Kek Coklat Cheese Berhantu

mummyzueralicious
mummyzueralicious @zuera_85

#goldenapron2020 #minggu19

Kek coklat cheese berhantu kegemaran en suami dan anak-anak.

Kek Coklat Cheese Berhantu

#goldenapron2020 #minggu19

Kek coklat cheese berhantu kegemaran en suami dan anak-anak.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Lapisan Kek Coklat
  2. 1 cawansusu cair
  3. 1 cawanminyak masak @ minyak jagung
  4. 1 cawansusu pekat
  5. 1 cawanserbuk koko
  6. 1 cawangula castor
  7. 2biji telur gred A
  8. 1 cawantepung gandum
  9. 1/2 sudu tehsoda bikarbonat
  10. 1/2 sudu tehbaking powder
  11. 1/4 sudu tehgaram
  12. Lapisan Cheese
  13. 250 gramcream cheese
  14. 500 mlwhipping cream
  15. 1/4 cawansusu pekat
  16. Lapisan Coklat (ganache)
  17. 250 gramdark coklat @ coklat masakan
  18. 250 mlwhipping cream
  19. 1sudu besar butter

Cara Memasak

  1. 1

    Bahan diperlukan untuk kek coklat.

  2. 2

    Pukul telur tidak perlu sehingga kembang. Tepung, soda dan baking powder ayak bersama. Ketepikan dahulu 2 bahan ini.

  3. 3

    Satukan susu cair, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus di dalam periuk dan masak seketika dengan api yang sangat perlahan.

  4. 4

    Kemudian masukkan telur tadi, kacau sebati dan masukkan tepung yang telah di ayak. Tuang ke dalam bekas yang tahan kukus ½ sahaja adunan.

  5. 5

    Panaskan kukusan dan kukus sehingga masak.

  6. 6

    Bahan diperlukan untuk lapisan cheese.

  7. 7

    Satukan cheese dan susu pekat, pukul sehingga cheese agak kembang.

  8. 8

    Masukkan whipping cream dan pukul seketika sahaja. Jika terlebih pukul whipping cream akan mencair semula.

  9. 9

    Masukkan dalam piping bag dan pipe di atas kek coklat tadi.

  10. 10

    Bahan diperlukan untuk lapisan coklat.

  11. 11

    Panaskan whipping cream sehingga mendidih dengan api sederhana dan tuang ke dalam bekas berisi coklat dan butter.

  12. 12

    Kacau sehingga coklat cair sempurna dan tuang di atas lapisan cheese tadi. Lebihan cheese bole di lorek di atas coklat sebagai hiasan. Selamat mencuba 😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
mummyzueralicious
pada

Carian Teratas bagi

Komen

afidah junailis
afidah junailis @afidahomebaked
Salam sis.. Nak tanya, resepi ni boleh guna utk bakar dlm oven juga ke ya? ☺️

Resipi Sepertinya