Kerepek Kulit Ubi Kayu

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Lama dah nak buat kerepek ubi kayu ni selepas tengok @Sirap_Cheese muatnaik resipi di Cookpad tahun lepas cuma setiap kali beli ubi kayu asyik terlupa nak membuat nya, kulit ubi tu saya terus buang. Mood rajin sikit jadi tercapai juga janji saya pada dik Aznie nak cooksnap resipi nya tu. Memang sedap sangat sekejap je licin 😂 Terima kasih dik Aznie atas inspirasi nya 😘❤️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Kulit ubi kayu
  2. Air untuk merebus secukup nya
  3. Sedikitgaram
  4. Tepung goreng Bestari Original/Pedas
  5. Minyak masak untuk menggoreng secukup nya

Cara Memasak

  1. 1

    Kupas ubi kayu dan ambil kulit ubi yang berwarna sedikit merah cair tu. Cuci bersih dan rebus bersama air dan garam selama 30 minit. Angkat dan toskan.

  2. 2

    Hiris halus memanjang (jangan halus sangat ye, agak-agak je). Salut pada tepung goreng Bestari dan ayak lebihan tepung tu. Panaskan minyak masak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan toskan minyak nya. Sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (9)

mamy_kitchen89
mamy_kitchen89 @Mamy_Nurul
uittt ni layan tgk tv hbis sbalang ni kakkk 😆😋

Resipi Sepertinya