Pengat Pisang

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

#goldenapron2020
#minggu24
Pisang abu nie geng kebun yang bagi. Boleh tahan besar juga saiznya. Dah lama tak buat pengat pisang. Dan kebetulan stok sagu ada, tu letak sagu. Memang sedap sangat dimakan panas atau diletakkan ais dalamnya. Jom cuba😘

Pengat Pisang

#goldenapron2020
#minggu24
Pisang abu nie geng kebun yang bagi. Boleh tahan besar juga saiznya. Dah lama tak buat pengat pisang. Dan kebetulan stok sagu ada, tu letak sagu. Memang sedap sangat dimakan panas atau diletakkan ais dalamnya. Jom cuba😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 10biji pisang
  2. 1 cawansagu
  3. 3 kepinggula melaka + 1 gelas air
  4. 2-3 kotakkecil santan
  5. 400-500 mlair (Bergantung kepada kepekatan)
  6. 3 helaidaun pandan
  7. 1-2sudu kecil garam (secukup rasa)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan

  2. 2

    Potong pisang seperti yang kita nak. Ada yang suka belah 2 jea atau potong kecil macam nie.

  3. 3

    Rebus air, bila mendidih masukkan sagu. Rebus sampai sagu betul-betul masak dan jadi jernih. Tapis dan siram sagu dibawah air paip.

  4. 4

    Masukkan air dan gula melaka. Masak sehingga gula melaka cair

  5. 5

    Selepas gula melaka cair, masukkan santan, daun pandan dan sentiasa kacau perlahan agar santan tidak berketul

  6. 6

    Bila santan sudah mendidih, masukkan pisang, sagu dan garam. Kacau sekejap dan boleh dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya