Ayam Masak Sweet Sour

Saya peminat ayam masak merah dan ayam masak sambal. Tapi disebabkan anak-anak masih kecil dan tak berapa suka makan pedas, makanya saya buatkan Ayam Sweet Sour jika teringin nak lauk-lauk tadi.
Boleh la untuk lepaskan sikit-sikit rasa teringin tu. Ada mirip-mirip rasa juga..
Mudah dan ringkas je nak masak lauk ni. Silalah cuba.
#goldenapron2020
#minggu3
#DariDapurNuraliyahMn
#masakringkasringkasje
Ayam Masak Sweet Sour
Saya peminat ayam masak merah dan ayam masak sambal. Tapi disebabkan anak-anak masih kecil dan tak berapa suka makan pedas, makanya saya buatkan Ayam Sweet Sour jika teringin nak lauk-lauk tadi.
Boleh la untuk lepaskan sikit-sikit rasa teringin tu. Ada mirip-mirip rasa juga..
Mudah dan ringkas je nak masak lauk ni. Silalah cuba.
#goldenapron2020
#minggu3
#DariDapurNuraliyahMn
#masakringkasringkasje
Cara Memasak
- 1
Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam. Gorengkan dalam minyak yang panas. Toskan dan ke tepikan sebentar.
- 2
Untuk membuat kuah sweet sour, mula-mula, tumiskan bahan hirisan dalam 3-4 sudu minyak masak yang sedikit panas.
- 3
Apabila naik bau, masukkan gili giling. Tumiskan kira-kira 2 minit hingga pecah minyak.
- 4
Masukkan sos cili, sos tomato dan kemudian air. Biarkan menggelegak seketika.
- 5
Masukkan cuka buah. Dan kemudian, masukkan daun limau purut. Masukkan gula dan perasakan dengan garam jika perlu.
- 6
Akhir sekali, masukkan ayam goreng dalam kuah sweet sour. Gaulkan dalam 1 minit, dan tutupkan api. Sedia untuk dimakan bersama nasi panas.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Ayam Masak Kicap Ayam Masak Kicap
Sejak kecil, ayam masak kicap merupakan antara menu yang saya gemari. Begitu juga kini bagi anak-anak saya.Menu ini memang mudah disediakan dan sesuai dihidang bersama nasi panas.Selamat mencuba!#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#goldenapron#minggu17 Nuraliyah Mn -
Daging Masak Kicap Mudah Daging Masak Kicap Mudah
Masakan ni juga mengingatkan saya pada Mak di kampung.Sejak saya kanak-kanak, jika Mak membeli daging lembu untuk dimasak, menu yang Mak masak adalah rendang ataupun masak kicap. Tak pernah rasanya Mak masak menu lain jika berasaskan daging.Daging masak kicap yang mudah disediakan ini juga jadi kegemaran anak-anak saya.Cubalah...#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje Nuraliyah Mn -
Ayam Goreng Kunyit Ayam Goreng Kunyit
Masa zaman universiti, saya rasa kepelikan apabila kawan saya order nasi putih dengan “Ayam Goreng Kunyit”. Al-maklumlah, selama membesar jarang makan di luar. Kalau ada pun, balik balik menu yang sama je.Saya membayangkan bahawa ayam goreng kunyit tu adalah seketul peha ayam yang digoreng.Tapi, bila menunya sampai ke meja, lain rupanya. Ayam yang dipotong kecil-kecil dan ada sayur pulak tu. Saya pun mintak sikit nak rasa. Sedap juga lauk ni ya...Tapi, sepanjang belajar, tak pernah pula tergerak hati nak cuba masak sendiri. Waktu menjadi siswa hostel takda dapur. Memang order saja kalau teringin nak makan.Bila dah kahwin, barulah saya cuba masak sendiri lauk ayam goreng kunyit ni. Antara juadah yang ringkas dan senang untuk saya sebab sayur pun dah campur sekali. Satu lauk ni je dah memadai.Silalah mencuba lauk ringkas ni..#goldenapron2020#minggu2#daridapurnuraliyahmn#masakringkasringkasje Nuraliyah Mn -
Talapia sweet sour Talapia sweet sour
Hari ini memang dah beberapa buah kedai suami saya pergi cari buah tomato dan daun ketumbar/daun bawang, rata-rata kehabisan stok. Kalau ada pun memang dah tak berapa elok lagi. Lain pula nak beratur di luar kedai tunggu giliran, dah lah tempat parkir pun susah nak dapat. Akhir nya suami pulang dengan hampa. Nak masak ikan sweet sour. Apa yang ada kat dapur saya manfaatkan. Hasilnya tidak lah mengecewakan. #goldenapron2020 Dapur Yusfarisyia -
Siakap Sweet Sour Siakap Sweet Sour
Ikan siakap hasil anak bujang saya memancing dua tiga hari lepas saya buat masak sweet sour.. Memandangkan ikan agak besar, nak goreng tak muat kuali..jadi saya potong kecil2.. Alhamdulillah semua berselera makan..ikan fresh2 memang sedap.. Nor Al Fatihah -
Siakap nenas masam manis Siakap nenas masam manis
Kegemaran anak saya yang picky eater dan tak suka ikan. Tapi bila masak siakap sweet sour seperti ini memang makan bertambah la jawabnya#myfirstrecipe3 Hafiza A -
Ayam Sweet & Sour Ayam Sweet & Sour
#cookpadapron2025#week18COOKPAD MAGIC CART:AYAMMADUTEPUNG GANDUMTEPUNG JAGUNGLADA SULAHCAULIFLOWERTELURAyam Sweet & Sour versi banyak sayur. Lama tak masak lauk macam ni. Kakak Faa -
Ikan Siakap Masam Manis Ringkas Ikan Siakap Masam Manis Ringkas
Beberapa hari lepas, suami membeli beberapa ekor ikan siakap. Masih ada dua ekor lagi yang terdampar di peti ais, menanti untuk dimasak.Tempoh hari seekor saya sudah masakkan Siakap Stim. Hari ini, saya pilih untuk masak Masam Manis versi ringkas sebab yang ada di dapur cuma bahan-bahan asas je.Semestinya mudah untuk anda yang baru nak biasakan diri dengan kuali dan sudip. Nah, ini dia resepi Ikan Siakap Masam Manis Ringkas.#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje#goldenapron #minggu14#1post1hopev2 #kunyit Nuraliyah Mn -
Bawal Sweet Tanpa Sour Bawal Sweet Tanpa Sour
Nak buat sweet sour tapi tiada nenas?Jangan risau..Kita cipta resepi tanpa nenas..Tapi nama dia..Bawal Sweet Tanpa SourMudah disediakan dan pastinya lazat🥰😊Jom cuba,sahabat2🤭 Afidah Januri -
Ikan siakap sweet sour Ikan siakap sweet sour
Resepi ikan siakap sweet and sour ini amat mudah sebab saya gunakan sos sweet and sour brand mahsuri. Yang penting sedap. Jom semak resepi mudah ini. Azyyati Zakaria -
Pecel Lele (Santan) 🇲🇨 Pecel Lele (Santan) 🇲🇨
Di kampung saya yang bermasyarakat Jawa, iaitu di Batu Pahat, bila disebut “iwak lele masak pecel” itu maksudnya ikan keli masak pecel. Ianya sejenis masakan berkuah santan.Apabila saya merantau ke negeri lain, suatu hari saya jumpa satu restoran francais makanan Indonesia. Salah satu menunya, Pecel Lele. Saya pun order, dan dalam bayangan saya lauknya adalah seperti di kampung saya.Tapi apa yang dihidang adalah ikan keli goreng dengan sambal dan timun. Tiada kuah..Lalu, saya pun buat sedikit pembacaan lanjut. Benarlah di kebanyakan tempat di Indonesia Pecel Lele dimasak begitu.Hanya di kawasan Tulungagung, Jawa Timur hidangan Pecel Lele adalah mirip di kampung saya - iaitu ikan keli dengan kuah santan yang dimasak bersama cekur.Boleh jadi masyarakat Jawa di kampung saya asal usulnya dari sana. Nanti saya siasat lebih lanjut...Anak-anak saya suka benar dengan lauk ini. Memang makan bertambah.Agak mudah nak memasak Pecel Lele ni. Bahannya simple je.#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje Nuraliyah Mn -
Siakap masak kicap pedas Siakap masak kicap pedas
#phopxcookpad2020Selalu masak sweet sour @ tiga rasa. Kali ni buat masak kicap pedas. Pun bolehh 😋😋 Norashikin Rahmat
Lebih Banyak Resipi
Komen