Kek Lapis Horlicks Milo

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Kek lapis pertama yang saya belajar dengan kak ipar. Tapi dulu saya buat versi kukus sebab masa tu belum ada oven lagi. Walaupun bakar, kek ni tetap moist tapi kalau nak kukus pun boleh.

Kek Lapis Horlicks Milo

Kek lapis pertama yang saya belajar dengan kak ipar. Tapi dulu saya buat versi kukus sebab masa tu belum ada oven lagi. Walaupun bakar, kek ni tetap moist tapi kalau nak kukus pun boleh.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 454 gmmentega
  2. 10biji telur gred A
  3. 220 gmgula kastor
  4. 250 gmsusu pekat manis
  5. 240 gmtepung gandum/ hongkong/ pau
  6. 200 gmhorlicks
  7. 200 gmmilo
  8. 2sdb liquid browning (tak letak pun tak apa)
  9. Pewarna hijau (boleh jer guna warna yang lain)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan.

  2. 2

    Putar mentega dan gula hingga kembang.

  3. 3

    Masukkan telur sebiji demi sebiji, putar lagi hingga rata.

  4. 4

    Masukkan susu pekat. Kacau rata. Kemudian masukkan tepung. Sebatikan.

  5. 5

    Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian masukkan horlicks dan pewarna yang disukai. 1 bahagian lagi masukkan milo dan liquid browning.

  6. 6

    Setiap adunan bagi kepada 8 lapisan. Panaskan oven pada suhu 160°© api atas sahaja.

  7. 7

    Ratakan 1 bahagian adunan milo terlebih dahulu. Hentak²kan loyang. Bakar sekitar 7 minit atau hingga masak. Tekan permukaan kek dengan penekan kek. Ulang langkah sama untuk satu lagi lapisan milo.

  8. 8

    Kemudian lapis pula adunan horlicks untuk dua lapisan. Bakar berlapis-lapis dua lapisan milo dan dua lapisan horlicks sehingga adunan habis.

  9. 9

    Sejukkan sepenuhnya terlebih dahulu sebelum dipotong.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

DEWI SARASWATI
DEWI SARASWATI @dewi008saraswati
Cantik keik nya diek, pasti sedap rasanya👍😍

Resipi Sepertinya