Mi Goreng 3 Benua

#telurantarabangsa
#goldenapron2020
Kadang-kadang tu tak tau nak masak apa. Mula-mula nak masak mi campur telur dan lobak merah aje. Tapi nampak kosong sangat. Kebetulan ada ayam dan sosej dalam peti ais, belasah campur sekali dalam mi.
Jangan hairan nampak pinggan je hijau, pasal sayuran hijau semua dah habis.😅😅 Makanya masak seadanya dan tercipta lah Mi Goreng 3 Benua. Sebab campuran telur, ayam dan sosej.
Selamat mencuba.
Mi Goreng 3 Benua
#telurantarabangsa
#goldenapron2020
Kadang-kadang tu tak tau nak masak apa. Mula-mula nak masak mi campur telur dan lobak merah aje. Tapi nampak kosong sangat. Kebetulan ada ayam dan sosej dalam peti ais, belasah campur sekali dalam mi.
Jangan hairan nampak pinggan je hijau, pasal sayuran hijau semua dah habis.😅😅 Makanya masak seadanya dan tercipta lah Mi Goreng 3 Benua. Sebab campuran telur, ayam dan sosej.
Selamat mencuba.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
- 2
Panaskan minyak masak.
- 3
Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
- 4
Masukkan ayam dan sosej. Tumis sehingga masak.
- 5
Masukkan lobak merah dan gaul rata.
- 6
Masukkan telur dan goreng sehingga masak.
- 7
Nampak telur pun dah masak macam ni.
- 8
Masukkan mi kuning dan gaul rata.
- 9
Masukkan Maggi Cukup Rasa. Nak guna perasa lain pun boleh.
- 10
Akhir sekali masukkan kicap dan gaul rata untuk bagi warna sedikit. Tak lah nampak pucat je mi ni.
- 11
Dah siap untuk di hidang.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Mi Goreng Udang Kering Mi Goreng Udang Kering
Ikutkan nama asal yang mak selalu sebut mi goreng bodoh. Saya bukan banyak tanya tapi banyak perhati. Apa yang bodoh saya tak tau. Lepas makan jadi bodoh ke, tapi tengok abah makan beria tak takut jadi bodoh pun. Kalau ke pasar pagi area rumah masa tu pun kalau mak abah beli mi goreng dia sebut mi goreng bodoh. Lama2 saya faham sendiri. Waktu pagi kebanyakan mi gorengnya kosong tak de perencah macam ayam, daging, udang atau sotong. Ooohhh. Waktu pagi nak masak tak sempat nak defrost ayam udang semua tu. masak laaa dengan apa yang ada. Perut pagi2 lapar, terima laaa seadanya apa yang puan emak masak. Ehhh... dengar2 kat Melaka ada gerai famous jual mi goreng bodoh tau. #sarapan #goldenapron Aida Ariati Peai -
Maggi Mi Goreng Perisa Sambal Tumis Bilis Maggi Mi Goreng Perisa Sambal Tumis Bilis
#goldenapron2020Apabila teringin sangat nak makan Maggi, ummi pilih Maggi Mi Goreng Perisa Sambal Tumis Bilis. Memang sedap dan kenyang. Boleh tambah ayam goreng segera. Selera makin bertambah dengan perahan limau nipis.Nak tahu cara menggoreng ayam segera boleh klik link nihttps://cookpad.wasmer.app/my/recipes/14224510-ayam-goreng-rangup-ayamas?invite_token=RirtQQcSU5B34LdAxRgxTdkV&shared_at=1607874812Selamat mencuba ya. Fatthanah Amran -
Mi Goreng Cili Ala Kampung Mi Goreng Cili Ala Kampung
Day86/366/2020/March/26Day9 #14harimencintaikuHari ni busy sangat buat Miniature Dollhouse “Kitchen”. Sampaikan kitchen kat rumah sendiri tak berapa nak berasap kan😅. Tu masak je maggi ni haa. Senang citer . Mi maggi cepat dimasak sedap dimakan. 🤭 Salina Jalaludin -
Mi Hailam Mi Hailam
#unique2u #goldenapron2020 Rasanya tiap kali raya mesti ada menu ni Aznie pos kan. Sememangnya menu ni unik dan menjadi kegemaran hubby dan juga anak-anak dirumah. selalunya orang masak mi hailam masak kuah terus bersama mi. tapi berbeza dengan Aznie, akan asingkan kuah masak dalam periuk dahulu. jadi bila nak makan kita akan tuangkan kedalam mi banyak mana kita nak. Dan kuah kita boleh perangatkan tiap kali kita nak makan. Menu ni special kadang kalau terlebih rajin time sahur pun Aznie masak ni juga atas permintaan anak-anak bila diorang jemu dah makan nasi.. Kuah yang kita masak time sahur kita boleh perangatkan juga bila nak repeat makan time berbuka lepas makan nasi. hihihi. memamg mudah. Menu ni juga menjadi kesukaan teman anak-anak tiap kali menjelang raya. Alhamdulillah.. Aznie Khasri -
Mi Hailam Mi Hailam
Mi Hailam.. sajian kegemaran anak-anak juga hubby.. menu ni sering Aznie masak time bulan puasa jika anak-anak tak nak makan nasi.. menu ni juga kadang-kadang Aznie buat time bersahur.. cara penyediaannya tak susah sebenarnya.. Time raya pun menu ni juga Aznie hidangkan juga tuk tetamu.. hihihi.. tak pernah jemu..😁 Aznie Khasri -
Sosej Masak Sos 3 Rasa Sosej Masak Sos 3 Rasa
Sosej yg sy pakai ni adalah baki daripada sosej yg sy gunakan semasa celen golden apron week 18 . Lama beno nak habis 😆 . Sebab ia saiz jumbo so kalau guna 2 batang je pun dah cukup untuk buat lauk.Masak pulak dengan sos 3 rasa mahsuri, memang sedap ye . Bau dari jauh mcm bau ayam goreng korea. Sampai mak mertua tanya masak apa sbb aromanya menyelubungi rumah 😅. aFun ashriati -
Mi Rebus Terengganu Mi Rebus Terengganu
Mi rebus style Tganu ni tak muak dimakan. Uchu lebih suka gunakan daging berbanding ayam. Untuk Uchu, mi rebus mcm ni paling kerap dimasak dlm setahun sebab kegemaran husben. Kadang anak minta mi goreng basah pun kena cancel. Uchu pulak teringin nak masak dan makan mi rebus yg letak keledek pun cancel! sebab semuanya kuasa si ayah!🤣🤣Uchu masakkan aje bila ada request sebab tayah pening2 nak fikir nak masak ape dah.. Sesimple Loralin -
Mi Hailam Mi Hailam
#AnekaMi #1377recipeMenu kegemaran keluarga Mi Hailam. Memang tak pernah jemu makan ni. Tiap kali hari raya Aznie mesti masak ni sebab teman-teman anak bujang juga anak dara Aznie diorang suka sangat makan ni. Memang permintaan diorang nak makan ni. Hari biasa pun selalu Aznie buat bila rasa nak makan. Nampak macam remeh sebenarnya mudah disediakan. Selamat mencuba semua. Aznie Khasri -
Mi Sup Sawi Mi Sup Sawi
Global Apron 2024 Challenge 24: KUNING 💛#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾Lama dah tak masak mi sup. Bukan apa, anak-anak dan suami kurang gemar kalau mi sup guna mi kuning. Mereka lebih gemar mi kuning tu digoreng. Si dara saya memang dari dulu tak minat mi kuning tak kira digoreng atau dibuat menu lain. Jika darurat jer baru lah dia akan makan haha.. Hari ni saya akan paksa dia makan sebab saya tak masak nasi atau pun lauk yang lain. Ada baki sotong dalam peti ais dan lebihan ayam goreng saya leburkan sekali. Awal-awal lagi saya dah sembunyikan mi segera. Saya memang tak galakkan mereka makan mi segera tapi nak buat macam mana, si papa mereka pun hantu mi segera. 3 vs 1 memang sah lah saya yang kalah.Inspirasi daripada @dapurdee cuma saya olah guna apa yang ada jer kat dapur.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Halia (1) + mee kuning (1) Dapur Yusfarisyia -
Mi Goreng Kicap Basah Potluck Mi Goreng Kicap Basah Potluck
Global Apron 2024 Challenge 8: PotluckHujung minggu kami sekeluarga akan berkumpul di rumah mak. Selalu nya dalam 4-5 bulan sekali kami akan berkumpul di rumah mak. Seronok dapat berjumpa dengan adik beradik dan anak-anak buah. Mak lah insan paling seronok sangat bila dikelilingi orang-orang yang tersayang. Sambil makan dapat bersembang dan bergurau senda. Kakak sulung dan adik lelaki nombor enam memang tinggal bersama mak sebab nak jaga mak. Walaupun saya tak duduk dengan mak tetapi rumah saya tak jauh dari rumah mak saya, rumah arwah mil pun dekat jer (sebelah rumah). Rezeki saya sebab duduk tak jauh dari rumah mak-mak saya jadi saya sering jugak ke sana. Sering jugak hantar makanan berbahagi rezeki.Untuk potluck di rumah mak, saya memang dah siapkan awal-awal bahan-bahan. Dah siap mandi dan berdandan, saya akan start menggoreng mi goreng kicap basah dan supaya mi goreng tu sampai di rumah mak dalam keadaan masih panas dan fresh. Terus masukkan ke dalam tupperware dan terus drive ke rumah mak tiga minit pun boleh sampai kalau tak jammed.#GlobalApron2024Bahan - bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cendawan (1) + mee kuning (1) + telur (1) + udang (2) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen