Lepat Ubi

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Lama dah teringin nak makan lepat ubi ni tetapi takde jumpa orang yang jual ubi. Ubi ni saya beli dengan budak yang pernah saya cerita pada entry saya yang lepas cuma saya baru ada kesempatan nak kongsi resipi pada hari ini.

Lepat Ubi

Lama dah teringin nak makan lepat ubi ni tetapi takde jumpa orang yang jual ubi. Ubi ni saya beli dengan budak yang pernah saya cerita pada entry saya yang lepas cuma saya baru ada kesempatan nak kongsi resipi pada hari ini.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 4 cawanubi kayu kisar/parut (kalau belum diparut dalam anggaran 1 1/2 kg)
  2. 5 cawanair (jika menggunakan pengisar)(kalau diparut tak perlu guna air)
  3. 1 cawangula pasir
  4. Secubit garam
  5. 1 1/2 cawankelapa parut putih (saya beli je yang sudah diparut)
  6. 1/4 cawansantan pekat (saya guna santan kotak)
  7. 2sudu besar tepung ubi
  8. 1 cawangula merah/gula apong*
  9. 1/2 cawanair*
  10. 3 helaidaun pandan (dibasuh dan disimpul)*
  11. Daunpisang secukup nya (dilayurkan dan dilap bersih)

Cara Memasak

  1. 1

    Masak bahan-bahan yang bertanda * hingga gula larut. Tutupkan api dan toskan. Ketepikan. Buang kulit ubi, bersihkan dan parut. Jika menghunakan pengisar, potong kecil, buang empulur tengah nya.

  2. 2

    Kisar ubi bersama air dan toskan air nya. Ambil kanji yang terdapat pada air tos ubi tadi (yang keras bahagian bawah selepas air nya dibuang). Satukan kanji bersama ubi kisar tadi dan gaul rata. Masukkan kekapa parut, santan pekat, garam, gula, tepung ubi dan air gula apong tadi.

  3. 3

    Gaul rata. Panaskan kukusan dengan api sederhana besar.

  4. 4

    Ambil daun pisang dan sudukan adunan ubi ke atas daun (bergantung pada lebar daun). Lipat kanan dan kiri.

  5. 5

    Bungkus kemas. Buat sehingga habis. Ni anak dara yang tolong bungkus ada yang besar tu saya yang bungkus kalau yang kecil tu si dara yang bungkus. 🤭. Kukus 40 minit/masak. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Resipi Sepertinya