Roti Panggang Susu

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
Kelantan,Malaysia.

#merdeka2020
#cookpadmalaysia
Roti Panggang Susu 3 warna dengan sos coklat putih mewakili 4 warna Bendera Malaysia iaitu Putih,Merah,Kuning dan Biru.
Hidangan ringkas penuh makna sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke 63.Tema tahun ini 'Malaysia Prihatin'.
Malaysia mewakili semua rakyat berganding bahu memerangi pandemik Covid-19.
Prihatin pula mewakili keprihatinan kerajaan dalam mengutamakan kebajikan dan kesejahteraan rakyat melalui inisiatif pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat (PRIHATIN).Ia merangkumi aspek ekonomi,kebajikan serta kelangsungan hidup rakyat Malaysia.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾❤️💕

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1bungkus roti Sandwich Putih Gardenia
  2. 1/2buku butter (Anchor Salted)
  3. 1 tinKrimer Sejat Cair Saji
  4. 1/2bungkus Coklat Putih cair (Beryl's White Compound)
  5. Pewarna tiruan- Merah,Biru dan Kuning (Star Brand)

Cara Memasak

  1. 1

    Cairkan coklat putih compound menggunakan kaedah double boiled.Ketepikan.

  2. 2

    Sapu permukaan atas roti sandwich dengan butter.Potong setiap keping kepada 4 bahagian,ketepikan.

  3. 3

    Bahagikan krimer sejat cair kepada 3 bahagian ke dalam 3 biji mangkuk berlainan..Bancuh setiap satu dengan 1 camca teh pewarna kuning,merah dan biru.Ketepikan.

  4. 4

    Celup setiap satu roti ke dalam bancuhan susu berlainan warna satu persatu.16 potongan roti bagi setiap 1 warna.Letak di atas dulang pembakar dengan bahagian disapu butter di bahagian bawah (lihat bahagian yang tidak bersalut warna sepenuhnya).Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu dengan suhu 180 C selama 15 minit (bergantung kepada jenis oven).

  5. 5

    Keluarkan kepingan roti panggang dari oven.Semasa menghidang sirami dengan sos coklat putih sesuai selera.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
ha.lim39
ha.lim39 @pandan
pada
Kelantan,Malaysia.
Suka menu simple tapi sedap.
Baca lagi

Komen (16)

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
wahhhh hebatnya... warni warni satu malaysia.. cantik serlah

Resipi Sepertinya