Puri

Puri ni petang tadi Aznie buat. Ikut resepi yang selalu Aznie guna. Hari ni tersilap pilih tepung, ingat tepung gandum rupanya guna tepung pau😂. Aduiiii nasib jadi juga. Rasanya lagi lembut guna tepung pau, tapi kalau nak niaga jangan dibuat. Tepung pau harga boleh tahan juga. Teringat time pkp dulu, ramai betul yang buat puri. Bila semua terkurung kat rumah memang semua pun pakat belajar masak macam-macam. Yang ni Aznie buat makan dengan kari ayam. Simple je. Alhamdulillah.
Puri
Puri ni petang tadi Aznie buat. Ikut resepi yang selalu Aznie guna. Hari ni tersilap pilih tepung, ingat tepung gandum rupanya guna tepung pau😂. Aduiiii nasib jadi juga. Rasanya lagi lembut guna tepung pau, tapi kalau nak niaga jangan dibuat. Tepung pau harga boleh tahan juga. Teringat time pkp dulu, ramai betul yang buat puri. Bila semua terkurung kat rumah memang semua pun pakat belajar masak macam-macam. Yang ni Aznie buat makan dengan kari ayam. Simple je. Alhamdulillah.
Cara Memasak
- 1
Cara memasak
1. Gaulkan tepung, minyak, gula, yis dan garam di dalam bekas. - 2
2. Kemudian, masukkan air sedikit demi sedikit. Gaul rata dan uli sampai adunan tidak melekat pada tangan dan menjadi doh yang lembut.
- 3
3. Tutup mangkuk dengan plastik dan rehatkan doh selama 15 minit.
- 4
4. Setelah doh kembang, keluarkan doh supaya mudah diuli. Bulatkan doh menjadi bola mini dan canai sehingga leper.
- 5
6. Panaskan minyak, goreng sampai agak kembung dan kekuningan.
- 6
7.Angkat. Siap dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
PURI (India) 🇮🇳 PURI (India) 🇮🇳
Menu ni memang kegemaran keluarga Aznie. Selalu Aznie buat ni, makan bersama karii ayam/daging. Sesekali Aznie buat makan bersama sambal tumis ikan bilis. Yang ni memang fav suami Aznie. Suka resepi ni kerana cara penyediaannya yang tak susah. Dan cepat dimasak. Serba lembut bila dimakan. walaupun ianya dah sejuk. Menu yang sinonim dengan masyarakat India. Kini menjadi kegemaran perbagai kaum di Malaysia.#cppassport Aznie Khasri -
Puri Puri
#Ramadahan #TeamSahur #1449recipe #Pejuang2KResepiTime sahur jemu dah asyik makan nasi goreng je. Kebetulan ada lagi kari ikan semalam, jadi Aznie bukan kan puri je buat bersahur kali ni. Serius kenyang sangat. Anak-anak paling suka bila tengok sahur ni ada puri. Memang layan sungguh. Aznie Khasri -
Puri (Untuk Lailerr) Puri (Untuk Lailerr)
#jekferlailertilljannah #goldenapron2020 Pagi ini Jakferr sediakan sarapan sebab tengok mood Lailerr tak berapa ok. Lailerr tak puashati sebab teh tarik yang dia buat tak menjadi. Sebagai seorang suami Jakferr akan terus memberi sokongan kepada isterinya untuk terus mencuba, jangan putus asa. Jakferr nak buat puri pagi ni, kari ayam semalam ada lagi sayang pulak kalau tak makan. Seperti biasa ia akan masuk ke Cookpad untuk mencari resepi. Dah seperti biasa resepi dari Aznie Khasri menjadi pilihan🤣. Ooooo tak susah rupanya katanya dalam hati. Terus ia mencuba ikut seperti didalam resepi tanpa derhaha resepi.. Alangkah bahagianya ia rasa bila time menggoreng puri naik dengan elok. Melompat-lompat dia tersenyum gembira. Jakferr pun hidangkan puri bersama kari, dan terus mamanggil Lailerr untuk sarapan bersama. Terkejut sangat Lailerr bila lihat puri diatas meja. Laju betul ia makan, sedap katanya. " B kita buka kedai nanti ok. kita jual puri, sedap lembut. Love u baby boo"😂😂😂#Hanyadramasemata Puri ni Aznie buat tuk anak-anak pagi tadi. kebetulan ada sikit lagi kari ayam salam. Aje suka dema makan. Mak seronok sangat. Aznie Khasri -
Roti Puri Roti Puri
Roti puri salah satu menu yang pernah viral suatu ketika dahulu. Pernah juga viral semasa PKP 1.0 tahun lalu. Salah satu makanan kegemaran keluarga saya kerana keluarga saya gemar makan lauk kari. Lagi pun proses penyediaan roti puri ini memang mudah dan bahan-bahan pun tak banyak digunakan. Jom intai resipi nya 😀 Dapur Yusfarisyia -
Pani Puri Tanpa Gluten (India) Pani Puri Tanpa Gluten (India)
Golgappa atau pani puri ni boleh dimakan dengan macam-macam inti.Pani puri ni maksudnya "bebola air". Bahan penting sebelum kita hidang pani puri ialah bebola puri. Kebanyakannya pakai tepung suji. Tapi sebab suji adalah tepung gandum, jadi kita buat versi tanpa gluten ye.Campuran tepung tanpa gluten ada di senarai ramuan.Jom cuba.#cppassport #secretstamp #benderaoren1 Nihadriz Niha -
Red Bean Bao Red Bean Bao
Sebenarnya saya tak suka pau kacang merah. Sebab intinya selalu tak sedap. Tapi bila buat sendiri eh sedaplah pulak kan. Syaratnya inti mesti lembut dan tak berketul. Anak saya ingatkan makan inti coklat hehehehehe.Tepung hong kong ni low protein dan tersangatlah putih. Sebab tu pau kebanyakannya putih je. Susah sikit nak cari tepung Hong Kong sebab tak tahan lama, jadi banyak kedai tak ada stok.Pau kacang merah ni kenangan sebelum bersalin, sempat buat pau kat rumah Mak. Lusa tu bersalin 😆Red mung beans (2)Tepung Hong Kong (2)4 points#GlobalApron2024 #MalaysiaMonth #challenge27 #Chinesefood Nihadriz Niha -
Roti Puri Roti Puri
#cooknap Semasa perintah berkurung ni maka lalu lalang la segala menu makanan d wall fb. Waduh mana tahan tgk kan roti puri kawan2 kembong2 blaka..tp sy punye versi penyek x kembong sgt tp nak jugak kan abadikan dalam cookpad nih. Resipi asal diperolehi dr rakan cookpad kak lily namanye. Tapi saya hanya buat separuh adunan sahaja dek kerana rakyat kt rmah ni tidak la ramai mana. Nuharahmat -
Cempedak Goreng Cempedak Goreng
Yang ni memang fav Aznie. Kebetulan beli pisang nampak satu abang ni jual buah cempedak sekilo rm 4. Ehhhhh biar betul rm 4, dua kali tanya risau salah tengok. Rupanya betul harga sekian-sekian. Terus grab sebiji. Bagusnya tentang abang ni dia siap bagitau kalau buah tak elok bagitau nanti ye boleh tukarkan dengan yang lain. Kita berniaga bukan kira untung tapi keberkatan katanya. Moga melimpah ruah rezeki buat abang tu. Susah nak jumpa orang macam tu. Serius buah cempedak ni sedap. Manis pulak tu. Aznie buat goreng memang kejap je habis. Sebab semua suka makan. Aznie Khasri -
Roti puri cucur bawang Roti puri cucur bawang
Terjumpa resipi ni kat contest Adabi.nampak macam sedap.selalu buat roti puri guna tepung gandum je.kali ni guna tepung cucur.bila dah buat sedap rupanya.😊😋😋 Lily Suryani Mohd Ali -
Cakoi 🇨🇳 Cakoi 🇨🇳
Ingat lagi masa kecil dulu, arwah abah suka beli cakai tiap kali pergi ke pekan. Cakoinya yang lembut juga wangi. Dimakan bersama sekaya cair buatan sendiri. Seronok bila ingat balik makan ramai-ramai sememangnya cukup meriah dirimah, sebab adik- beradik ramai 10 orang. Dan Aznie anak kedua dalam keluarga. Bayangkan macam-macam kerenah pun ada😅Bila dapat buat sendiri kepuasan dia tu lain macam tau. Walau pun buat cakai vs mudah tanpa bubuh ammonia. Rasanya tetap sedap. Sentiasa belajar, belajar dan terus belajar. Memasak ni kena berani sahut cabaran. Usaha hingga berjaya. Aznie Khasri
Lebih Banyak Resipi
Komen (4)