Sup Kosong Pagi ke Malam

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Sup kosong yang menjadi kegemaran Uchu bukan sahaja menjadi hidangan sampingan untuk dihirup atau membasahi nasi putih atau nasi goreng, tetapi juga dimakan bersama bubur kosong kebiasaannya untuk BREAKFAST. Kadang-kadang sengaja buat sup kosong ni lebih banyak sebab nanti LUNCH tinggal nak pecahkan telur jadikan sup telur pula. DINNER pula, masak sahaja nasi goreng dan basahkan pula dengan sup kosong.😅

Masa anak-anak masih kecil, Uchu boleh dikatakan setiap hari buat sup kosong untuk dimakan bersama bubur kosong, bubur ikan atau bubur seafood.

Cuma, kalau untuk anak-anak kecil Uchu tidaklah menggunakan kiub atau stock ayam segera.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1inci halia (dihiris/diketuk)
  2. 5 ulasbawang putih (diketuk)
  3. 1/2biji bawang merah (dihiris)
  4. 1sudu besar minyak
  5. Air secukupnya
  6. 1sudu besar stok ayam
  7. 3tangkai daun ketumbar/daun sup/daun bawang
  8. Garam secukup rasa
  9. 1st lada sulah (optional)

Cara Memasak

  1. 1

    Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga kekuningan. Kemudian masukkan halia. (Biasanya malas nak buat bawang goreng, terus masuk bawang siap2)

  2. 2

    Tambahkan air dan stok ayam. Masak sehingga mendidih. Perasakan. Tutup api.

  3. 3

    Taburkan daun ketumbar.

  4. 4

    Tips: daun ketumbar, daun sup atau daun bawang adalah pilihan. Uchu ikut mood sebab setiap jenis daun beri rasa berbeza. Daun Ketumbar (thai), daun sup (melayu), daun bawang (Chinese)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Resipi Sepertinya