Chicken Chop Horlicks

#goldenapron2020 #minggu30 #cookpadmalaysia
Resipi hakak cipta untuk contest Horlicks Malaysia. Alhamdulillah percubaan berjaya. Walaupun 1st impression suami macam tah apa2 je. Ada ke dia kata..menu Maleficient.. Hahaha.. Tapi Alhamdulillah licin dia makan siap puji-puji lagi. Emm..biasa dia tu
.
Menu chicken chop sangat sinonim dengan Rakyat Malaysia. Ayam goreng bersalut tepung dinikmati dengan sos lada hitam pekat. Kali ni, saya cuba memvariasikan menu chicken chop yang biasa tu dengan menambahkan Horlicks ke dalam ramuannya. Ayam goreng disalut Horlicks sebelum digoreng memberi impak harum yang membangkit selera sesiapa sahaja untuk mencubanya. Yela selalunya Horlicks dijadikan minuman yang sedap. Kali ni dijadikan ramuan asas untuk mengoreng ayam. Di samping itu, Horlicks turut ditambah sebagai pemekat dan penambah aroma untuk kuah lada hitam. Ini pun sedap tau. Rasanya "sweet-sweet' gitu. Tapi masih mengekalkan rasa kuah lada hitam yang umpphhh untuk disuaipadankan dengan ayam goreng kita. Maka terhasillah "Chicken Chop Horlicks" ❤️
Chicken Chop Horlicks
#goldenapron2020 #minggu30 #cookpadmalaysia
Resipi hakak cipta untuk contest Horlicks Malaysia. Alhamdulillah percubaan berjaya. Walaupun 1st impression suami macam tah apa2 je. Ada ke dia kata..menu Maleficient.. Hahaha.. Tapi Alhamdulillah licin dia makan siap puji-puji lagi. Emm..biasa dia tu
.
Menu chicken chop sangat sinonim dengan Rakyat Malaysia. Ayam goreng bersalut tepung dinikmati dengan sos lada hitam pekat. Kali ni, saya cuba memvariasikan menu chicken chop yang biasa tu dengan menambahkan Horlicks ke dalam ramuannya. Ayam goreng disalut Horlicks sebelum digoreng memberi impak harum yang membangkit selera sesiapa sahaja untuk mencubanya. Yela selalunya Horlicks dijadikan minuman yang sedap. Kali ni dijadikan ramuan asas untuk mengoreng ayam. Di samping itu, Horlicks turut ditambah sebagai pemekat dan penambah aroma untuk kuah lada hitam. Ini pun sedap tau. Rasanya "sweet-sweet' gitu. Tapi masih mengekalkan rasa kuah lada hitam yang umpphhh untuk disuaipadankan dengan ayam goreng kita. Maka terhasillah "Chicken Chop Horlicks" ❤️
Cara Memasak
- 1
Untuk ayam goreng : Isi ayam direbus sehingga empuk. Kemudian diperap dengan garam dan serbuk lada hitam. Perap seketika.
- 2
Horlicks, tepung gandum & tepung beras dicampur dan digaul sebati.
- 3
Isi ayam disalut menggunaakn kaedah "double coated" Dimulai dengan salutan telur. Diikuti dengan adunan tepung. Disalut kembali dengan telur dan kemudian dengan tepung semula.
- 4
Ayam digoreng sehingga garing. Angkat dan toskan minyak.
- 5
Untuk kuah lada hitam : Bawang merah, tepung gandum dan Horlicks ditumis sehingga naik bau.
- 6
Masukkan tomato dan air rebusan ayam. Masak sehingga mendidih.
- 7
Masukkan lada hitam, kacau sebati dan masak sehingga kuah menjadi pekat. Tutup api dan sejukkan seketika. Kemudian kisar halus.
- 8
Ayam disusun & dihidangkan bersama-sama french fries, coleslaw, daun salad dan tomato. Kemudian kuah lada hitam dituang atas permukaan ayam tersebut. Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Chicken Chop Chicken Chop
#goldenapron #minggu15 #cookpadmalaysia Chicken chop ni saya masak masa sambut anniversary kami yang ke7 hari tu 🤭. Masak special lah sikit ala2 untuk candle light dinner. Selalu makan nasi je kan, jadi bila hari special sikit kita makan ayam goreng taruk kuah lada hitam lah pulak. Adududu..memang sedap 🤭😆 Salina Jalaludin -
Hainanese Lamb Chop Hainanese Lamb Chop
Melalui pos menu sebelum ini, saya ada memasak menu yang sama tapi menggunakan ayam chicken chop.Kali ini saya menggunakan kepingan daging kambing (lamb chop) dengan hidangan kuah yang sama iaitu Hainanese.Teringat menu yang sering di 'order' setiap kali berkunjung ke restoran kopitiam. Gabungan menu barat dan juga timur dengan kuah yang lebih citarasa asian.#goldenapron2020#bazarramadan Mizzanem -
Chicken Chop Mudah Chicken Chop Mudah
#goldenapron#minggu17Antara menu popular yang disukai dari dulu lagi Western food iaitu Chicken Chop. Puas hati bila kita buat sendiri tambahan pula buat untuk keluarga. Penat pun tak terasa sebab semua cakap sedap. Penyediaan yang sangat mudah. Julia ALeen Aireish -
Chicken Chop Chicken Chop
#phopbylinimohd#cookpadmalaysia#alumniphopbylinimohd#westernfoodRupa-rupanya nak buat chicken chop dirumah macam makan kat restoran besar mudah je. Lepas ni bila anak-anak minta anytime boleh buat. Anak-anak suka jimat poket keluarga☺️ Aziela Amin -
Insanely easy chicken chop Insanely easy chicken chop
Tajuk ja lebih tapi chicken chop biasa ja. Kekeke.. ok, ni chicken chop version paling mudah pernah saya try. Thanks Khairul Aming kerana berterusan memberikan inspirasi kpd golongan ayah2 sibuk mcm saya ni utk terus berjuang di dapur. Smlm bapak saya mention yg dia nak mkn western, jadi pulang ja dari office terus ke Mydin, beli kentang, ayam dan sbgnya. So we had these wonderful meals for iftar. Mohd Sutiadi Hamsawi -
Cucur Ayam NuMee Cucur Ayam NuMee
Day55/366/2020/February/24#bekal #cookpadmalaysiaCucur ayam NuMee ini sesuai dijadikan bekal untuk anak-anak bawa ke sekolah. Selain itu, untuk dijadikan bekal berkelah / picnic pun boleh je. Resipi mudah namun rasanya memang sedap. Siapa sangka, mee kuning boleh dijadikan cucur. Resipi ni saya pernah masak semasa Pertandingan Akhir Kelentang Kelentung Numee pada Januari yang lalu. Alhamdulillah dapat memenangi tempat ke2 resipi ini. Nak lagi sedap saya turut sediakan sos pencicah yang diperbuat daripada cendawan shitake. Salina Jalaludin -
🐔Chicken Chop🐔 🐔Chicken Chop🐔
#fusionantarabangsaChicken chop paling digemari anak²...klau buat mmg sentiasa tak cukup walaupun dah lebihkan kuantiti masakan...gabungan cheese dlm sos dia tu buat hati sentiasa tertawan😋😋😋 ZuitaAisyah -
Sos Lada Hitam / Black Pepper Gravy Sos Lada Hitam / Black Pepper Gravy
💚662💚💐92/2022💐Sos lada hitam untuk chicken chop..tysm @ibunisah_2 rspi ni dear shooo shedappp😘😋 terbaikkkkchicken chop nak cari yang sedap kuah jer beza nya...yang ni hmmm yummsss alhamdullilah jumpa jgk 😁😋 mamy_kitchen89 -
Chicken Chop dengan black pepper sauce Chicken Chop dengan black pepper sauce
#goldenapron2020Chicken Chop memang favourite food anak2 saya.Biasanya mereka akan asing kuah sebab suka menikmati kerangupan ayam yang digoreng dengan celupan tepung yang enak.jadi sos nya boleh dicicah secara asing.jom tengok bagaimana cara masak chicken chop. Cg Zila Zoom -
Chicken chop simple Chicken chop simple
Chicken chop request Dr anak bujang nak buka pose..brown sos paling² anak suka..ayam goreng pun dia makan dgn brown sos norazizan mohd rani -
Ayam goreng lada hitam Ayam goreng lada hitam
#goldenapron2020Menu yang paling laris jika dijadikan hidangan .Simple dan mudah pilihan utama ibu ibu yang sibuk dengan kerja dan rutin harian.Jom tgk bagaimana cara ziana sediakan ayam goreng lada hitam ini. Ziana Chesaad -
Shiitake Chop with Buttermilk Sauce Shiitake Chop with Buttermilk Sauce
Shiitake Chop with Buttermilk Sauce.Bagi vegetarian, wajib cuba menu ni.Tak vegetarian pun kalau masak dan rasa, boleh jatuh hati.Shiitake Chop.Pengganti ayam untuk chicken chop.Memang sedap.Shiitake yang rangup diluar dan juicy & meaty didalam,Digandingkan dengan sos buttermilk pedas pedas berkrim.Memang memikat selera 😍. Kakak Faa
Lebih Banyak Resipi
Komen (9)