Ketupat Nasi @ Nasi Impit Goreng

Bile ada baki ketupat nasi yang tak habis dimakan, selalunya ini lah menu yang dibuat. Anak-anak pun suka. Boleh di buat untuk breakfast keluarga.
Ketupat Nasi @ Nasi Impit Goreng
Bile ada baki ketupat nasi yang tak habis dimakan, selalunya ini lah menu yang dibuat. Anak-anak pun suka. Boleh di buat untuk breakfast keluarga.
Cara Memasak
- 1
Kisar bahan yang bertanda *. Ikan bilis boleh digantikan dengan ayam atau seafood dan tak perlu dikisar bersama.
- 2
Potong ketupat nasi ke size yang kecil @ bite size. Ketepikan
- 3
Tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan lada kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
- 4
Masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sebati. Masukkan pula telur ditepi kuali dan gaul telur hingga agak masak. Perasakan dengan garam dan gula.
- 5
Masukkan ketupat nasi dan sayur. Gaul sehingga semua ketupat nasi telah disaluti dan sayur layu. Siap untuk dihidangkan
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Ketupat Goreng Ketupat Goreng
Resipi ni arwah ayah kita yang ajar. Arwah ayah kita memang pengamal zero waste tegar jauh sebelum lifestyle zero waste ni jadi trendy macam sekarang. Dia memang jenis tak suka membazir & membuang tak tentu hala, jangan kata barang-barang, makanan pun dia akan recycle selagi boleh guna. Time raya kalau ada ketupat atau nasi impit lebih-lebih tu & dah jelak makan rendang, dia akan gorengkan ketupat untuk kita orang. Memang every time raya akan tertunggu-tunggu kemunculan ketupat goreng dia. Simple tapi sedap sampai bertambah-tambah! #1post1hope Rozita Jaafar Sekdek -
Nasi impit goreng Nasi impit goreng
#leftover#saturesepisatupohon#goldenapronTeringat kenangan masa saya mengendalikan kantin sekolah,ada seorang makcik cleaner ni India muslim,bila time rehat sambil makan dia bercerita pasal nasi impit goreng.dia kata sedap tapi saya tak pernah pula makan.Biasa kalau beli sate mesti ada lebihan nasi impit.sate lagi laku dimakan oleh anak anak berbanding nasi impit.kekadang sebab tak cukup kuah kacang sebab itu nasi impit tak habis.Sebenarnya banyak je menu yg boleh dimakan dengan nasi impit seperti lontong,soto tapi nak membuat kuahnya agak rumit.paling senang saya goreng jer untuk dibuat sarapan.mula2 masak anak anak agak pelik untuk makan.siap tanya'ada ke orang masak nasi impit goreng?' Ada nak....ni pun mak ikut resepi acik cleaner tu yang kasi.Alahai....anak,makan saja le apa yang mak kamu masak...ni menu kira jimat tak membazir.😊😊 Lily Suryani Mohd Ali -
Nasi Goreng Kampung Tak Pedas Nasi Goreng Kampung Tak Pedas
#goldenapron2020Biasanya nasi goreng kampung sinonim dengan cili padi. Tapi kali ni ummi masak tanpa cili padi sebab tak nak pedas. Nasi Goreng Kampung Tak Pedas ni dibuat khas untuk anak-anak ummi.Dulu zaman belajar menu ni lah menjadi kegemaran ummi dan rakan-rakan. Balik-balik order menu Nasi Goreng Kampung. Kalau dah tak tahu nak makan apa, mesti menu ni terlintas dalam fikiran.Bahan-bahan pun ringkas je ni. Semuanya ada di rumah. Nak cepat punya pasal zasss terus masak! Nak makan dengan telur mata pun sedap.Korang yang tak suka atau tak boleh makan pedas tu boleh cuba resepi ni tau.Selamat mencuba 😍 Fatthanah Amran -
Nasi goreng kampung Nasi goreng kampung
Nasi yang tak habis tu selalunya pagi pagi saya buat nasi goreng untuk sarapan.sebagai langkah berjimat dan tak mau membazir.anak anak pun suka sangat makan nasi goreng. Lily Suryani Mohd Ali -
Nasi Impit Goreng Nasi Impit Goreng
First time makan nasi impit goreng ni masa beraya rumah pakcik beberapa tahun lepas. Tak tau pun memang ada menu ni kat Johor. Mula mula memang rasa pelik sebab biasa makan dengan kuah kacang je.Tapi bila dah makan ermmm sedap pulak. Kebetulan semalam buat lontong dan ada lebih nasi impit. So kita masak la nasi impit goreng resepi ikut suka tekak sendiri. First time masak ni. Eh sedap jugak.Bagi orang Johor memang dah biasa makan menu ni. Tapi bagi saya menu ni sangat unik kerana memang tak pernah terfikir nak goreng nasi impit. Selalu bila tak habis di buang begitu saja. Sayang kan?So sekarang dah tiada pembaziran. Menu ni memang unik sangat bagi saya. Lain dari yang lain. Jom cuba! 😍#unique2u#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Ketupat Goreng Ketupat Goreng
#phopxcookpad2020#goldenapron2020 #minggu6 #cookpadmalaysiaJika ada lebihan nasi impit/ketupat raya jangan dibazirkan dan dibiarkan basi, hingga terbuang sahaja.Boleh dijadikan menu lain, malah lebih sedap lagi.Mari lihat resepi ketupat goreng mudah dari saya. Murni's LittleKitchenz -
Nasi Goreng Tempe Nasi Goreng Tempe
#goldenapron2020Sayang tengok nasi sejuk yang tak dimakan. Buka peti sejuk tengok ada tempe, kangkung, ikan bilis & telur. Apa lagi? Terus buat nasi goreng apa yang ada. Dapur Yusfarisyia -
Nasi Goreng Belacan Nasi Goreng Belacan
Resepi ni adalah antara variasi nasi goreng yang saya gemari. Aroma belacan yang ditumis dengan bawang amatlah menyelerakan. Dimakan pula dengan keropok. Fuhh...nikmat! Jom kita tengok resepi mudah ni dan bolehlah diolah mengikut selera kita kemudian.#phopxcookpad2020#cookpadmalaysiaTask1#phopbylinimohd#newbie#goldenapron2020 Juanita -
Nasi Goreng Kampung Nasi Goreng Kampung
#WAJIBcooksnapMemang sedap nasi goreng @Mizzanem ni. Alhamdulillah selesai menu breakfast yang mengenyangkan. Cempaka Putih -
Nasi Goreng Ayam Cendawan Nasi Goreng Ayam Cendawan
#phopxcookpad2020#cookpadmalaysiatask1#phopbylinimohd#cookpadmalaysiaNasi Goreng Cendawan.Kalau ada lebihan nasi yang tak habis dimakan tu, usah dibazirkan.Boleh dijadikan sarapan pula.Antaranya, boleh dijadikan nasi goreng.Buatlah yang mudah-mudah pun.Sedap👍Kali ini, saya teringin utk membuat nasi goreng cendawan.Cendawan antara stock selalu ada di rumah saya.Memang kami penggemar cendawan.Cendawan butang, cendawan tiram, shitake juga.Sedap nasi goreng cendawan ni.Boleh lah kawan-kawan mencubanya ye. Saya berikan resepi di sini🙂Nak sedap lagi, hidangkan la bersama cili jeruk kalau ada.Kalu nak cuba membuatnya sendiri, boleh cuba resepi saya disini ye🙂👌Anda mungkin suka resipi enak ini di Cookpad! https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/12869897-cili-jeruk?invite_token=Xice2h8VVMw1qqL6ZQZ4farD&shared_at=1592711068 Murni's LittleKitchenz -
Nasi Goreng Cinta Sayang Nasi Goreng Cinta Sayang
#jekferlailertilljannah#episod2#cookpadmalaysia#goldenapron2020Bangun pagi tengok ada lebihan nasi sayang pula kalau tak dimakan. Kalau nak dihangatkan semula untuk makan hari ni takut tak elok pula (basi). Di musim PKPB ni kena lah berjimat cermat dan jangan membazir. Baik dimanfaatkan.“Psttt! Pstt! Jekfer, ni akak nak bagitau esok pagi Jekfer kena bangun lebih awal ye dari Lailer. Masak la nasi goreng cinta sayang ni untuk Lailer. Hias lah dengan telur goreng bentuk ❤️untuk Lailer. Buat sekali kopi dan hantar ke katil untuk suprisekan Lailer. Alaa.. macam style omputih breakfast tu tp menu nya menu kampung.” Mesti Lailer kata “Oh OMG! My baby boo, so sweet lah you sambil kebil2 kan mata nya tu 😁😘”. Dapur Yusfarisyia -
Sayur Campur Goreng Bilis Rangup Sayur Campur Goreng Bilis Rangup
#goldenapron2020#week2Salam Ramadhan semua.Alhamdulillah, hari ini dah hari yang ke-7 kita berpuasa. Baru hari ke-7, akan tetapi dah pening nak masak juadah apa untuk berbuka.Saya agak beruntung sebab tidak perlu nak fikir nak masak kuih atau pencuci mulut untuk berbuka nanti. Suami dan anak lebih suka buka dengan kurma dan seterusnya makan nasi. Jadi jimatlah tenaga sikit, kan? Kadangkala saya buat juga kuih muih dan dessert mudah.Menu ini merupakan menu kedua saya untuk tahun 2020, menu pertama yang saya kongsi minggu lepas mendapat kecaman dari seorang rakan di Cookpad ini menyatakan resepi saya tak berguna, jadi tak perlulah kongsi, katanya. Terasa juga.Namun, setelah ramai rakan Cookpad lain yang meninggalkan komen dan gambar hasil mereka mencuba resepi saya, pedih itu terubat. Alhamdulillah, resepi saya ada juga yang mencuba dan mereka suka. Saya memilih untuk bangkit dan terus memasak dan kongsi resepi di Cookpad.Manalah tahu bila saya sudah tiada nanti, anak saya boleh melayari laman ini suatu hari nanti bila dia rindukan masakan saya.Hari ini, suami meminta saya buatkan sayur goreng yang saya buat tempohari. Sedap katanya! 😊😊 Macam di awangan seketika hahaha. Suami saya sangatlah susah nak memuji apa jua yang saya masak. Tetapi kalau dia puji tu maka kena lah dengan selera tekaknya.Maka saya pun buatlah menu ini harini, sayur campur goreng bilis rangup. Menu ini mudah sahaja hendak sediakan. Masak pun sekejap sahaja.Jom masak! Zarns Dir
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)