Seri Muka Labu Malaysiaku

Wow kuning di-Raja gitu...🤣
Kebetulan minggu ini Encik Suami beli sebiji labu yang besar saiznya. Dah masak 2 kali buat sayur lemak labu pun tak habis lagi😅. Jadinya fikir-fikir nak buat apa ye selain masak lemak ni...
Yani pun mulalah meng'Google'...
Yani terjumpa resipi lain seperti labu masak pengat/bubur...hurm..tapi Yani kurang gemar makan pengat/bubur.
Kemudian Encik Suami cadang cuba buat kuih. Tu Yani cuba buat seri muka. Teknik yang sama seperti kuih seri muka yang hijau tu tetapi gantikan dengan labu di bahagian atasnya. Jom lihat resipinya.
Seri Muka Labu Malaysiaku
Wow kuning di-Raja gitu...🤣
Kebetulan minggu ini Encik Suami beli sebiji labu yang besar saiznya. Dah masak 2 kali buat sayur lemak labu pun tak habis lagi😅. Jadinya fikir-fikir nak buat apa ye selain masak lemak ni...
Yani pun mulalah meng'Google'...
Yani terjumpa resipi lain seperti labu masak pengat/bubur...hurm..tapi Yani kurang gemar makan pengat/bubur.
Kemudian Encik Suami cadang cuba buat kuih. Tu Yani cuba buat seri muka. Teknik yang sama seperti kuih seri muka yang hijau tu tetapi gantikan dengan labu di bahagian atasnya. Jom lihat resipinya.
Cara Memasak
- 1
Cuci bersih beras pulut. Kemudian rendamkan selama 2 jam. Sementara itu, sapukan loyang dengan sedikit minyak masak dan lapiskan plastik di permukaan loyang. (Ini untuk memudahkan kuih dikeluarkan dari loyang nanti)
- 2
Yani gunakan santan kotak yang kuantiti 200ml, jadi Yani bahagi kepada 2 bahagian. 100ml untuk pulut, 100ml baki untuk bahagian labu.
- 3
Setelah 2 jam, toskan air rendaman. Beras pulut disatukan dengan 100ml santan,garam dan air. Kacau rata kemudian tuangkan ke dalam loyang. Kukuskan selama 15 minit.
- 4
Setelah 15 minit, masukkan bancuhan air dan pewarna biru. Kukuskan lagi selama 15 minit. Setelah selesai, keluarkan loyang, padatkan pulut tersebut dengan sudu atau alatan yang sesuai. Ketepikan.
- 5
Kukuskan pula labu sehingga empuk. Kemudian lenyekkan.
- 6
Sediakan bancuhan tepung gandum, tepung jagung, santan, sedikit air (jika perlu), garam dan gula. Kacau rata sehingga tidak berketul.
- 7
Masukkan labu yang telah dilenyek dan kacau sehingga ia sebati. Kemudian tuangkan di atas pulut yang telah disejukkan seketika tadi.
- 8
Kukuskan selama 1jam. Selepas 1jam boleh la ditutup api memasak dan keluarkan loyang dari pengukus. Sejukkan dahulu kemudian bolehlah dipotong.
- 9
Siap dipotong. Tips untuk memotong : pisau perlu basah sedikit. Lalukan sekali sahaja, kemudian cuci pisau. Ulang langkah ini supaya potongan cantik dan bersih. Selamat mencuba😃.
Resipi Sepertinya
-
Kuih Seri Muka Kuih Seri Muka
#bazaarramadan #minggu3#goldenapron2020 #minggu2Hai...Salam Ramadhan ke-4 hari ni.Hari ni Yani kongsikan resipi Kuih Seri Muka yang Yani dah buat. Kuih ni memang merupakan kuih kegemaran Yani. Dulu rasa susah je sebab fikir ia berlapis-lapis...Tapi setelah mencuba sendiri, baru Yani rasa puas hati & gembira sebab Yani berjaya buat. Tak susah, cuma perlu sabar je ketika membuatnya. Ikut satu per satu langkah akan dapat hasil yang lembut, sedap dan cukup rasa.Jom kita buat kuih Seri Muka ni ketika puasa ni. Boleh makan bersama keluarga & juga dikongsi bersama jiran tetangga. Nur Azliani Amer -
Seri Muka Pandan Seri Muka Pandan
Kuih bernama Seri Muka PandanEnak dimakan diwaktu pagiCubalah buat wahai kawan-kawanKerana tak dapat saya nak bagi 🤗😄Haaaa tak gitewww... Jom kita buat seri muka pandan yang lembut gedik ni inspirasi resepi Terbaik dari sahabat cookpaders @Mrs_Watermelon85Pasti menjadi. 👍👍😋😍 Q'leenalee's Kitchen -
Seri Muka Lapis Merdeka 🇲🇾 Seri Muka Lapis Merdeka 🇲🇾
Selalu customer order kuih seri muka hijau tu... alang2 Sempena #merdeka2020 ni kita buat kuih seri muka lapis bertemakan merdeka utk mkn sendiri...resepi biasa je cuma olahan warna je bg kelainan skit n kita buat lapis2... x lupa jgk kita still dlm #goldenapron2020 Lynn Hasman -
Seri Muka Bakar Seri Muka Bakar
#goldenapron2020#cookpadmalaysia#mingguke6Biasa kita dgar klu.kuih serimuka biasa kukus saja kan...Sy pun seblum ne pun x pernah tau ada nya Kuih Seri Muka versi bakar...sebenar nya kebetulan sy dpt tau ne...wktu mencari resepi² kuih kat mr googel terjumpa kuih ne...save resepi dan cuba lah membuatnya...Sedap gak ya versi bakar ne😁 Anur Musa -
-
Kuih Seri muka Kuih Seri muka
First time saya buat kuih seri muka atas permintaan suami. Alhamdulliah menjadi cuma kurang manis sebab sy kurangkan sukatan gula. Azie -
-
Seri Muka Pandan CikNaNa Seri Muka Pandan CikNaNa
Day2/366/2020/JanuaryResipi ke2 di hari ke2 Tahun 2020 🎉Saya tak tahu kuih seri muka orang lain buat cmne🤭. Ni saya buat ikut imaginasi saya dari apa saya pernah makan je. Pulut kat bahagian bawah, mesti rasa lemak. Pandan kat bahagian atas, mesti rasa pandan, lemak dan manis 😂😂😂. Jadi tu jela saya buat. Sebab suami request nak makan. Bila dah dah masak. Baru goggle resipi. Lain pulak caranya. Adehhh 😅. Biarkan jela yer. Janji siap Seri Muka Pandan my own version😆.Hokey sedikit rumusan resipi. Sebab ni 1st time masak kan, masih banyak yang kena baiki rasanya 🤭. Nanti cuba lagi. Salina Jalaludin -
-
👩🍳Seri Muka Cempedak 👩🍳Seri Muka Cempedak
Cookpad Apron 2025 Week 22COOKPAD MAGIC CART WEEK 22:🛒cempedak🛒beras pulut🛒tepung berasKuih seri muka tanpa telur dan tanpa tepung kastad. Nampak kurang kemas apabila dipotong.Lapisan atas seperti kurang padat, walaupun begitu ianya lembut dan rasa pun sedap.#CookpadApron2025#CA20252556/3K179/2025 Mahadiah -
Seri Muka Delima Seri Muka Delima
#bazaarramadan #minggu3#goldenapron2020 #minggu2Biasa seri muka pandan dan gula merah je, jom cuba yang lain sikit😍Antara top selling mummy juga sermi muka nie.Selamat mencuba 😘 mummyzueralicious -
Seri Muka Mudah Seri Muka Mudah
#globalapron2024 kita buat kuih seri muka yang kita biasa tahu ada dua lapisan, pulut dan kastad pandan. Kastad Pandan ni saya tak sepenuhnya pakai santan, saya suka ia lebih berkrim, jado saya pakai cooking cream. Ahjom MaRulez Arif
Lebih Banyak Resipi
Komen (16)