Onde Onde Ceria

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik

#goldenapron2020
Selamat Hari Raya Aidilfitri kawan-kawan maaf zahir dan batin. Onde-onde atau nama lain orang panggil buah melaka ni biasanya orang buat masa puasa ramadhan kan.. tapi kali ni puasa 6 pun boleh juga buat tak bulan puasa pun hari biasa kalau dah teringin tak ada masalah terus boleh On. Sebelum ni selalu buat yang pandan hijau aje, tapi mood berbunga-bunga teringin nak berwarna-warni nampak ceria kita mix soft warna sikit. Rasanya tetap mantap meletus gula melaka di dalam mulut bila digigit nikmat sangat. Kalau rajin silalah buat macam saya hehehe..

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2 cawantepung pulut
  2. 2 sudu makantepung gandum
  3. 1 cawanair
  4. 1mangkuk kecil gula melaka - dipotong kiub
  5. 1/2biji kelapa parut putih sahaja dan secubit garam - dikukus sebentar
  6. 1 helaidaun pandan - disimpul
  7. pewarna makanan kesukaan, guna beberapa titis sahaja
  8. Hijau - pandan brand nona manis
  9. Kuning - star brand
  10. Pink - star brand

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan kedua jenis tepung, tuang air sedikit-sedikit sambil bancuh hingga dapat doh yang lembut dan senang dibentuk.

  2. 2

    Bahagi doh kepada 3 bahagian dan dititiskan pewarna makanan, uli doh supaya warna sekata.

  3. 3

    Cubit doh leperkan, letak kiub gula melaka sebagai inti kemudian bulat dan gentelkan supaya gula melaka tidak terkeluar.

  4. 4

    Didihkan air bersama dengan daun pandan pastikan betul-betul panas masukkan onde-onde, angkat apabila timbul dan boleh gaul dengan kelapa parut. Sedia dihidang.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
pada
Dapur MerecikFollow saya di CookPadFollow FB Julia Aleen AireishFollow IG julia_aleenaireishSuka up macam-macam resipiMasak dengan penuh kasih sayang baru merecik
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya