Mango Cheese Cake

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

#goldenapron2020
#minggu21
Rasanya dah lama plan nak buat mango cheese cake tapi tak terbuat-buat. Jumaat malam, akhirnya buat juga antara sebab terajinnya nak buat kerana birthday anak pada hari sabtu.

So lepas siapkan bahan-bahan untuk jamuan kecik-kecik famili BBQ dan masakan lelain pada malam tu, sambung buat kek cheese ini. Kebetulan mangga pokok masih berbuah dan masak kuning, maka lebih menyenangkan kerja sebab semua bahan dah ada. Alhamdulillah, pada petang sabtu sempat buat suprise kat anak sambut birthday kat rumah dengan jamuan kecik-kecik keluarga. Asalnya nak sambut di tepi pantai Port Dickson tapi tak jadi kerana suami risau covid19 makin meningkat. Jadi sambut sahaja perkarangan mini taman dalam pagar rumah☺️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Lapisan bawah :
  2. 12 kepingbiskut
  3. 5sudu besar mentega
  4. Adunan Cheese :
  5. 500 gcream cheese
  6. 200 gyogurt asli
  7. 3sudu besar gula kastor
  8. 3sudu besar susu pekat
  9. 2sudu besar jus lemon
  10. 1susu esen vanila
  11. 1 3/4 cawanpuri mangga (mangga dikisar + 2-3 sudu besar gula)
  12. 2sudu besar serbuk gelatin + 60ml air panas
  13. 1/2-1biji mangga (potong kecil letak dalam adunan - optional)
  14. Lapisan jeli mangga :
  15. 1 cawanpuri mangga (mangga yang dikisar + 2-3 sudu besar gula)
  16. 1sudu besar serbuk gelatin + 30 ml air panas
  17. 1-2biji mangga (dipotong kecil untuk hiasan atas)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

  2. 2

    Kisar biskut sampai hancur

  3. 3

    Cairkan mentega dengan api perlahan. Masukkan mentega cair ke dalam biskut yang telah dihancurkan. Macau sebati dan tekan dalam bekas loyang. Sebaiknya loyang yang boleh dibuka kat tepi. Letak dalam peti sejuk.

  4. 4

    Untuk sediakan adunan cheese, cairkan gelatin dengan air panas, kacau hingga larut. Letak tepi dulu.

  5. 5

    Masukkan cream cheese ke dalam bekas dan putar guna mesin sampai gebu. Masukkan gula kastor, putar lagi

  6. 6

    Masukkan susu pekat, esen vanilla dan perahan lemon. Putar lagi

  7. 7

    Potong mangga, masukkan gula dan kisar untuk jadikan puri mangga

  8. 8

    Kisar juga yogurt sampai gebu

  9. 9

    Masukkan yogurt dan puri mangga secara selang seli dan kacau menggunakan sudip. Kemudian masukkan gelatin yang telah dihancurkan.

  10. 10

    Masukkan potongan kecil mangga ke dalam adunan. Hentakkan sikit loyang dan simpan dalam peti sejuk.

  11. 11

    Untuk lapisan jeli mangga atas tu, guna puri mangga dan masukkan gelatin. Lapiskan bahagian atas cheese cake yang separuh keras bahagian atas dan letak dalam peti sejuk paling elok semalaman.

  12. 12

    Bila dah keras bahagian atas taburkan mangga yang dipotong kecil dan picit sedikit puri mangga sebagai hiasan. Sangat sedap dimakan ketika sejuk dan rasa macam ais krim😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya