Tuna & Coleslaw Magic Pocket

Sarapan pagi hari ini memang lain daripada kebiasaannya. Cik Adeeba (anak Yani umur 4 tahun) balik kelas membaca seronok dapat makan Tuna & Coleslaw Magic Pocket ni. 😍 Ini memberi Yani semangat nak buat lagi akan datang memandangkan anak Yani sukakannya. Boleh dipelbagaikan intinya nanti. Selain ia mudah disediakan, ia juga berkhasiat ("magic"kan...dalam 1 hidangan ada pelbagai khasiat)😃👍.
Tuna & Coleslaw Magic Pocket
Sarapan pagi hari ini memang lain daripada kebiasaannya. Cik Adeeba (anak Yani umur 4 tahun) balik kelas membaca seronok dapat makan Tuna & Coleslaw Magic Pocket ni. 😍 Ini memberi Yani semangat nak buat lagi akan datang memandangkan anak Yani sukakannya. Boleh dipelbagaikan intinya nanti. Selain ia mudah disediakan, ia juga berkhasiat ("magic"kan...dalam 1 hidangan ada pelbagai khasiat)😃👍.
Cara Memasak
- 1
Ambil 2 keping roti dilapiskan atas bawah. Kemudian ratakan/leperkan dengan menggunakan kayu roller. Tekap guna peralatan yang berbentuk bulat. (Yani gunakan bekas air). Tekapkan sehingga terputus roti tersebut. Ambil roti yang berbentuk bulat. Baki roti jangan dibuang ye, boleh dicicah dengan kuah kari atau kuah masak lemak ataupun dijadikan puding roti pula nanti ☺️. Ulang langkah ini sehingga selesai semua roti dibentukkan.
- 2
Bahan inti disediakan. Gaulkan kobis, lobak merah, bawang besar, mayonis dan serbuk lada hitam bersama tuna. Simpan inti di dalam peti sejuk sementara nak menggoreng bahagian roti pula. Seterusnya sediakan bahan pelekat untuk roti pula. 3 biji telur dipecahkan dan dikacau sebati.
- 3
Ambil kepingan roti yang telah dibentuk bulat. Celupkan permukaan atas dan bawah roti di dalam mangkuk telur. Kemudian taburkan serbuk roti. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Seterusnya mula menggoreng kedua belah roti tersebut. Roti yang sedang digoreng akan menggelembung. Angkat dan toskan apabila sudah sedikit garing.
- 4
Setelah sejuk sedikit, boleh potong bahagian tengah roti tersebut untuk menjadi bentuk poket.
- 5
Kemudian masukkan inti yang telah disediakan di awal tadi. Siap dihidangkan👍
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Tuna Mayo Pocket Sandwich 🥙 Tuna Mayo Pocket Sandwich 🥙
Sempena hari minggu dan tema bonus poket ajaib. Kali ini saya sediakan menu yang sesuai untuk minum petang atau berpiknik. Dengan menggunakan inti yang mudah disediakan iaitu Tuna Mayo. Selamat mencuba 😎🥙#poketajaib#goldenapron2020 Mizzanem -
Mushroom House ~Home Sweet Home~ Hard Boiled Egg Mushroom House ~Home Sweet Home~ Hard Boiled Egg
#telurantarabangsa #goldenapron2020Pagi ni Yani, Suami dan si kecil Adeeba sarapan roti sandwic telur rebus bersama salad campuran kobis, lobak merah, tomato dan mayonis.Semasa sedang menyediakan hidangan, tiba-tiba teringatkan rumah di perkampungan "The Smurfs" dalam cerita kartun tersebut yang dibina daripada 🍄🍄🍄. Yani sukakan kartun ni. Berulangkali tonton ceritanya di televisyen tanpa jemu.Jadi untuk menarik minat si kecil Yani makan dan membuatkan roti sandwic ni tampak menarik, Yani hiaskan roti bersama salad campuran,telur & tomato dihiasi mayonis menjadi rumah cendawan yang comel. Hidangan ni cepat disediakan dan Alhamdulillah habis dimakan oleh kami bertiga.😃 Nur Azliani Amer -
Sandwic Tuna Simple Sandwic Tuna Simple
Bila nak travel ke mana-mana, kadangkala fikir nak bawa bekalan. Yani pasti akan pilih untuk membuat sandwic tuna sebab Yani tidak perlu nak memasak di atas dapur dan nak menyediakannya tidak perlu ambil masa yang lama. Maklum sahajalah, mana nak packing barangan yang nak dibawa, nanti nak bersiap lagi. Jadi sandwic adalah pilihan mudah, tapi mengenyangkan perut seisi keluarga.Jom buat sama-sama 😃. Nur Azliani Amer -
Tuna Pita Pocket Tuna Pita Pocket
#goldenapron2020 Minggu 24#poketajaib61/2020Bukan seluar baju jer ada poket, roti pun ada poket. Roti pita ni boleh letak macam-macam sebagai inti. Alaa macam doraemon tu, dalam poket dia ada macam-macam tau. Ikut selera masing-masing la kan. Roti pita ni senang nak buat dan mengenyangkan. Sekeping pun dah cukup kalau nak diet. Boleh jer nak makan banyak tapi hancur ler diet korang. Huhu. Cempaka Putih -
Poket Ajaib Tuna Pedas Poket Ajaib Tuna Pedas
#poketajaib #goldenapron2020Seronok bila dapat tahu bonus kali ini bertemakan poket ajaib. Sebab tak pernah lagi mencuba resepi ini.Semalam gigih membeli barang2 nak buat resepi ni. Sebab saya suka makan tuna pedas, jadi kali ini kita masukkan tuna sebagai inti didalamnya. Selamat mencuba. Mardiana Jaafar -
Sandwich Telur & Tuna Sandwich Telur & Tuna
#goldenapron2020Sandwich telur memang kegemaran anak-anak saya. Kali ni saya variasikan sandwich telur ini dengan tuna. Rasa lemak telur dan ikan memang lain rasanya. Anak nombor dua nak balik asarma, dia kata dah lama tak makan sandwich telur & tuna. Terus maknya tengok bahan-bahan cukup ke tak. Syima Yusof -
Sandwich Tuna Sandwich Tuna
Biasanya jika dalam pantang,waktu pagi Kak Long akan makan roti . Walaupun menu ini untuk orang yang dalam pantang tapi sandwich tuna ini juga dapat di nikmati oleh ahli keluarga yang lain.Biasanya Kak Long akan makan selepas hari yang ke 40.Sandwich ini juga sesuai dijadikan bento anak-anak ke sekolah dan Asben ke pejabat. Khasiat sandwich tuna seperti berikut :-Karbohidrat dari roti.Protein dari tunaSayuran dari batang saderi dan bawang Holland.Rasa lemak-lemak manis dari mayonis, juga rangup batang saderi, pedas dari lada hitam bagus untuk ibu dalam pantang untuk buang angin . Ia cukup menggenyangkan . Selamat mencuba. Nana Isya -
-
Wanpaku Coleslaw Cheesy Cheese Tuna Mayonnaise Wanpaku Coleslaw Cheesy Cheese Tuna Mayonnaise
#wanpaku#goldenapron#minggu17Sampai terputus nafas nak menyebut tajuk wanpaku yang satu ini...🤩petang tadi anak Sado yang sorang tu masih request untuk berwanpaku...bahan-bahan pun masih berbaki jadi mudahlah kerja akk...cuma tambahkan satu tin tuna mayonnaise selesai...versi wanpaku sandwich yang ini sangat mudah dan ringkas...tak perlu dimasak atau mengunakan api dapur...lebih healthy kerana bahan-bahanya banyak mengunakan sayur2an...jom tengokresipi akk kongsi mesti cuba ya...😍😘 Aza Aaj -
Crabbycorn Magic Pocket Crabbycorn Magic Pocket
Salah satu bento utk anak sekolah yang mudah. Buat isi yang simple, sumbat dalam roti bentuk poket. Buatkan anak rasa tertarik dengan airtangan seorang ibu. #poketajaib #goldenapron2020 #bonusgoldenapron2020 Norbaiti Modtrifi -
Poket ajaib telur tuna mayonis 😘 Poket ajaib telur tuna mayonis 😘
#poketajaib#goldenapron2020 Mama Esya 🥰 -
Beef and sausage carbonara magic pocket Beef and sausage carbonara magic pocket
#poketajaib#goldenapron2020 Anak-anak hakak mesti teruja bila sebut magic pocket ni. Roti 'poket' yang digoreng bersalut serbut roti menjadikan roti rangup dan sangat sedap. Anak- anak lagi bertambah hepi bila hakak buat inti beef carbonara yang sememangnya jadi favourite diorang. Jom kite tengok resepi mudah hakak; Liana Nick
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)