Kalakatar anganku musnah

Sy berdarah bugis dan memang tak reti langsung kalau bab memasak kuih muih ini.. wlaupun tidak reti tak ku cuba juga..bila tengok resepi mcm senang tapi pelbagai onak duri nak membuatnya tambahan resepi ini dari warisan banjar.. bermulala episod memilih kelapa.. ku beli 8biji kelapa muda dan tidak ada rezeki apabila isi kelapa muda hanya sedikit.. disebabkan ku buat resepi ini bersama ibu mertuaku.. maka bermula lagi kisah huru hara..plan asal adalah ingin buat versi kukus memandangkan umah mak mertua tiada oven.. so dgn confidentnya kami buat..yup.. resepi yang kami berdua tak pernah buat dan tak pernah rasa malah jumpa skalipun.. semasa proses kukusan.. tiba2 gas abis daaa.. memandangkan waktu malam maka mak mertua call jiran.mujur jiran sudi pinjamkn tong gasnya 😂. After 1jam lebih.. angkat dan ketepikan tunggu hingga sejuk dan bila nk potong ia ibarat bubur nestum ank je.. so sy amik keputusan untuk bawa balik ke rumah sendiri dan guna air fryer lak.. maka dari ipoh ke manjung ku bawak kuih itu .. dan alhamdulillah menjadi 😂😂😂
Kalakatar anganku musnah
Sy berdarah bugis dan memang tak reti langsung kalau bab memasak kuih muih ini.. wlaupun tidak reti tak ku cuba juga..bila tengok resepi mcm senang tapi pelbagai onak duri nak membuatnya tambahan resepi ini dari warisan banjar.. bermulala episod memilih kelapa.. ku beli 8biji kelapa muda dan tidak ada rezeki apabila isi kelapa muda hanya sedikit.. disebabkan ku buat resepi ini bersama ibu mertuaku.. maka bermula lagi kisah huru hara..plan asal adalah ingin buat versi kukus memandangkan umah mak mertua tiada oven.. so dgn confidentnya kami buat..yup.. resepi yang kami berdua tak pernah buat dan tak pernah rasa malah jumpa skalipun.. semasa proses kukusan.. tiba2 gas abis daaa.. memandangkan waktu malam maka mak mertua call jiran.mujur jiran sudi pinjamkn tong gasnya 😂. After 1jam lebih.. angkat dan ketepikan tunggu hingga sejuk dan bila nk potong ia ibarat bubur nestum ank je.. so sy amik keputusan untuk bawa balik ke rumah sendiri dan guna air fryer lak.. maka dari ipoh ke manjung ku bawak kuih itu .. dan alhamdulillah menjadi 😂😂😂
Cara Memasak
- 1
Asingkan air kelapa dan isi kelapa
- 2
Campurkan semua bahan kedalam satu bekas
- 3
Kacau adunan hingga sebati
- 4
Masukkan kedalam periuk..masak seketika diatas dapur gas..gaul hingga adunan menjadi likat.
- 5
Tunggu hingga adunan menjadi suam..panaskan air fryer dalam masa 5minit..masukkan adunan kedalam bekas..bakar dalam sekitar 20min suhu 180•c..saya suka makan waktu ia sejuk..
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Kalakatar Kalakatar
#kalakatar#goldenapron2020Kalakatar? Mak pernah ada sebut dulu. Mak kata, tengok dalam Majalah 3. Ada cerita tentang kuih lama orang Banjar. Buat daripada kelapa muda.Memang tak ada idea langsung macam mana rupanya. Alih-alih cookpad buat bonus. Cuba la juga google resepi. Try la buat, jadi ke tidak 😂 arihasliza ariffin -
Kalakatar Kalakatar
Kalakatar atau nama lainnya Binka Kelapa. Mungkin setengah daripada kita semua pernah buat kuih ini. Kuih ini juga adalah kuih tradisional kaum banjar. Rasanya yang enak mampu menarik minat masyarakat untuk mencuba. Ianya dihasilkan daripada buah kelapa muda.Menghasilkan kalakatar tidaklah begitu rumit, cuma ia memerlukan buah kelapa muda sebagai bahan utama. Buah kelapa muda itu diambil air dan isinya. Sebaik-baiknya cari kelapa muda yang isinya berlendir-lendir, itu lagi sedap. Tapi ibu dapat yang hampir tua. Nasib la labuuu...#goldenapron2020#kalakatar Nora Hj Talib -
KALAKATAR @ BINGKA KELAPA KALAKATAR @ BINGKA KELAPA
#kalakatar#goldenapron20201st time saya mencuba hasilkan resepi nie. .. Hmm sedap juga😊. Kuih ini adalah kuih traditional kaum BANJAR. Menghasil kan KALAKATAR tidak la begitu rumit, cuma ia memerlukan buah kelapa muda sebagai bahan Utama. Mommy Zie -
Kuih Kalakatar Kuih Kalakatar
#kalakatar#goldenapron2020Kuih kalakatar akak dia jadi lembik sikit. Maybe kena tunggu dia likat sikit lagi kot masa masak atas dapur tu sebelum nak bakar. 🤔. (Sejenis yang tak reti buat kuih bingka macam ni lah) 😂😂Tapi takpe. En somi makan, mak makan, adik-adik makan, tinggal lagi sikit untuk akak makan jap agi.Habis jugak untuk arini. 😊Esok, depa suruh buat lagi. Tak puas makan sebab buat 1 tray je tadi. Esok pun akak nak buat tebal sikit. Kuih bila sedap, rupa tu jadi tak jadi no 2 ye, asalkan rasa dia power. Patut lah orang Banjar suka. Untung family akak sebab akak dah boleh masak kuih ni, tak yah cari orang Banjar pun boleh makan dah anytime 🥰🥰🥰Note: Akak guna kelapa kulit hidup. Bukan kelapa muda yang orang buat jual air tepi jalan tu. Kelapa kulit hidup air dia banyak dan isi dia tebal sikit. Jadi beli sebiji je dah ok. (bergantung pd saiz kelapa jugak) AeJaa 📸 -
Kalakatar Air Fryer (Bingka Kelapa Muda) Kalakatar Air Fryer (Bingka Kelapa Muda)
Kalakatar? Apa tu? Tak pernah dengar pun selama ni. Susah hati dah bila dapat tau bonus kali ni kena masak kuih kalakatar iaitu kuih orang Banjar. 😱Tapi bila aku google resepi takde la susah sangat pun. Bahan pun tak banyak. Cuma wajib ada kelapa muda. Ok tazabarrr nak buat. Kelapa muda ni memang feveret aku. 😍Akhirnya siap jugak kalakatarku ini. Aku tak tau la jadi ke tak sebab tak pernah makan sebelum ni. Yang pasti rasa dia memang sedap bila makan sejuk sejuk. Lemak lemak masin manis semua bersatu dalam mulut. 😋Tq Cookpad kerana buat bonus ni. Secara tak langsung kami boleh tau dan belajar macam macam jenis kuih. SELAMAT MENCUBA! 😊#kalakatar#minibonus#goldenapron2020#cookpadmalaysia Nor Zahida Aini -
Kalakatar Pelangi Kalakatar Pelangi
Tak pernah tau pun kelapa muda ni boleh buat bengkang (bingka). Padahal kat kampung banyak ja kelapa muda..selalu buat minum ja.Gigih suruh asben carikan air kelapa. Siap pesan nak yang banyak isi..hahaa Asben dah buat muka pelik, mana nk tau isi banyak ke tak katanya 😂Warna-warna pelangi tu saja Cikna tambah sebab ramai buat warna putih ja kan..so kita hipsturrr kan sikit kuih tradisi ni. Orang-orang banjar jangan marah ye..tambah warna ja sikit rasa tetap yang asli walaupun tak pasti resepi yang betul-betul asli versi mana 😅Atas tu Cikna tak garingkan sebab Cik Piah tak makan kang kalo nampak hitam tu 😅1st try kira aci la kan..byk lg boleh improve 😁Next try nak buat versi tak guna santan sebab yang ni kurang rasa kelapa & air kelapa 😅#kalakatar#goldenapron2020 Erna Hezreen Hamzah -
Kalakatar Resepi Mak Kalakatar Resepi Mak
#kalakatar #goldenapron2020Teringat kuih kalakatar yang saya makan masa kecik-kecik dahulu. Terubat kerinduan makanan dari "Kulaan" kami. Kuih ni memang tidak asing lagi pada keluarga kami. Juga jiran-jiran di sekeliling rumah kami. Sebab rumah mak saya dikelilingi juga dengan orang-orang banjar. Jadi memang tidak asing lagi makanan ni buat kami. Selalunya mak buat kukus sahaja kerana kat rumah tiada oven. Kali ni saya menggunakan oven. Kerana lebih mudah . Akhirnya dapat gak nak merasa keenakan kuih ini dengan rasa lemak kelapa dan isinya. Jom tengok resepi☺️ Aziela Amin -
Kalakatar @ Bingka Kelapa Muda Kalakatar @ Bingka Kelapa Muda
#goldenapron2020#kalakatarBila dapat tajuk bonus kali nie, nama Kalakatar memang tak pernah dengar. Nak tak nak terpaksa gogel cari resepi kat alam maya.Rupanya sejenis kuih. Resepi orang-orang lama kaum Banjar. Bila lihat kepada bahan yang digunakan ini tak jauh beza dengan kuih bingka atau bengkang.Sebab tak nak bonus golden apron lopong, akhirnya saya buat juga sebab nak dapatkan air kelapa muda agak susah. Restoran yang biasa tempat beli tu tak menjual kerana tengah diubah suai.Rezeki dapat beli juga selepas pusing sana sini, jumpa gerai tepi jalan jual air kelapa walaupun mahal demi nak buat kuih kalakatar😍Resepi nie diolah sikit sebab nak bagi rasa lemak santan. Rasanya hampir sama macam kuih bakar cuma kuih bakar tu ada rasa pandan. Noor Hassan -
Kalakatar Kalakatar
Ranjau berliku nak siapkan kuih ni...mula dari cari kelapa sampai balik kampung suami baru jumpa kelapa muda...meriah tengok gelagat cookpaders di fb masing-masing dgn cerita kelapa muda...kelakar betul gara-gara Kalakatar ni...Punya excited nak buat kuih ni sampai terlupa masukkan telur...resipi kuih ni saya recook resipi MinSha tapi saya doublekan adunan...dan saya tambah sedikit penggunaan tepung beras...cedok2 resipi cookpaders juga...tapi tulah sampai lupa taruk telur...Lupa2 pun sedap jugak tau...jadi je...Kepada yang alahan telur boleh la try kuih bingka ni...gerenti jadi #kalakatar #goldenapron2020 Mamamikael Oven -
Kalakatar guna oven Kalakatar guna oven
Kalakatar adalah kuih warisan keluarga mertua.. Dah 9 tahun kahwin dengan keluarga keturunan banjar,ni kali pertama saya cuba resepi kuih kalakatar ni.. Selalu saya beli saja sebab kawasan tempat tinggal memang penduduk keturunan banjar, jadi kuih ni senang nak dapat...yang mana yang belum rasa kuih ni, jom cuba buat.. Sedap sangat sebab 100% menggunakan air kelapa untuk bancuhan di dalam tepung dan isi kelapa muda diletak di atas kuih kemudian di bakar.. Sedap sangat!#goldenapron2020 #kalakatar Laili Adam -
Kalakatar Pandan Kalakatar Pandan
#kalakatar#goldenapron2020Pertama kali saya melihat di TV orang buat kuih kalakatar. Kuih seakan bingka kelapa muda. Kuih masyarakat kaum Banjar nampak sangat unik kerana menggunakan air kelapa muda, santan serta isi kelapa muda. Dibakar dengan cara tradisional menggunakan arang/kayu serta sabut kelapa sememang nya pasti menaikkan aroma pada kuih itu. Terdetik di hati ingin mencuba dan ingin sekali merasa tetapi belum ada kesempatan hendak membuat nya.Apabila MinSha memberitahu ada contest untuk kuih kalakatar, rasa happy sangat. Sebab yang diingini tercapai juga hasrat hendak membuat dan merasa kuih kalakatar ini. Dalam happy tu terselit rasa sedikit hampa, buah kelapa yang ada di tepi rumah hampir kesemua nya hampir tua. Pergi cari di tempat yang biasa suami saya beli sebelum ini pun hampa. Seolah-olah macam tahu je yang ramai yang tengah mencari kelapa muda. Jangan-jangan penangan kalakatar agak nya. 🤭. Tak apa lah, demi kalakatar contest saya usahakan juga membuat nya walaupun isi kelapa nya sedikit hampir tua. Sedap nya walaupun menggunakan oven. Saya boleh bayangkan rasa dan aroma kuih kalakatar yang dibakar dengan kaedah tradisional itu mesti lagi sedap. Dapur Yusfarisyia -
Kalakatar (Kuih Tradisi Banjar) Kalakatar (Kuih Tradisi Banjar)
Masa first time dengar nama kuih ni, memang rasa geli hati je. Macam kelakar pun ada bunyi nya. Nama pun baru first time dengar, ni kan pulak merasanya...memang tak pernah la.Dah berapa hari plan nak buat kuih ni. Tapi asal nak balik keje je, hujan. Asal hujan je, nak balik keje. Tak dapat la nak mencari air kelapa muda. Ramuan utama resepi ni. Harini jantung berdebar lain macam time2 dah nak balik keje. Awan mendung memang tengah berarak. Cukup je waktu punch-out, terus je kemas beg nak balik demi misi Kalakatar. Sampai kawan pun tanye, “Hai, awal balik harini?”. Kita senyum je la.Masuk kereta, gerimis pun mengundang. Aishh...takleh jadi ni. Last day dah ni. Gerimis ke, badai ke, tetap ku redah demi air kelapa muda pujaan hati. Nasib la kedai goreng pisang tu tak tutup. Terus tapau air kelapa muda 4 biji. Lega...senyum lebar.Sampai rumah, tukar uniform, terus ke dapur. Belek resepi. Okay, semua barang memang dah ada. Confident je cukup. Capai balang tepung beras. Aik, ringan? Dap dup dap dup jantung. Bile bukak, tepuk dahi je la. Secawan pun tak cukup nih. Rasa nak nangis kat bucu dapur je.Terus tukar balik uniform, g ambik anak dan terus ke kedai beli tepung beras. Balik rumah, terus sinseng lengan baju, masuk dapur. Tong tang tong tang kat dapur. Masuk oven, barulah dapat berehat. Letih wehh... Demi mu Kalakatar.#kalakatar#goldenapron2020 Juanita
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)