Strawberry Cinnamon Swirl Bread with Lemon Cream Cheese

Nur Azliani Amer
Nur Azliani Amer @puanyani
Melaka

2 minggu terakhir tahun 2020 merupakan hari-hari yang sibuk buat Yani. Keinginan nak buat roti kayu manis ni asyik tertangguh, tapi akhirnya Yani berjaya juga merealisasikan hasrat nak buat roti ini pada hari pertama tahun 2021.

Alhamdulillah.😍...

Jom lihat cara-caranya.

Strawberry Cinnamon Swirl Bread with Lemon Cream Cheese

2 minggu terakhir tahun 2020 merupakan hari-hari yang sibuk buat Yani. Keinginan nak buat roti kayu manis ni asyik tertangguh, tapi akhirnya Yani berjaya juga merealisasikan hasrat nak buat roti ini pada hari pertama tahun 2021.

Alhamdulillah.😍...

Jom lihat cara-caranya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2 loyang
  1. 1peket Yis 11gm
  2. 1biji telur
  3. 4 sudu makangula pasir
  4. 200 mlsusu fresh milk
  5. 1penutup esen vanilla
  6. 450 gmtepung naik sendiri (Yani guna jenama Bluekey)
  7. 20 gmbutter
  8. Bahagian B: Inti
  9. 4 sudu makanserbuk kayu manis
  10. 4 sudu makangula pasir / gula perang
  11. 4 sudu makanjem strawberi
  12. Bahagian C: Lemon Cream Cheese
  13. 250 gmCream Cheese Jenama Tatura
  14. 1biji lemon (disagat kulitnya)
  15. 1 sudu makanperahan jus lemon
  16. 1penutup esen vanilla
  17. 4 sudu makangula ising

Cara Memasak

  1. 1

    Campurkan 1 peket Yis, 1 biji telur, 200ml susu fresh milk dan 4 sudu gula dalam satu mangkuk. Kacau rata. Tutupkan dan rehatkan seketika untuk adunan mengembang.

  2. 2

    Di mangkuk yan lebih besar, masukkan 450gm tepung naik sendiri dan 20gm butter. Sebatikan butter dengan tepung.

  3. 3

    Setelah bancuhan Yis tadi kembang (anggaran 10-15 minit), campurkan ke dalam bekas tepung. Uli sehingga menjadi doh yang tidak melekat di tangan lagi. Kemudian rehatkan selama 1jam supaya adunan doh mengembang naik. Tutupkan bekas ye dengan penutup atau plastik balut makanan.

  4. 4

    Sementara menunggu doh mengembang, boleh sediakan bahagian lemon cream cheese. Campurkan cream cheese, gula ising, esen vanilla, kulit lemon yang disagat dan perahan lemon. Putarkan sehingga kental.

  5. 5

    Untuk inti kayu manis, campurkan gula pasir bersama serbuk kayu manis. (Yani tak ada stok gula perang, mintak suami beli gula perang dia beli beras perang😂😂😂)...

  6. 6

    Setelah 1 jam berlalu, tumbuk doh yang telah kembang untuk keluarkan anginnya. Kemudian bolehlah dipotong dua bahagian.

  7. 7

    Canaikan atau ratakan doh setebal anggaran 1cm. Sapukan lemon cream cheese kemudian taburkan serbuk kayu manis yang telah dicampurkan dengan gula. Seterusnya sapukan jem strawberi di atasnya. Gulungkan. Kemudian potongkan dibahagian tengahnya. Silangkan dua potongan tersebut. Kemudian letakkan di dalam loyang yang telah disapukan sedikit butter. Boleh juga dilapikkan dengan kertas minyak. Ulang langkah no.7 ini untuk baki 1 bahagian doh tepung lagi.

  8. 8

    Bakar pada suhu 180°C, selama 25 minit menggunakan api atas bawah. Setelah siap dibakar, tunggu sedikit sejuk dahulu barulah dikeluarkan dari loyang dan selamat menjamu selera.

  9. 9

    🤗 Lemon Cream Cheese pasti ada baki lagi selepas disapukan tadi. Simpankan didalam bekas bertutup dan boleh disimpan di peti sejuk. Boleh digunakan untuk masakan seterusnya atau jika suka, boleh buat topping di atas cake atau cup cake pula nanti. Jangan buang tau😃.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nur Azliani Amer
pada
Melaka
Jika emosi tak baik, makanan adalah terapi terbaik untuk gembira kembali🤗, itulah saya🤭
Baca lagi

Komen (5)

Syahz Saidi
Syahz Saidi @syazasaidi
Salam. Kak, kalau nak buat roti tanpa inti (macam roti Gardenia), boleh guna resepi ni? Sebab saya cari tak jumpa resepi lain

Resipi Sepertinya