Kek Coklat FNA

#goldenapron
#minggu19
#saturesepisatupohon
Sempena cuti sekolah,sesi makan-makan di rumah pun bermula.Jadinya,kita bakar kek coklat ni untuk hidangan petang bersama keluarga.Hidangan pemanis mulut yang sentiasa tak jemu untuk dimakan.
Kek Coklat FNA
#goldenapron
#minggu19
#saturesepisatupohon
Sempena cuti sekolah,sesi makan-makan di rumah pun bermula.Jadinya,kita bakar kek coklat ni untuk hidangan petang bersama keluarga.Hidangan pemanis mulut yang sentiasa tak jemu untuk dimakan.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
- 2
Dalam periuk,satukan gula castor,serbuk koko,minyak jagung,susu cair dan susu pekat.Kacau sebentar kemudian jerang sebentar atas api sehingga semua bahan sebati dalam seminit.Setelah itu,ketepikan dan sejukkan sebentar.
- 3
Dalam mangkuk,pecahkan kesemua telur.Masukkan esen vanilla dan kacau manja.Kemudian masukkan ke dalam adunan Bahan A yang telah dipanaskan tadi.Gaul sebati.
- 4
Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonate dan baking powder.Kemudian masukkan ke dalam adunan coklat.Kaup balik hingga semuanya gaul sebati.
- 5
Tuangkan ke dalam acuan.Bakar pada suhu 150'C dalam 40 minit atau sehingga masak.Setelah dikeluarkan dari oven,tunggu dalam 5 minit,keluarkan kek dan letakkan di redai untuk menyejukkannya.Sedia untuk dihidang,makan begitu sahaja atau disertakan sekali dengan hiasan Ganache.
- 6
Untuk membuat Ganache,masukkan whipping cream ke dalam periuk.Renehkan sebentar hingga terbit buih-buih halus di pinggirnya.Angkat dan masukkan coklat.Setelah 5 minit,godak sebati.Sedia untuk digunakan.
- 7
Sediakan kek,tuang ganache dan taburkan coklat rice di atasnya.
Resipi Sepertinya
-
Kek Coklat Cheese Berhantu Kek Coklat Cheese Berhantu
#goldenapron2020 #minggu19Kek coklat cheese berhantu kegemaran en suami dan anak-anak. mummyzueralicious -
Kek coklat mousse Kek coklat mousse
Buat kek ni sempena birthday boy pada 20/3 yang lepas. Guna bahan-bahan lebihan buat kek birthday kakak sebelum ni. Coklat untuk hias atas kek tu pun coklat lebih anak2 makan.. coklat ganache pun guna coklat chip jer..hentam jela 😆. Tapi, seriously kek ni sedap. Azizah Mansor -
Kek Coklat Super Moist Kek Coklat Super Moist
#tribute2minshaPenggemar-penggemar kek coklat (macam saya 😚) wajib cuba resepi ni.Sebab apa??Sebab rasa coklat dia heaven sangat, pekat melekat kat anak tekak. Memang betul-betul padu punya kek coklat. Norashikin Rahmat -
Kek coklat indulgence Kek coklat indulgence
Kek sempena birthday boy. Dia request nak kek coklat ada mainan kat atas . Macam biasa, bab deko memang kelaut 😅. Azizah Mansor -
MOIST CHOCOLATE CAKE (tak guna mixer) MOIST CHOCOLATE CAKE (tak guna mixer)
Kek coklat lembap yang sangat mudah untuk disediakan. Campur semua bahan, whisk hingga adunan sebati dan bakar. Boleh tambah topping ikut selera. Hepi meneraiiii 😉 Keroroyz Royz -
-
Kek Coklat Viral Kek Coklat Viral
#cakeSiap kek viral untuk bawak balik kampung sempena Hari Raya Aidil Adha. Apa yg sebabkan dia viral sebenarnya sebab coklat ganache yang berkilat dan kukuh bukan seperti ganache meleleh yang biasa kita buat dulu2 tu..yang kedua sebab gaya pemotongannya.Yang ketiga, baking hack!Supaya ganache tu nampak elok rata, jika kek yang dibakar tu permukaan tak rata atau membukit, terbalikkan kek, gunakan permukaan bawah kek menjadi bahagian atas untuk di ganache atau kalau terjadinya kek yang over naik menggunung tu, potong je permukaan kek bagi rata, kemudian terbalikkan.Alhamdulillah, sebab Uchu guna suhu rendah bakar kek, kek elok je rata. Tapi Uchu tetap terbalikkan kek jugak sebab nak tunjuk pada cookpaders sebagai panduan, manalah tau boleh membantu…Bagi Uchu nak menyediakan kek dan ganache tu tak lah sesusah mane, tapi untuk pemotongan kek dan pindah dalam kotak ada macam2 hal sikit sebab peralatan tak cukup. Hehe..apapun untuk makan sendiri, alhamdulillah…berjaya jugak lah..Sumber: yt umiatieyah Sesimple Loralin -
Kek coklat moist nutella Kek coklat moist nutella
Kek yg kaya dengan rasa coklat,texture yg lembut dan lembap.sgt sedap dimakan bersama topping coklat ganache dan salutan nutella di atasnya. Rohaida Abd Rahman -
Kek Coklat Moist Kek Coklat Moist
#perakpenang#1september#goldenapronKek yang lembut dan gebu. Rasanya lebih enak setelah dicurahkan dengan coklat cair, coklat chips dan coklat rice. Selamat mencuba guys😍 Roselina Hanid -
Kek Coklat Leleh Kek Coklat Leleh
056/Mac2024/Pejuang2kResipi/Cookpad5th/1856 #pejuang2kresipi❤️Global Apron 2024 Challenge 1: Kids' Stuff ❤️ #GlobalApron2024 #tepunggandum #serbukkoko #chocolatechips #majerin.Kek ni hakak masak ahad lepas untuk majlis BBQ, doa selamat dan makan2. Kek ni hakak buat versi orang malas2 je tapi yang penting coklat tu meleleh. Anak2 sedara suka ler🤭. Hakak sebagai mak sedara pun non stop curi2 makan masa tuang coklat tu. Actually kek ni dihidangkan separuh je. Separuh lagi kena makan😆😆😆. Tu pasei tak tinggi mana pun keknya 😅. Lama tau tak makan kek coklat. Dulu kek ni hakak buat jual. Dulu lah. Sekarang takde dah. Tu bila dapat makan yang ni. Sendiri yang excited 😬.Kek ni sebaiknya selepas topping dengan ganache tu simpan dalam 1jam dalam peti sejuk sebelum dimakan. Nak pulak cuaca panas gini, cepat betul cair coklatnya. Sambil2 snap gambar pun rupa bentuk boleh hilang tau 😂.Bahan yang digunakan :* Tepung gandum (1)* Majerin (1)* Serbuk koko (2)* Chocolate Chips (2)Total = 6points 🎊 Salina Jalaludin -
Kek Coklat Kukus UntukMu Kek Coklat Kukus UntukMu
💚1565💚💚25/2024💚Mamy masak untuk besday cik somi..Dia xsuka makan kek,jd smlm mamy buat kek sebiji utk anak2 pulut kuning sebiji utk bapak nyaa..Alhamdullilah..Oven rosak xberganti lagi,klau guna air fryer macam xpuas hati jer nk bt kek😅 perangai apa xtaw..Guna BM pun mcm xbest nak bakor kek,jadi kukus pun onzz jerr.. mamy_kitchen89 -
Kek Coklat Lembab Tanpa Telur Anti-Gagal Kek Coklat Lembab Tanpa Telur Anti-Gagal
Salah satu kek yang sangat mudah untuk dibuat. Sedap pun sedap, semua suka, lagi-lagi ada chocolate ganache. Kek nya moist, manis yang sedang jer. Kek kegemaran anak-anak saya dan pernah menjadi sumber jualan untuk kanak-kanak sekolah.Al - kisah nya tadi tengah membuat adunan kek, saya perasan air paip kecil. Saya fikirkan mungkin paip di luar rumah terlupa ditutup sewaktu mencuci sangkar-sangkar kucing. Si suami saya ni memang kuat pelupa. 😂 Semenjak saya kurang sihat, kebanyakan kerja-kerja rumah dia yang uruskan termasuk hal-hal si bulus kami. Kesian pula, bersyukur kerana suami memahami. Bila part nak isi air dalam periuk kukus, saya perasan air makin kecil. Kalau guna periuk pengukus memang tak sanggup nak tunggu air untuk mencukupi ruang periuk kukus saya tu kerana saiz nya memang besar. Akhir nya saya guna kuali untuk mengukus kerana ruang nya tak lah sebesar periuk kukus saya tu. Bila nak cuci perkakas dan alatan untuk membuat kek tadi, aduhhhh! 🤦🏻♀️ air pun takde. Cobaaannn... sabar jer lah.Dik @kamarullah jom join cabaran minggu ni. 😊 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen