Cheesekut Tiramisu

Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311

#goldenapron2020
#week23

Siapa suka cheesekut?
Mesti ramai suka kan?

Siapa suka kopi atau nescafe?
Tak ramai yang suka, betol tak?

Tapi percayalah, cheesekut tiramisu pasti anda suka!
Saya memang sukakan apa sahaja berkaitan dengan kopi, bau kopi je pun dah membuatkan saya rasa nak minum kopi 😀😀.

Mudah je nak sediakan cheesekut ni. Anak2 pun pasti suka sebab ada campuran milo di dalamnya. Tambah pulak ada cheese, lagilah sedap!

Jom tengok resepi.

Cheesekut Tiramisu

#goldenapron2020
#week23

Siapa suka cheesekut?
Mesti ramai suka kan?

Siapa suka kopi atau nescafe?
Tak ramai yang suka, betol tak?

Tapi percayalah, cheesekut tiramisu pasti anda suka!
Saya memang sukakan apa sahaja berkaitan dengan kopi, bau kopi je pun dah membuatkan saya rasa nak minum kopi 😀😀.

Mudah je nak sediakan cheesekut ni. Anak2 pun pasti suka sebab ada campuran milo di dalamnya. Tambah pulak ada cheese, lagilah sedap!

Jom tengok resepi.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gcream cheese Tartura
  2. 100 ggula kastor
  3. 1/2 sudu tehesen vanila
  4. 200 mlwhipping cream Anchor
  5. 1sudu besar Nescafe
  6. 150 mlair panas
  7. 50 gmilo (boleh lebihkan, boleh juga ganti dengan serbuk coklat/koko)
  8. Biskut marie perisa kopi secukupnya (untuk bekas ni, saya guna 3 keping biskut setiap satu bekas, dapat 10 bekas)
  9. nota: jika tak suka nescafe, boleh ganti dengan susu untuk rendamkan biskut

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan. Bancuhkan nescafe bersama air panas. Ketepikan.

  2. 2

    Satukan ke dalam bekas cream cheese, gula kastor dan esen vanila. Pukul sehingga gula hancur dan adunan menjadi gebu.

  3. 3

    Kemudian, masukkan whipping cream. Pukul lagi hingga sebati.

  4. 4

    Masukkan adunan ke dalam piping bag, jika tiada tidak mengapa. Nanti guna je sudu atau alatan sesuai untuk masukkan adunan ke dalam bekas. Sediakan bekas yang sesuai untuk membuat cheesekut anda. Saya guna bekas ini untuk mudah nak makan dan simpan.

  5. 5

    Isikan bekas dengan creamcheese sebagai dasarnya. Ratakan.

  6. 6

    Kemudian, celupkan biskut marie ke dalam air bancuhan nescafe dan letak ke atas adunan creamcheese di dalam bekas tadi.

  7. 7

    Kemudian, letak milo atau serbuk coklat ke atas biskut. Boleh letak ikut selera masing2 nak letak banyak mana ya. Kemudian, lapiskan semula dengan creamcheese.

  8. 8

    Ulang langkah 6 dan 7 sehingga memenuhi bekas anda. Dan akhir sekali letakkan serbuk milo / coklat di atasnya. Bolehlah tambah apa2 sebagai topping. Saya letak coklat cadbury.

  9. 9

    Sejukkan sekurangnya satu jam sebelum dihidangkan. Makan ketika ianya masih sejuk. Paling sedap, makan pada keesokkan harinya sebab bahan di dalamnya sudah mesra gituuu... Selamat mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Zarns Dir
Zarns Dir @zarnsdir1311
pada
KONGSI RESEPI SIMPLE & ALA KADAR.Salam perkenalan semua.Saya Roza.Cookpad ini saya jadikan sebagai buku resepi peribadi saya untuk abadikan resepi yang saya selalu hidangkan untuk anak dan suami.Manalah tahu bila saya sudah tua atau tiada, anak boleh tengok resepi menu yang saya pernah sediakan untuknya.Saya ini tidaklah pandai memasak lauk pauk yang sedap macam kedai atau pakar masak. Begitu juga kuih muih.Kepakaran saya lebih terarah kepada cookies, kuih raya dan kek.Tapi hari demi hari terus mencuba menjadikan menu harian lebih sedap dari sebelumnya untuk dihidangkan menjadi santapan keluarga.Boleh follow Instagram saya :-foodtography : zarnsdir_mycakes & dessert : rozadelightsjuga Facebook saya : zarns dirTerima Kasih
Baca lagi

Komen (2)

Resipi Sepertinya