#bonus#goldenapron2020Teringin punya pasal nak makan Biscoff Cheese Cake ni,sedaya upaya cari bahan bahannya.Sebelum PKP biskut biscoff dan biscoff spread mudah dapat dan harganya biasa biasa sahaja.Sejak PKP ni,harga bahan menjadi harga kayangan dan susah untuk mendapatkannya.Alhamdulillah,akhirnya bahan bahannya dapat juga saya beli.Bila dah terjadi Kek Cheese Biscoff ni terasa betul betul puas dan bila menyuap kedalam mulut, tak tahu nak cakap macam mana sebab terlalu lalu sedap dan susah nak gambarkan kesedapan Biscoff Cheese Cake ini..Cuba la sendiri kalau nak tahu kesedapan kek ini. Dunia Hanya Sementara Fy -
Belvita Biscoff Cheese Cake Belvita Biscoff Cheese Cake
Bila dapat tajuk bonus kali nie, Biscoff Cheese Cake. Adoiii, memang ketinggalan sungguh sebab tak pernah dengar🙊😂. Lepas gogel sana sini, rupanya cheese cake yang tengah viral sekarang dan antara biskut cluster kayangan...hahaha. Nak juga rasa kek kayangan nie maka hari sabtu lepas pergi la ke Jaya Grocer dan bakeri. Kat Jaya Grocer, entah berapa kali pusing kat rak tapi tak ada. Pergi pulak bakeri, taukeh bakeri cakap stok habis. Pastu cuba check online kat Shopee, harga pulak... mak aiii🙈 Harga cekik darah sungguh. Mahaiii 😂. Jika beli pun, boleh terlepas la nak buat bonus nie. Nak tak nak kena cari alternatif lain juga sebab bahan tak ada tapi nak hantar. Sebolehnya tak nak lopong bintang golden apron 2020. Lepas cari info sedikit pasal biscoff nie, saya tukar biskut digestive (coffee caramel) dan campur biskut belvita sikit iaitu lebih mudah di dapati. Kononnya ala-ala biscoff gitu😄. Biskut digestive (coffee caramel) nie sedap aih. Sempat masuk mulut beberapa keping semasa memasak🙊🤣. Jom tengok dan cuba alternatif ini jika biscoff susah nak dapat ☺️#biscoffcheesecake#goldenapron2020 Noor Hassan -
Roti Keju Brazil Dengan Kurma Merah dan Kacang Merah (Brazilian Cheese Bread) Roti Keju Brazil Dengan Kurma Merah dan Kacang Merah (Brazilian Cheese Bread)
Masa tempoh hari tengok Tik Tok Kitchentool macam senang pula buat Brazilian Cheese Bread.Beberapa hari lepas saya buat. Tapi saya ada ubah sedikit resepinya, saya guna susu cair untuk gantikan susu segar. Saya juga tambahkan kacang merah dan kurma merah kepada roti tersebut.Anak saudara 1: Adik yang abiskan. (dengan nada merajuk)Anak saudara 2: Ini je ke yang ada. (angkat pinggan sambil jilat bibir)Anak solehah: Sedap !!!😂😂😂Anak dan anak-anak saudara saya suka sangat roti ini. Mereka suka Brazilian Cheese Bread yang tak ada tambahan apa-apa inti. Mereka anggap roti ini macam jajan / snek sebab teksturnya rangup dan rasa cheese yang sedap.9. kacang merah (2 point)10. kurma merah (2 point#GlobalApron2024#challenge22#merah Alia Ali -
No-bake Cheesecake ala Biscoff No-bake Cheesecake ala Biscoff
#biscoffcheesecake#goldenapron2020Alahai, cheesecake la pula untuk bonus golden apron minggu ni. Tak buat, rasa macam rugi. Nak buat, bahan pula tiada. Kita memang tak pernah lagi cuba membuat cheesecake. Maklumat daripada kawan-kawan cookpad, biskut dan spread Biscoff kebanyakkan tempat tiada stok.Apa lagi, ajak la suami keluar cari barang. Biskut, whipping cream, mentega ada. Tercari- cari pula cream cheese. Alamak mana pula ni. Rupanya habis juga. Pergi lagi satu kedai, pun tak ada. Mmm punah la harapan nak dapat extra bintang.Dalam kesedihan, kita pun tertengok perbincangan kawan-kawan. Kebetulan, ada seorang cookpader, kongsikan satu video membuat cheesecake tanpa menggunakan cream cheese. Nampaknya, harapan bersinar kembali.Cubala mana tau, menjadi ke tidak. Kita je yang nak makan. Cari biskut tiger yang dibeli, rupanya sudah dimakan oleh anak-anak bertuah kita. Nasib baik, teringat nak beli biskut Marie juga. Kita teruskan menggunakan biskut Marie. Tengok la apa hasilnya nanti. arihasliza ariffin -
Kek Batik Gajus Kek Batik Gajus
Raya lepas adik ipar Kak Long buat Kek Batik Indulgence. Tapi masalahnya anak Kak Long tak makan bahagian cheese tu. Sayang sangat. Weekend ni Kak Long tengok bahan dah ada, terus buatkan. Awal-awal lagi A'liya Sofea pesan jangan letak cheese. Kali ni kak long buat versi gajus. Biar rasa manis- manis lemak-lemak. Dan tambahan dengan rasa kopi.#goldenapron2020 Nana Isya -
[Bonus] Kek Batik Melting [Bonus] Kek Batik Melting
#susumanis #goldenapron2020 bonus kali ni saya buat kek batik kegemaran anak-anak. Asz Haniey -
Kek ala Biscoff Cheesecake Kayangan Kek ala Biscoff Cheesecake Kayangan
#biscoffcheesecake#goldenapron2020Terkejut sungguh bila cabaran bonus goldenapron kena buat cheesecake biscoff. Saya bukan baker dan juga bukan peminat cheesecake. Tapi disebabkan anak peminat tegar cheese, saya kuatkan semangat menyahut cabaran.Sebenarnya cookpaders Kak Lat yang banyak membantu. Dia yang syorkan guna biskut tiger menggantikan biskut biscoff tu. Terima kasih Kak Lat😘.Saya olah mengikut citarasa saya sendiri hasil gabungan resepi biscoff Yatiekitchen dan resepi cheesecake tofee Azlitamasammanis.Terima la biscoff cheesecake ku seadanya😁🤣 Sarmila Sharif -
Kek batik white coffee lembut Kek batik white coffee lembut
Ziana suka sgt kek batik yg jenis lembut dan makan dgn sudu ..Melting je dalam mulut .Selalunya ziana guna biskut marrie kali ni ziana nk cuba pula versi biskut jejari .Best sgt sbb mudah nk makan. Simpan dalam peti ais, lagi sejuk lagi sedap. Ziana Chesaad
Lebih Banyak Resipi
Komen