No-bake Cheesecake ala Biscoff

#biscoffcheesecake
#goldenapron2020
Alahai, cheesecake la pula untuk bonus golden apron minggu ni. Tak buat, rasa macam rugi. Nak buat, bahan pula tiada. Kita memang tak pernah lagi cuba membuat cheesecake. Maklumat daripada kawan-kawan cookpad, biskut dan spread Biscoff kebanyakkan tempat tiada stok.
Apa lagi, ajak la suami keluar cari barang. Biskut, whipping cream, mentega ada. Tercari- cari pula cream cheese. Alamak mana pula ni. Rupanya habis juga. Pergi lagi satu kedai, pun tak ada. Mmm punah la harapan nak dapat extra bintang.
Dalam kesedihan, kita pun tertengok perbincangan kawan-kawan. Kebetulan, ada seorang cookpader, kongsikan satu video membuat cheesecake tanpa menggunakan cream cheese. Nampaknya, harapan bersinar kembali.
Cubala mana tau, menjadi ke tidak. Kita je yang nak makan. Cari biskut tiger yang dibeli, rupanya sudah dimakan oleh anak-anak bertuah kita. Nasib baik, teringat nak beli biskut Marie juga. Kita teruskan menggunakan biskut Marie. Tengok la apa hasilnya nanti.
No-bake Cheesecake ala Biscoff
#biscoffcheesecake
#goldenapron2020
Alahai, cheesecake la pula untuk bonus golden apron minggu ni. Tak buat, rasa macam rugi. Nak buat, bahan pula tiada. Kita memang tak pernah lagi cuba membuat cheesecake. Maklumat daripada kawan-kawan cookpad, biskut dan spread Biscoff kebanyakkan tempat tiada stok.
Apa lagi, ajak la suami keluar cari barang. Biskut, whipping cream, mentega ada. Tercari- cari pula cream cheese. Alamak mana pula ni. Rupanya habis juga. Pergi lagi satu kedai, pun tak ada. Mmm punah la harapan nak dapat extra bintang.
Dalam kesedihan, kita pun tertengok perbincangan kawan-kawan. Kebetulan, ada seorang cookpader, kongsikan satu video membuat cheesecake tanpa menggunakan cream cheese. Nampaknya, harapan bersinar kembali.
Cubala mana tau, menjadi ke tidak. Kita je yang nak makan. Cari biskut tiger yang dibeli, rupanya sudah dimakan oleh anak-anak bertuah kita. Nasib baik, teringat nak beli biskut Marie juga. Kita teruskan menggunakan biskut Marie. Tengok la apa hasilnya nanti.
Cara Memasak
- 1
Hancurkan biskut marie. Tuang mentega yang telah dicairkan. Kacau sebati. Masukkan ke dalam loyang (loyang besar, saya guna bekas plastik), tekan bagi padat untuk ‘base’ kek. Sejukkan di dalam peti ais.
- 2
Masukkan susu pekat ke dalam mangkuk. Tuangkan jus lemon. Kacau sebati menggunakan whisk.
- 3
Pukul whipping cream sehingga kental. Setelah itu, masukkan ke dalam campuran susu dan jus lemon tadi. Kaupkan menjadi sebati.
- 4
Keluarkan loyang daripada peti ais. Masukkan campuran tadi ke dalam loyang. Ratakan campuran tersebut dan masukkan ke dalam peti ais sementara untuk sediakan topping.
- 5
Untuk hiasan, mentega kacang dipanaskan. Masukkan serbuk nescafe 3in1 (Caramel) dan kacau sebati. Keluarkan loyang daripada peti ais. Tuangkan mentega kacang yang telah dicairkan. Taburkan biskut marie yang telah dihancurkan. Masukkan semula ke dalam peti ais. Biarkan semalaman. Siap untuk dimakan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Biskut Tiger Cheesecake ala Biscoff Cheesecake Biskut Tiger Cheesecake ala Biscoff Cheesecake
Bila Kak Long dapat bonus resepi ni terus excited, wah.. fist time ni . Nak buat macam mana, apa benda biscoff ni. Study la sikit. Baca resepi, tengok komen. Ooo.. semalam terus ke kedai baking nak beli barang. Sekali kedai tutup sebab Hari Keputeraan Sultan Kedah.🤦♂️. Hadoii.. macam mana ni, nak order shopee memang tak sempat. Ok, kita ubah plan, sebab biskut lotus tak ada Kak Long guna la biskut tiger. Lotus spread pula mana nak cari, kita guna apa yang ada saja. Kemudian ke satu lagi kedai untuk cari cream cheese, sekali cream cheese dah habis. Teruskan perjuangan, terus ke hypermarket, alhamdulillah cream cheese ada tapi masalah juga sebab whipping cream habis. Pikir lagi macam mana ni, ok lah Kak Long guna saja la apa yang ada. Maka, tercipta la satu resepi suka hati. 😍 .#goldenapron2020#biscoffcheesecake#myfirstrecipe Nana Isya -
Kek ala Biscoff Cheesecake Kayangan Kek ala Biscoff Cheesecake Kayangan
#biscoffcheesecake#goldenapron2020Terkejut sungguh bila cabaran bonus goldenapron kena buat cheesecake biscoff. Saya bukan baker dan juga bukan peminat cheesecake. Tapi disebabkan anak peminat tegar cheese, saya kuatkan semangat menyahut cabaran.Sebenarnya cookpaders Kak Lat yang banyak membantu. Dia yang syorkan guna biskut tiger menggantikan biskut biscoff tu. Terima kasih Kak Lat😘.Saya olah mengikut citarasa saya sendiri hasil gabungan resepi biscoff Yatiekitchen dan resepi cheesecake tofee Azlitamasammanis.Terima la biscoff cheesecake ku seadanya😁🤣 Sarmila Sharif -
Non bake Mini Chocolate ala Biscoff Cheesecake Non bake Mini Chocolate ala Biscoff Cheesecake
#goldenapron2020#biscoffcheesecake#cookpadmalaysiaMula-mula dapat cabaran #biscoffcheesecake ni saya terus bingung dan hampir lepas tangan nak sahut cabaran. Sebab tak pernah dengar perkataan biscoff, alahaiii lah orang kampung haha.Tapi bila dah search dan baca cara hack daripada kawan-kawan cookpader dan minsha sendiri, Alhamdulillah lega hati dan terus cari kat kedai bakery.Malangnya tak jumpa biskut biscoff apatah lg sprate. Tapi saya cuba cari biskut digestive pula, Alhamdulillah ada. Kebetulan pula dah lama simpan niat nak cuba non bake cheesecake, nah dengan berbekalkan idea yang ada, maka terhasil lah non bake chocolate ala biscoff cheesecake cara saya.Dapatlah hadiahkan bapa saya cheesecake ni sempena ‘fathers day’, horrayy🥰🥰 Nurul Ayne -
Biscoff Layer Cheesecake Biscoff Layer Cheesecake
Teruja sangat nak cuba buat sejenis Cheesecake ni walaupun tau x de bahan yang cukup...anak yang sulung dah mula buat muka curiga tengok bahan-bahan kek Mama...ada biskut ada rempah...hahaha...mama bubuh rempah ke dalam kek?...Ye...rempah ... jom tengok resipi ye...rempah apa Mama guna...bukan bukan rempah kari tau 😂 #biscoffcheesecake #goldenapron2020 Mamamikael Oven -
Biscoff Tiger Cheesecake Biscoff Tiger Cheesecake
#biscoffcheesecake #goldenapron2020 #week10 Teruja dengan bonus kali ini. Kebetulan pula barang2 baking masih ada yang berbaki. Jadi elok sangatla saya join bonus ni. Lagipun cheesecake ni memang feveret kek saya. Ada sedikit olahan disebabkan biskut viral lotus agak susah didapati. Jadi kita proceed je la dengan apa yang ada sahaja. Bila dh start makan kek ni rasanye fuhhh! Lemak cheese dan manis karamel yg sedang elok tu waaalllawehh sedap sguh. Nak buat cheesecake ni kena sabar sejukkan betul2 dalam peti bg cheese tu keras set betul2 barulah rupa paras dia menjadi elok seiring pulak dengan rasanya tu kan. Bila potong tengok keratan rentas pun tidakla mengecewakan. Cheese cake ni sejenis yang Non Bake ye jangan ada yang mesej komen kakak nk tau suhu berapa sekian2 pulak ye. Harap maklum. Nunees -
Hazelnut Biscoff Cheesecake Hazelnut Biscoff Cheesecake
#biscoffcheesecake#goldenapron2020Sesungguhnya nak cari bahan-bahan untuk penyediaan cheesecake viral ni amatlah sukar ye tak? Jadinya, kek ni kita olah guna biskut marie dan kraker keju serta gabungan rasa serbuk dan kacang hazel yang sedap supaya semua akak-akak,adik-adik, makcik-makcik, ayah-ayah dapat rasa seolah-olah kita menikmati kek viral yg asal 🤤🤤 Tak perlu bakar, hanya gaul2 kacau2 mesen2 dah siapppp 😬.. jom cuba resepi ni.. ☺️😘 Ain Mohd Kitchen -
Cheesecake ala Biscoff Cheesecake ala Biscoff
Cheesecake sedap ni saya buat saiz mini je...tak de loyang kita gunting plastik keras dan cantum.Kali kedua buat cheesecake tema Biscoff sebab sedap tak puas makan sekali 😃 #biscoffcheesecake #goldenapron2020 Mamamikael Oven -
Biscoff cheesecake kayangan Biscoff cheesecake kayangan
#biscoffcheesecake #goldenapron2020BISCOFF CHEESECAKE KAYANGAN----------------------------------------Mesti pelik kan kenapa panggil ia biscoff kayangan. jom kita cerita sikitMasa dapat bonus ni kita terus kata alah senang je nak buat ni hahahah tu la bila terlebih confidencepergi shopping mall cari biskut tak jumpa cari cream cheese sold out serius di sebabkan viral, 8 tempat saya pergi semua sold out rasa nak give up dah tapi sayang rugi bila kita tak buat bonus Dr cookpad jadi kita cuba juga cari tapi x jumpa sedih dah rasa, kebetulan jiran kita akk Diana ada di Senawang kak Diana kata nak akk tolong akk beli tak kat sini, kita kata ya Allah terima kasih sebab tolong ika,kak Diana pon naik motor dengan adik nya cari cream cheese kita tak silap 4 kedai cari pon tak jumpa sold out juga ya Allah dugaan sungguh nak cari cream cheese ni sekali kak Diana call ada 1 je cream cheese tapi brand philadelphia tapi tinggal 1 je tengok harga fuhh kayangan sungguh harga tapi demi nak buat bonus cookpad ku beli juga. tq akk Diana sudi carikan untuk ika kat senawang dan terhasil la biscoff cream cheese kayangan ni..u all kena cuba tau sebeb biscoff ni memang sedap sungguh. selamat mencuba Puuan Nurshanabi Muhaimin -
Belvita Biscoff Cheese Cake Belvita Biscoff Cheese Cake
Bila dapat tajuk bonus kali nie, Biscoff Cheese Cake. Adoiii, memang ketinggalan sungguh sebab tak pernah dengar🙊😂. Lepas gogel sana sini, rupanya cheese cake yang tengah viral sekarang dan antara biskut cluster kayangan...hahaha. Nak juga rasa kek kayangan nie maka hari sabtu lepas pergi la ke Jaya Grocer dan bakeri. Kat Jaya Grocer, entah berapa kali pusing kat rak tapi tak ada. Pergi pulak bakeri, taukeh bakeri cakap stok habis. Pastu cuba check online kat Shopee, harga pulak... mak aiii🙈 Harga cekik darah sungguh. Mahaiii 😂. Jika beli pun, boleh terlepas la nak buat bonus nie. Nak tak nak kena cari alternatif lain juga sebab bahan tak ada tapi nak hantar. Sebolehnya tak nak lopong bintang golden apron 2020. Lepas cari info sedikit pasal biscoff nie, saya tukar biskut digestive (coffee caramel) dan campur biskut belvita sikit iaitu lebih mudah di dapati. Kononnya ala-ala biscoff gitu😄. Biskut digestive (coffee caramel) nie sedap aih. Sempat masuk mulut beberapa keping semasa memasak🙊🤣. Jom tengok dan cuba alternatif ini jika biscoff susah nak dapat ☺️#biscoffcheesecake#goldenapron2020 Noor Hassan -
Chocolate 'Tiger' Biscoff Cheesecake Chocolate 'Tiger' Biscoff Cheesecake
Sukar rupanya nak mencari jenama Lotus Biscoff ni di pasaran. Saya terpaksa menghabiskan masa seharian dengan memandu jauh 3 jam dari Kudat ke bandar besar Kota Kinabalu. Hampir 5 ke 6 kedai dan supermarket untuk mencari jenama ini. Tetapi hampa.Oleh sebab teringin untuk mencuba. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Saya menggunakan alternatif lain menggunakan biskut Tiger. Tapi kecewa pula tiada biskut Tiger perisa original. Saya ganti dengan perisa coklat.Kaedah membuat kek Biscoff ini masih menggunakan teknik yang sama walaupun menggunakan biskut lain. Harapnya menu ini diterima untuk tema #biscoffcheesecake dan point #goldenapron2020 😅 Mizzanem -
'Bisgerr' White Chocolate Cheesecake (Easy Bake) 'Bisgerr' White Chocolate Cheesecake (Easy Bake)
#biscoffcheesecake#goldenapron2020Eh.. Eh.. Kenapa biskut tu tak nampak 'lotus' nya? Ini lah 'Bisgerr' White Chocolate Cheesecake (Easy Bake). 'Bisgerr' sebab cikgu guna biskut Tiger. 'Biscoff' sebab guna Lotus Biscoff Cookies & Spread.Ini je la yang cikgu mampu, kek keju acah-acah kayangan seakan-akan Biscoff Cheesecake yang viral sekarang ini.Jangan kata biskut Lotus Biscoff tu je yang tak jumpa.. Cream cheese pun merata cikgu cari. Agaknya bila PKP ni, ramai orang dah pandai buat cheesecake. Tu yang semuanya licin 😜.Cikgu olah sendiri resepi ini dengan menggunakan bahan yang cikgu ada dan insya Allah mampu milik bagi menghasilkan resepi yang seakan-akan sama seperti Biscoff Cheesecake dengan harapan rasanya sesedap kek keju yang viral ini. Di antara modifikasi yang cikgu buat adalah:1) Lotus Biscoff : Biskut Tiger2) Biscoff spread : sos karamel3) Unbake cheesecake : Easy bake (steam bake) cheesecake4) whipping cream: telur & plain yogurt5) gula castor : coklat putihP/s: kenapa easy bake? Sebab cikgu menggunakan preset menu No. 10 pada oven Cubic Panasonic cikgu.Jom masuk dapur cikgu! Hafiza Muaddah -
Mini Digestive Biscoff Cheese Cake Mini Digestive Biscoff Cheese Cake
Bonus kalini agak mencabar sebab masa bonus berlangsung Cikna balik kampung 😥Mencabar bukan sebab bahan tapi masa..yela balik kampung kan macam-macam nak buat sebab dah lebih 3 bulan tak balik (pkp)..🤣Bahan-bahan semua ada sebab memang kakak Cikna baker..cuma lotus biscoff tu memang takda jual la kat kampung ni haa 😅Mujur masa nak cari biskut utk ganti biskut lotus tu kakak-kakak Cikna rajin melayan bawak pi sana sini..heheRamai bagitau biskut tu rasa caramel la kopi la sebab nama biskut tu gabungan BIScuit & COFFee. Jadi Cikna buat research sikit cari apa ingredient biskut tu..rupanya rasa caramel dengan tambahan sedikit spice (cinnamon). Gabungan nama tu terhasil sebab biskut tu selalunya dinikmati bersama coffee 😊Jadinya memegang kata-kata kawan Cikna - "kita buat dia"..sebagai alternatif, untuk base bawah Cikna guna biskut digestive campur dengan sedikit caramel syrup (boleh beli kat kedai bakeri atau buat caramel sendiri) & serbuk cinnamon. Lepas tu Cikna buat research lagi untuk cari resepi spread seakan-akan lotus spread. Makanya terjadilah homemade spread guna biskut digestive jugak untuk campur dalam adunan cheese & untuk topping cake. Hasilnya sedapppp bangettt! 😋#goldenapron2020 (bonus 2)#biscoffcheesecake Erna Hezreen Hamzah
Lebih Banyak Resipi
Komen