Ayam Goreng Kunyit

Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn

Masa zaman universiti, saya rasa kepelikan apabila kawan saya order nasi putih dengan “Ayam Goreng Kunyit”. Al-maklumlah, selama membesar jarang makan di luar. Kalau ada pun, balik balik menu yang sama je.

Saya membayangkan bahawa ayam goreng kunyit tu adalah seketul peha ayam yang digoreng.

Tapi, bila menunya sampai ke meja, lain rupanya. Ayam yang dipotong kecil-kecil dan ada sayur pulak tu. Saya pun mintak sikit nak rasa. Sedap juga lauk ni ya...

Tapi, sepanjang belajar, tak pernah pula tergerak hati nak cuba masak sendiri. Waktu menjadi siswa hostel takda dapur. Memang order saja kalau teringin nak makan.

Bila dah kahwin, barulah saya cuba masak sendiri lauk ayam goreng kunyit ni. Antara juadah yang ringkas dan senang untuk saya sebab sayur pun dah campur sekali. Satu lauk ni je dah memadai.

Silalah mencuba lauk ringkas ni..

#goldenapron2020
#minggu2
#daridapurnuraliyahmn
#masakringkasringkasje

Ayam Goreng Kunyit

6 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45 minit
4 orang
  1. 4ketul ayam bahagian dada (atau bahagian lain pun boleh)
  2. 1sudu kecil kunyit serbuk
  3. 1-2sudu kecil garam pink himalaya
  4. 1labu bawang besar - dihiris
  5. 1penumbuk brokoli/bunga kobis - dipotong kecil
  6. 1 batanglobak merah - dipotong bulat
  7. 10 batangkacang buncis - dipotong serong
  8. Minyak masak untuk menggoreng
  9. Cili merah hiris (optional. Kali ni saya tak letak)

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Ayam dipotong dadu sebesar 2-3 cm lebih kurang. Gaulkan dengan serbuk kunyit dah garam, dan peramkan sebentar.

  2. 2

    Panaskan minyak masak dalam kuali. Gorengkan ayam hingga keemasan. Angkat dan toskan.

  3. 3

    Selesai menggoreng ayam, kurangkan minyak dalam kuali tadi hingga tinggal lebih kurang 2 sudu minyak sahaja. (Tips: Jika tak suka minyak bekas gorengan ayam, boleh gunakan minyak baru)

  4. 4

    Tumiskan bawang besar hingga bau harum. Masukkan lobak merah. Gorengkan selama lebih kurang seminit.

  5. 5

    Masukkan bunga kobis, brokoli, dan kacang buncis. Goreng lagi selama lebih kurang seminit.

  6. 6

    Masukkan garam sesudu kecil. Dan masukkan ayam. Gaulkan dan tutup api. Hidangan siap!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nuraliyah Mn
Nuraliyah Mn @nuraliyah_mn
pada
Dari Dapur Nuraliyah Mn‘Masak ringkas-ringkas je’Saya bawakan resepi-resepi mudah dari bahan yang senang didapati. Siapa yang baru berjinak-jinak nak masuk dapur, atau yang sukakan resepi yang simple, jom ikuti laman saya. Sambil berkongsi resepi, saya akan selitkan juga tips-tips yang mungkin dianggap remeh untuk yang dah biasa di dapur, tapi agak penting untuk mereka yang baru nak biasakan diri memegang senduk.#DariDapurNuraliyahMn#masakringkasringkasje
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya